Rabu, 28 Disember 2011

Lepat Labu En.Suami

Semalam aku nampak labu kat Carrefour. Terus aku teringat lepat labu. Lepas tu terasa nak makan lepat labu. Aku pun tanya En.Suami, kat mana aku boleh cari. Dia kata takpe, nanti dia belikan. 
Siap ada gambar labu lagi okeh! Hehe..

Sekali, masa aku balik rumah, nampak En.Suami tengah gigih buat lepat labu. Aku rasa nak nangis masa tu....uwaaa...Dia cakap kat aku, tak jumpa lepat labu, orang tak jual. Jadi dia tanya kawan-kawan cikgu dia macam mana nak buat. 
Aku tak tau macam mana dia berjaya buat, dengan Madihah yang asyik mengacau. 
Tapi, akhirnya malam tadi aku merasa jugak makan lepat labu. Terima kasih pada En.Suami :)

2 ulasan:

Ladysirna berkata...

Aduh, romantiknya;)

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

bagusnya !! me pun tak pernah buat lepat sendiri.hehehe