Khamis, 8 Disember 2011

Lagu En.Suami Tak Suka

Ada sekali tu, ada lagu ni masa dia tengah bawak kereta. Aku pun cakap kat dia, lagu ni untuk dia. Lepas tu dia buat muka, dia tengok lori kat luar la, memang tak concentrate langsung. Bila aku tanya, dia kata lagu ni mendayu sangat, dia tak boleh tahan. Suami aku ni suka lagu2 rock aje agaknya..hehe..
Ada sekali tu, dia siap boleh tukar stesen radio tamil lagi dari mendengar lagu ni, bukan dia faham bahasa tamil pun..adoi!





Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


4 ulasan:

Eyriqazz berkata...

Ni lagu anuar zain kan?saya suka gileerr lagu ni..hik3

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

lagu bang nuar yer :) me suka gak. tapi hubby eliss pantang lagu siti nurhaliza :p mesti tukar channel :p

mama_umar_maryam berkata...

kitorg nyanyi karoke lagu nih,aahhaha

transformed housewife berkata...

hehhe mcm suami Knur jugak. Dia cukup pantang apa2 lagu dr Anuar Zain.