Rabu, 30 November 2011

Wondermilk @ Citta mall

 Aku & Lily ada ke Wondermilk di Citta Mall sebelum puasa hari tu..(hehe, berapa lama peram entry ni!) Nak tau Citta Mall kat mana? Kami pun tak tau masa tu, baaaaikk punya sesat. Apa yang kami ada, map ni yang kami dapat dari website Citta Mall.
Perghhh...very clear..hehe..Tapi, sekarang dah tukar map lain kat website Citta Mall tu, so korang boleh tengok kat situ. Insya'Allah tak sesat.
Apa-apa hal kena amik gambar dulu. Bukti nih, dah sampai Wondermilk. 
Tudung lilit yang aku pakai tu memang aku malas nak pakai dah. Tak relevan dengan aku. Lepas ni aku nak pakai tudung sarung ada awning aje okeh.

Ini Iced Earl Grey (perghh,..aku minum Earl Grey weh, padahal teh aje), dalam cawan putih tu 
Butterscotch Milk. 

Macam ni la rupanya Butterscotch Milk tu. Sama macam susu je pun, cuma bau dengan rasa aje ada Butterscotch. Aku dengan Lily asyik imagine Butter Beer macam dalam Harry Potter tu.

Ini Sloppiest Joe. Lily makan ni. Dia jadi Sloppiest Lily lepas tu.

Ini aku punya Cheese and Steak Roll. Lily jugak yang tolong habiskan, sebab aku kenyang dah makan sandwich masa kami sesat mencari Citta Mall.

Cupcakes! Wondermilk memang famous dengan ini kan...


Ini set cupcakes! Comel jerk...tak sampai hati nak makan. Takde sape ke nak bagi aku nih? huhu...

Wallpaper Wondermilk. Ini pun aku amik gambar rupanya. Obses sungguh aku nih.

Ni total kitaorang makan hari tu. Ermm..ok la kot. 

Lepas ni aku nak pegi lagi, order Baked Potato pulak...hehe..

Korang suka cupcake ape kat Wondermilk?

3 ulasan:

wantie berkata...

first time dengar tempat ni. best ke? kat Penang ni belum ada lagi. kalau dorang bukak branch kat sini harus diterjah....

Ladysirna berkata...

mesti butterscotch to sedap ek, kita tak penah gi wondermilk ni...

H.I.M berkata...

ni makanan org kaya