Selasa, 8 November 2011

Single Baby

Aku rasa suami aku dah convince yang baby kami single bukan twin!
Masa aku awal-awal pregnant, perut aku cepat naik, lepas tu dengan confidentnya dia kata mesti twin nih..mesti!! Haha...Aku releks aje, ada sorang pun aku suka dah. Bukan senang nak dapat wooo..
Last week pegi scan, sebenarnya aku kepoh nak tau jantina baby, tapi aku cakap kat suami aku sebab risau, tak dapat detect sangat baby gerak (konon!)

Masa doktor scan, dia kata baby ok, aktif (betul la pun, sepanjang scan tu, dia asyik gerak aje pun, kaki, tangan, badan..semua pun gerak). Jantina dia, haha..ini bab padan muka aku. Doktor kata tak nampak sangat (maybe sebab budak kecik tu asyik bergerak). Tapi, Madihah kata, adik dia boy! Ya, doktor tak nampak, tapi anak aku Madihah yang baru nak masuk 3 tahun ni dengan confident kata adik dia seorang boboy. 

Aku tak kisah boy atau girl, yang penting si kecik tu sihat dan sempurna. Aku excited nak tau sebab aku nak start shopping!! Tapi setiap kali aku cakap macam tu, suami aku akan  suruh aje beli warna-warna selamat macam kuning atau hijau. Alaaaaaa....takde tema la mcm tuuu!

Hari tu lagi tragik, aku cakap kat suami aku nak beli alat untuk monitor heart-beat baby kat rumah, Dalam RM150 kot harga dia, suami aku pandang weird kat aku. Apsal lak? Tak ok ke monitor heart-beat baby kat umah, safety maaa...hehe..



6 ulasan:

Sidratul Muntaha berkata...

nak safe kaler biru la..tak punn [purple...
huhuh..

mariaariffbaby.com berkata...

tahniah dear!!

OneSimpleMother berkata...

nia sedang pregnant ke..!!?? tak tahu menahu.. tertinggal kapal terbang nmpknya. btw.. congrats nia. memang nak sgt 2nd baby kan.. :)

isabelle berkata...

tu diha confident ckp boy mesti sbb dia xnak kena share toys. hahaha

take care tau,babe.
xyah la smpi beli monitor tu...u boleh kira gerakan baby je nanti

Suwaibah YS berkata...

Salam perkenalan

huuu..syioknya bila baca pengalaman2 ibu mengandung.. huuu

transformed housewife berkata...

congrats! nampaknya kita sama2lah skrg ni. Knur masih dlm 1st trimester.