Rabu, 28 September 2011

Minggu ke 14

Minggu ni aku rasa ok. 3 bulan sebelum ni macam lembik aje, lepas tu rasa tak berminat dengan semua perkara. Biras aku kata semua ni psikologi aje, kena lawan semua tu. Hehe, aku rasa aku lawan jugak la kot, sebab kalau tak time kepala aku pening berpinar2 tu mesti dah ambik mc dah. Tapi kena kerja jugak, kalau tak siapa nak buat kan?

Masa tu la aku terfikir, patut la perempuan ni fitrahnya tak payah kerja sebenarnya, banyak benar kerenahnya. Lepas tu time mabuk2 tu aku motivasikan la jugak diri aku, mabuk tu tandanya hormon aku cukup tinggi untuk support kandungan aku. Jadi, aku boleh bertenang sikit.

Sekarang tak rasa macam pregnant sangat dah, sebab perut masih kecik dan mabuk2 pun dah kurang. Selera makan pun ok, tapi tetap nak makan benda pedas aje. Sebelum ni, tak suka makan pedas pun sebenarnya.

Harap aku dapat lalui semuanya dengan baik. Insha' Allah!


10 ulasan:

Mama Hanim berkata...

semoga segalanya lancar n baik. take care.

Ieda Al-Habsyi berkata...

take care :)

Fieza79 berkata...

mudahan dpt melalui fasa pertama ni dgn ceria...jaga makan dan kesihatan

Huda berkata...

moga dipermudahkan sumenye :)

gee ryder berkata...

baru tau berita gembira ni :)

anyway, congrats!
take care!

Suliana berkata...

take care ye.. tahniah prgnt :-)

Nisa Greennnpanda berkata...

Keep up the spirit ye, Nia~!! ^_^

h4ni3 berkata...

mesti dah lega sket bila dah melepasi fasa mabuk2 muntah2 tu kan :)

H.I.M berkata...

wahhh....
dah besar la upenya....

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

syoknya dah mengandung kembali. tuhan bagi 6 minggu jer baby bersama me. Semua ketentuan dari Nya