Jumaat, 30 September 2011

Kelab Isteri Psycho?

1) Beberapa bulan lepas, aku pernah bersembang dengan seorang kawan aku. Dia beritahu aku macam mana dia pernah cuba nak masuk 'account' FB suami dia. Semuanya sebab dia rasa 'insecure' dan nak pastikan suami dia tak buat benda pelik-pelik.

2) Seorang kawan aku yang lain akan buka email suami dia hari-hari (suami dia tak tau dia ada 'password'), ini pun untuk pastikan suami dia takde terima email dari orang-orang yang tak sepatutnya.

3) Ada juga yang akan 'check' SMS dalam hp suami, sebab nak pastikan suami tak terima SMS yang tak sepatutnya.

4) Aku sendiri ada buat perkara-perkara psycho yang tak perlu la aku ceritakan di sini..haha..

Persoalannya pada aku, betul ke kalau kita sayangkan seseorang tu, kita kena percaya padanya 100%? atau pun kita perlu ada sikit rasa tak percaya sikit dan berhati-hati?


6 ulasan:

ibuhebat berkata...

perlu ada 1% syak wasangka.. demi kebaikan kita juga. heheh..

My Aisy berkata...

em...aku pun nak join kelab isteri psycho nih...hihi...

pendapat aku...percaya itu perlu...tapi berhati2 itu mesti..mencegah lebih baik dari mengubati...

h4ni3 berkata...

rasanya kalau skali skala takpe kot
tapi kalau hari2 dok buat camtu, yg tu baru real psycho ;)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

malas nak amik tau.. dulu2 adalah kot.. ingat2 lupa ..kiki sekarang..anak dah dua.. kalau dia nak khinat kepercayaan ne .. terpulang..allah kan ada.. allah lebih tahu..kalau kita sayang sangat kat hsbd melebihi sayang kat allah kan dah salah..betul tak?? serahla kat allah

transformed housewife berkata...

Knur pun pernah jugak buat benda2 tu. BUkan sbb tak percaya tapi dah byk yg isteri percaya 100% tiba2 suami buat hal. Tula sbbnya kita kena sentiasa perhatikan gerakk geri mereka.

H.I.M berkata...

kelab suami psycho ada x?