Rabu, 10 Ogos 2011

BF Mom Rocks!!



Aku baca kat blog Sidratul Muntaha
Flashmob ini diadakan kerana beberapa insiden yang boleh dikatakan menzalimi hak ibu menyusu yang berlaku di KLCC; di mana ada para ibu yang dihalau / ditegah untuk menyusu semasa berada dalam tempat tertutup seperti di surau/duduk di bench KLCC walhal ia dilakukan secara sopan dan discreet

Breastfeeding perlu di tekankan sebagai suatu yang normal dan alami.

Adakah anda lebih sanggup baby anda disusukan dalam toilet jika anda sendiri tiada selera untuk makan di tempat kotor sebegitu?berbanding disusukan di tempat umum dalam keadaan aurat terpelihara?
source : youtube

Walaupun aku ni bukan ibu yang BF, tapi aku support sangat2 ibu2 BF kat luar sana. You all rocks! 
Memang patut pun buat Flash Mob macam ni, bak kata salah satu banner yang mommies2 ni bawak

"nurturing a child is not obscene!!"

Aku harap lepas2 ni, kat semua tempat kerja pun kena la ambik inisiatif untuk adakan bilik untuk ibu-ibu yang bekerja ni pam susu. Ini bukan perkara remeh, susu ibu tu hak untuk setiap bayi, siapa kita nak menidakkan hak ni? 

Dulu aku pernah pergi training kat hotel dengan sorang member aku, dia memang hardcore BF (idola aku dia nih), time nak pam susu, trainer tu tak mau bagi tumpang bilik dia untuk pam. Hotel tu pulak punya bagus, takde bilik pam susu. Last2 dia tanya kat observer untuk training kitaorg tu (mat salleh), nak tumpang bilik. Mat salleh ni terus setuju nak bagi kawan aku tumpang. Sebab ape? Dia tak anggap BF ni benda remeh!

Lagi satu, aku berangin bila baca pengalaman Belle masa dia susah payah nak pam susu kat entry ni
http://thesnowwybear.blogspot.com/2011/07/jangan-kerana-ka-sorang-rosak-imej.html

Hehe,...emosi lak si Nia ni yer,..puasa ke tak ni?

4 ulasan:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

ila pun mcm nia menyokong penuh BF walau 2x gagal cecah 2 tahun..mmm

Sidratul Muntaha berkata...

dah baca yg blog isabbelle before this.
siyes aaa..
yg hak laki tu boleh sibuk2 nak tahu n nak tgk..
benci arr!.
eii,geram!
kak isabelle ko tu kena sikit jer,.
akak dulu masa BTN,siap trainer tu buat lawak lucah nak tologn isapkan lagi.
lagi mcm haram.
trainer tu SB tau..
tapi pangai tak mencerminkan keislaman lansung!

mrs.spicy berkata...

yeah..bf mommy rawksss

Huda berkata...

setuju :) bangga sgt jd ibu yg bf :)