Rabu, 24 Ogos 2011

Anakku Madihah


Madihah punya perangai pelik sekarang, dia tak nak berenggang dari aku. Bila tidur malam-malam, dia asyik mintak peluk. Bila dia dah tertidur, kalau aku lepaskan pelukan tu, dia akan terbangun dan merengek mintak peluk balik. Aku tak kisah sangat nak peluk dia, tapi Madihah ni bila tido dia emosi sikit, kaki dia akan sepak sana sini. Sakit badan aku woo...

Malam tadi, perut aku tak best, aku tak berapa layan sangat masa Madihah buat konsert mintak aku peluk semalam. Ayah dia yang melayan dia semalam. Bangun pagi tadi, aku  rasa bersalah. Bila tengok muka Madihah tengah tido, lagi aku terasa bersalah tak melayan dia semalam. Aku teringat masa aku mula-mula nak dapat Madihah dulu, selalu aku berdoa pada Allah minta dikurniakan anak. Bila aku mula aje mengandung, aku berazam aku akan jaga dia baik-baik. Aku akan sempurnakan apa juga keperluan dia.

Masa aku lahirkan Madihah, dia kena tahan kat wad seminggu sebab jangkitan paru-paru. Aku ingat lagi, perkara pertama yang aku fikir masa tu ialah berapa banyak duit yang aku ada, sebab aku dah sedia untuk belanjakan semuanya untuk perubatan Madihah. Masa tu aku sangat sedar, anak ni amanah Allah, aku kena jaga baik-baik.

Tapi, sekarang bila Madihah dah besar, aku sangat kecewa dengan performance aku. Aku rasa aku tak cukup bagi perhatian pada dia, lepas penat balik kerja, paling lama pun setengah jam aku dapat concentrate pada dia. Layan dia main masak-masak atau laptop muzik dia tu, lepas tu mesti aku tertido. Ini baru Madihah sorang, macam mana kalau performance aku bertambah teruk bila Madihah dapat adik? 

Tak tau la, semakin hari aku rasa semakin gagal.




6 ulasan:

tifa berkata...

Farhan pun sama mintak peluks ...ehehhe

Huda berkata...

alahai..touching entry ni. huda pun kadang2 gitu gak, duk melayan lukman, husna mcm terabai sikit..tp sebenarnya sayang cuma dh lari sikit :)

Adzrah berkata...

Alahai Nia, biasalah tu. Aku anak dua orang pun memang masih terkial-kial. Masa paling sibuk aku ialah bila masing2 minta ditepuk sebelum mereka tidur. Penat tak payah cerita. Aku ulang-alik Sg Buloh ke Nilai hari2... byk masa buang di highway. Tapi aku rasa anak2 lah yg buat hati aku ceria. Anak jugalah yg buat penat aku hilang seketika... Ko belum gagal pun lagi. Org yg gagal ialah orang yg mcm dlm berita hari ni: campak ketiga-tiga orang anaknya dlm kolam sedalam 15 meter.. lepas bergaduh dgn isteri. Itu memang pemegang title manusia paling bangsat di muka bumi. Excuse my language...

Apa2 pun, chill out lah, beb!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

bukan mudah jadi ibu bekerja..janganla rasa mcm tue sbb nanti stress.. kalau ada adik nanti kakak boleh main dgn adik so mak akan dapat tumpu memasak..tapi kalau dua2 mengacau?? hehe jadi mcm ila..mak lampir tak kira siang ke malam

h4ni3 berkata...

kan... sayu jer tgk muka anak2 masa diorg tido
pastu nyesal jer kalo marah/ pukul diorg
huhu~

Nisa Greennnpanda berkata...

Nia...being a mother, kite mmg xkn puas ati.. ade je bnde yg kite akn rs we didn't do well enough, coz kite slalu inginkn the best utk our children & famly..