Jumaat, 3 Jun 2011

Uii,..aku ada peminat nih..

Hari tu aku pergi shopping complex *****

Pegi sorang aje lepas kerja. Sekali masa nak keluar parking, tiket aku kena reject masa masuk kat mesin tu (aku dah bayar ni) Aku pun tekan la 'button' mintak bantuan kat mesin tu. Dengar je ada respon, aku terus le bagitau masalah tiket aku ni. Bro tu mintak nombor..Aku tanya la nombor ape (takkan nombor ekor kot?) Dia kata sukati aku nak bagi nombor ape..nombor plet ke, no fon ke? Aku pun bagi la no. plet. Lepas tu mintak no. fon dgn nama pulak. Aku ingat dia nak 'verify' ape2 kot kemudian nanti. Aku pun dengan bendulnya pegi la bagi no. fon dgn nama. Ni cakap kat intercom aje ni, dia tak tengok aku pun. Tau2 lepas tu palang tu dah terangkat, aku pun balik la dengan girangnya.
Tu cerita 2 hari lepas.

Tiba-tiba malam ni, ada orang call. Bila aku angkat aje, dia letak. Aku panas hati la ni. Sape pulak yang main miscall ni. Tiba-tiba ada sms masuk.
"Hai (nama aku le)!"
Aku tengok eja nama aku pun silap, walaupun bunyinya sama.
Aku tanya la "Ni no siapa ya"
Tak lama lepas tu dia jawab
"Sy yg hari tu kat ***** mtk no awk..hri 2 awk xbleh nk kuar dr parking kan"
Ewah..ewah..dia ingat aku ni muda remaja & bujang trang tang tang lagi agaknya. Aku terus reply.
"Ooo..nak check sy dah boleh keluar parking ke belum ya, dah keluar dah, thanks ya"
Lepas tu dia tak reply dah, aku baru nak menyelitkan unsur2 suami dengan anak aku, tapi dia dah faham unsur2 sarcastic aku tu..elok le.
Aku pun cerita la kat En.Suami. Dia bising, dia kata lain kali kalau kes macam tu, tak payah tinggal no. hp, takde kena mengena pun..saja je tu.

Aik,..jeles ke?

Tapi aku rasa, kalau orang tengok aku, mesti tau dah kahwin punya..hehe..sah2 ada cap mak orang kat dahi.

Korang pernah terkena macam aku tak?
hehe

7 ulasan:

my.mastura berkata...

agaknyer dia dgr suara awak sungguh menawan kot..hehhehehe

isabelle berkata...

i malas layan kalo pelik2 camtu.
tapi masa i preggy 3,4bulan..ada org tanya "u dah kawen ke belum?" (dgn muka gatal).
kepalahotak dia la. sebab muka gatal dia tu, maka i x jwb soalan tu

Huda berkata...

tak penah lg sejak dh kawin ni :) masa zaman muda remaja dulu, ada gak sekali dua :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

sesekali buat suami jeles hahaha

transformed housewife berkata...

ada jugak dulu masa dlm pantang anak pertama lg. masa tu pergi pasar mlm dgn arwah mak akk. ada ke org jual air tu tanya arwah mak, anak umur berapa? hahah. lain kali kalau ada yg tak kenal mintak no jgn layan Nia. bahaya.

H.I.M berkata...

fuyooooo...
akak kne ngurat....

peeewit masih HOT..hehehe

mama_umar_maryam berkata...

selalu,ahaks! ;p..yg penting kite tau cmne nk jg diri sbg isteri dan mak orang kan ;)..zt lgla student selambe nk ngurat,ceh
jemput join GA zt nia
http://superzetymarlia.blogspot.com/