Isnin, 27 Jun 2011

Tentang mengandung


Tak, aku tak mengandung kali ke2, walaupun aku dalam peringkat berharap.
Kalau ikut family suami aku, semuanya aku rasa dipermudahkan rezeki untuk dapatkan anak. Bagi aku, mula-mula dulu, terasa 'frust' juga, sebab aku susah sikit bab anak. Aku 2 kali keguguran. Kandungan pertama dan ketiga. Kandungan kedua aku, dapat Madihah. Kadang-kadang suami aku berseloroh, kita sebenarnya ada 3 anak. Tapi, 2 orang tu dah pergi awal sangat.

Sebenarnya, bila keguguran tu lebih pedih rasanya. Ada seorang kawan aku, pernah cakap pada aku masa aku keguguran kali pertama dulu, "sekurang-kurangnya Nia pernah mengandung.." kawan aku tu belum mengandung lagi masa tu. Bagi aku, menghadapi keguguran anak ni, macam menghadapi kematian (ok la, kurang sikit dari kematian la kot). Badan sakit, hati kecewa, kalau tak kuat dan asyik melayan perasaan memang boleh gila. Masa ni la kena ingat pada Qada' dan Qadar Allah. Rezeki anak tu hak Allah. Kalau dah diputuskan bukan untuk kita, kita kena redha.

Kebanyakan kawan-kawan akan nasihatkan aku kalau aku kecewa, antaranya kena tengok keadaan orang lain yang masih belum dikurniakan rezeki anak. Aku faham itu, cuma kadang-kadang terkenang juga..  



8 ulasan:

my.mastura berkata...

kakak saya dulu, penah mengalami keguguran anak kembar! lg sedih...setahun pas tu, gugur lg, tp dorg je la..setahun lps tu, dpt laa anak sulung dia, bg nama Muhd. Taha..bila kitorg sebut2 psl anak kembar dia tu, mesti dia ckp "kalau ada kembar tu, x der la Taha" :D

OneSimpleMother berkata...

nia... kita samala. akak dulu pun 1st preggy gugur. kedua dpt luqman. dan baru2 ni ke3 pun gugur juga. insyaAllah lepas raya ni nak cuba lagi.. jom.. jom.. :) tu la kan. dah Allah kata bukan rezki kita. redho jer la. mana tau yg ke 4 ni ada rezki kita ke kan..

Huda berkata...

rezeki dari Allah kan. moga kita tabah hadapi hari2 mendatang, insyaAllah ada nnti :)

ibu_Arifa berkata...

saya pun...dalam proses mengharap jugak. kita sama lah..saya pun pernah gugur di kandungan pertama dan ketiga jgk..sedih di hati, siapa yg tahu kan.
tapi kita percaya, ALLAH itu maha mengetahui dan maha adil :) so teruskan lah berusaha dan berdoa.

MaSRifAh&AsrUL berkata...

huhu sama la mas... anak seorg jek... ALya madihah 2tahun 5bulan... tguu lg second bby huhu bila la nak ada rezeki... mengharap gak.... moga kita ada rezeki nnt...

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

aku pulak rezeki awal masa nuha dulu.skang rasa blom bersedia.berbelah bahagi.selagi rumah baru tak masuk, rasa mcm tak bersedia :p

Kie-yu berkata...

wah saspen ai..
ingt akak yg pregnant
hehe

ana berkata...

rezeki ajal maut di tgn Tuhan...kita kena redha!