Khamis, 16 Jun 2011

Malu sangat nak tanya

Last week (sebelum aku emo) aku pegi tengok wayang dengan Lily. Beli voucher tiket kat mydeal.com. Murah woo..2 tiket RM15 jerk. Valid untuk semua filem kecuali 3D. Kami pergi TGV Sunway, ramai betul org, terutamanya budak sekolah. Kami baca kat voucher tu tak boleh book tiket, maka kami assume kena beratur la..huhu..
Kami pegi tengok X-Men: First Class. En.Suami memang tak nak ikut, dia kata dia tak suka tengok citer orang ade power2 ni,..mcm kartun kata dia. Dia suka cerita2 mcm Alien vs Predator ke (a'ah,..tu tak kartun ye...)  
Suka betul James McAvoy, nasib baik aku dah kahwin, kalau tak harus cari poster dia..hahaha..

Lama gila beratur ok. Dekat nak sejam kot. Aku terperasan 'notice board' ni. Adoi,..TGV pakai 'notice board' macam kat sekolah aje nih.Lepas tu eja sinopsis dalam english macam tu ke? huhu..

Masa dah dekat nak sampai tu, aku bangga betul siap ambil gambar lagi. Bila sampai kaunter, budak tu selamba aje cakap, 
"voucher ni tak payah beratur kak, terus amik tiket kat kaunter booking".
Aku dengan Lily sangat terkedu masa tu, menyebabkan kami takde rasa lagi nak bergambar selepas itu. Buang masa betul! Lain kali, aku nak tanya jugak dulu sebelum beratur.

Kami lunch kat Capricossa.
Aku makan ni, kat menu tulis 'Risotto'. Tapi sebenarnya, bila makan rasanya macam 
nasi gaul kuah sardin berlaukkan ikan tuna, sotong dan lala.

Ini Lily makan. Spaghetti Carbonara. Ni aku tak dapat nak describe, sebab aku lupa nak mengecak dia.

Moral untuk entry ini :
Kalau beli voucher tiket wayang kat mydeal, tak payah beratur..hehe.

10 ulasan:

my.mastura berkata...

SAYA PON SUKA JAMES MCAVOY!!!!!!

hahaha..giler jap..

eh, mydeal.com tu, apa lg ada eh? mcm best jer?

Sumijelly berkata...

korang memang.....suka g tak ajak aku .....

bila nak jumpa nie!!!!!!!!!waaa.............



Sumijelly.com

mama tisya berkata...

hah mmg tkyh beratur..tu psl kelebihannye dh la murah..ehhehe

Sumijelly berkata...

oh ya.. aku baru pasan..

ko dah pakai DOMAIN baru yek..hik3....

Sumijelly.com

H.I.M berkata...

beli je poster tu...

isabelle berkata...

eee...tak aci tau, x ajak pun i!
*merajuk 2 saat

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

ila dapat hadiah tiket citer ne first class lagi haha..dah lama sangat tak tgok wayang tauuuuu

ana berkata...

suka mkn carbonara...sedap!!!

transformed housewife berkata...

aah teruknya notice board tu. "Sypnosis"? Patutnya "Synopsis". nak cuba lain kali mydeal.com tu sbb dpt harga murah.

Nia berkata...

my.mastura: hehe..taste kita sama lak. try la tgk mas, mcm2 lagi ada..makanan, pakaian,..kek..

mama tisya: tu la,..buang masa je beratur...huhu

Sumi: a'ah,..aku pun domain nih..hehe..nak ajak ko mana bleh, ko tunggu hari tu, lps ko bersalin la yek..hehe

HIM: ko belikan bleh?

Isabelle: lain kali i ajak u lak, anak2 kita suruh ayah diaorg jaga..hehe

Baby : uii,..dpt tiket free ke? tu lagi bagus!

ana: sama le kita..tp hari tu tak terorder pulak..huhu

kak nur: haa,..kan kak..salah eja