Selasa, 7 Jun 2011

Layanan Pelacur Kelas Pertama untuk suami

Dr Rohaya Mohamed
source


KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed. Artikel penuh di sini http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Layanmacampelacur_/Article

Boleh juga baca Pendapat Ustaz Zaharuddin

Aku tau, kalau aku kata aku sentap dengan pernyataan naib presiden ni, mesti ramai kat luar sana akan suruh aku tengok benda ni dari sudut positif kan? Aku baca komen-komen artikel ni pun, memang ramai pun yang suruh tengok dari segi positif. Seeloknya, janganlah diguna pakai istilah pelacur tu, walaupun niat baik, tapi mengguris hati orang.

Masa Kelab Isteri Taat ni diwujudkan pun, dah ada kontroversi. Ada sebilangan wanita sentap sebab kelab ni meletakkan punca kadar penceraian yang tinggi pada isteri yang tidak taat. Masa aku baca komen kat artikel tu (aku pun tak jumpa dah aritkel tu, kat Yahoo! Malaysia), ada ramai perempuan yang komen. Lepas tu ada yang kena sound, dikatakan akan terpesong akidah dan sebagainya.

Aku bukanlah seorang yang arif tentang Islam, banyak lagi aku kena belajar. Jadi, aku tak tau, rasa sentap dan terkilan aku ni patut atau tidak. Aku juga bukan 'feminist' macam 'Sister In Islam', aku tau tempat dan kedudukan aku di sisi suami. Hari-hari aku cuba mengubah diri aku menjadi isteri yang lebih baik.

Oh, kelab ini juga menyokong Kelab Poligami. Kelab ni menyatakan, bila seorang isteri enggan bermadu, sebab itulah kadar penceraian meningkat. Aku nak tanya la, perempuan ni dikatakan ada 9 nafsukan? (Berbelanja, melawa dsb), kalau seorang suami ni mampu menyediakan segalanya, contoh isteri tu tak payah kerja, diberi rumah dan kereta, ada pembantu rumah, diberi elaun bulanan, kerjanya hari2 melayan anak2 dan belajar agama aje. Korang rasa isteri tu akan bising ke kalau suami dia nak kahwin lain?


Apa pendapat korang tentang artikel ini?






9 ulasan:

Farra Dhelina berkata...

seorg isteri lagi hebat dari seorg pelacur!

AdD berkata...

kot iya pun nak taat pada suami, xperlu guna perkataan pelacur tu boleh kan... mana boleh sama kan pelacur dgn isteri... mcm langit dgn bumi bezanya... aku berani potong jari lah kalau ada suami2 yg beriman/budiman kt luar sana yg sanggup samakan isteri2 mereka dgn pelacur.. xkira lah kelas atasan ke kelas bawahan ke... bg aku xde kepentingannya pun utk tubuh kan persatuan2 yg mcm tu... nama je Dr. tp bengong....

Suliana berkata...

me pun blh sentap dgn kenyataan tu.. cubala guna perumpaan yg elok skit kan. betul tu, klu mampu, takkan bini nak bising klu cukup mkn pakai duit seume kan.. huhu

ujee berkata...

Tu sbb org yg berpoligami ni insan yg terpilih je...bukan sng nak jd adil dan memberi segala nafkah bagai...
tgk salih yaacob tu...dia poligami bukan x dpt restu dr para isteri or parent pihak perempuan tau...bukan dia kawen lari...nampak x? mcm ada keistimewaan yg kite x tau kan?

ckp sng le nak kawen 2-3 tp t/jawab tu..ada berani ke nak mjd adil & memberi nafkah bagai secukupnye...?

Huda berkata...

boleh jadi panduan kan :) isteri kan mmg dicipta untuk menyenangkan hati suami :)

sue berkata...

memang hot la topik ni. ketinggalan plak rasanya saya ni..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

hsbd saya pun gelak bila dgr nama kelab ne ..dia siap kata "diorang ne takde keja ke??"

banyak2 isu..isu ne yg pertama ditimbulkan leh kelab ne?? apalaaaaaaa

H.I.M berkata...

lelaki yg bermasalah..
bukan wanita...

sedarlh lelaki oiii

soraya berkata...

Kelab Isteri Taat tu aper???. Adakah dengan hanya join kelab itu anda merupaka seorang isteri taat? if tak join tak taat or biler join maksud anda adalah isteri yang bermasalah perlu dipulihkan untuk kembali taat..????agak bodoh penubuhan kelab ini, degrading them selves..isteri sama dengan pelacur kelas pertama..? aku nak pandang positif tak boleh la isteri tinggi nilainya dari pelacur even kelas pertama sekalipun, ada pankat DR tapi akalnya logik dan sensitivitinya tiada , memalukan...