Isnin, 13 Jun 2011

Jom Join Kelab Peteh

Aku kat Terengganu last week, balik kampung En.Suami. Sehari sebelum Piala FA, dia ajak aku beli jersey kat Stadium Terengganu. Dah lama dia cakap, kali ni dia nekad nak membeli.
Mula-mula aku tersengih sorang2 tengok Peteh (pear-teh) Terengganu ni.
Ooo...rupanya ni kelab penyokong Terengganu, Kelab Peteh. Tu En.Suami tengah pilih jersey.
Lama woo, macam aku masa pilih kasut.
Peteh ni membawa maksud 'cantas' atau 'patahkan' (betul ke?).
Kalau untuk Perak (aku le tu..hehe), macam Kejor Yop Kejor tu laa..
Akhirnya....
En.Suami selesai pilih jersey dia. Aku seakan-akan nampak sinaran pada jersey yang dia beli.
Hehe...nampak sangat tipu..

Ape-ape pun, Tahniah buat pasukan Terengganu kerana berjaya memenangi Piala FA Sabtu lepas. En.Suami senyum masa tidur malam tu..haha..
Buat pasukan Kelantan, cuba lagi tahun depan (err,..tahun depan ada Piala FA lagi kan? Nampak sangat aku tak tau pasal bola..hehe)



4 ulasan:

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

mcm dah tak der piala fa kan.diorang tukar nama kan ? :p

hidup terenggau !

peteh tu maksud dia, masa main bola tu kan, dia mcm jatuhkan orang tu :p

isabelle berkata...

fuh..bersinar2 jersey baru.
hahaha *saja menambah-nambah*

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ berkata...

yeyey..
penyu berjaya peteh keting kijang..
heheheh..
taw dop keting tu ape.. ekekke, ty asben awak yer..
haah, kat ganu skrg ni duk berarak ke piala tu la..
arini dgr kata berkumpul kat taman syahbandar lagi.. =)

white rose berkata...

jgn kate akak, sy lgsung xamik tau hal2 bola ni...
hahaha...

terengganu menang pun sy xtau...
hahaha...