Rabu, 29 Jun 2011

Eh,..menarik ni..


Kabinet lulus 30% wanita buat dasar sektor korporat

27/06/2011 4:00pm


KUALA LUMPUR 27 Jun - Jemaah menteri telah meluluskan dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, pihak korporat diberi tempoh peralihan selama lima tahun untuk meningkatkan bilangan wanita sebagai ahli lembaga pengarah dan memegang jawatan tertinggi di syarikat masing-masing.
"Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu lepas telah bersetuju dengan permohonan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya lebih ramai wanita yang berkelayakan diberi peluang menjadi ahli lembaga pengarah syarikat.
"Saya yakin dan percaya inilah caranya bagi kita menghargai peranan wanita dalam konteks pembangunan negara kita kerana kebolehan wanita untuk mengendalikan jawatan-jawatan yang penting telahpun terbukti.
"Saya juga percaya keputusan yang dibuat oleh Kabinet ini merupakan satu 'landmark decision' yang akan mengubah penyertaan wanita dalam negara kita kepada tahap yang jauh lebih tinggi lagi," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini. - Bernama
source : utusan


Hehe...rasa-rasanya ada can tak?

3 ulasan:

isabelle berkata...

dlm sektor swasta senang la kot

ana berkata...

kat opis ana, 60% head department pompuan :)

Farra Dhelina berkata...

insyallah.. :-)