Jumaat, 17 Jun 2011

Buang Sampah Merata

Aku ni bukan aktivis alam sekitar atau ape. Tapi, bila aku tengok orang buang sampah dari dalam kereta diaorang keluar, aku jadi angin. Kita nak jaga kebersihan dalam kereta kita sendiri, tapi kita mengotorkan persekitaran pulak?
Kereta ni parking sebelah aku masa kat Genting Sempah, 11th June, 2011, kira-kira pukul 6.50 petang.

3 kali aku nampak anak dara orang ni buang kulit rambutan keluar. Sediakan plastik dalam kereta, lepas tu kumpul dulu sementara jumpa tong sampah kan lagi elok?

Pagi ni aku nampak lagi, kereta MyVi warna Grey, buang satu plastik sampah keluar masa tunggu traffic light.
Apa benda ni? Tak boleh buang kat tong sampah ke? Kan dah kotor jalan tu?

Sori la, kalau aku ni bunyi macam psycho atau apa, tapi aku cukup tak suka tengok tindakan-tindakan kurang cerdik macam ni. Cuba compare dengan keadaan jalan kat Singapore, kat sana undang-undang macam ni cukup ketat. Tak boleh suka-suka nak buang sampah keluar, sebab tu persekitaran diaorang bersih. Alasan Singapore tu kecik, jadi senang nak kuatkuasa undang-undang ke ape, tak boleh pakai, yang penting diri kita sendiri. Mesti ada kesedaran. Dalam Islam pun mementingkan kebersihan kan?

Apa pendapat korang?

7 ulasan:

Huda berkata...

isk3..mmg tak patut..xde sivik org kata kan :)

Kie-yu berkata...

ish ish ish
tak baik wat gitu kan
nk tego mcm tak praktikal
kang lain pulak keta menjajorrrr
heee :)

maybe kita doa je laaa bia Allah bukak hati dia jgn buat gitu lagi

hi sis :))
thnx 4 ut support to R4T all dis while
really appreciate it!

chekna @ mama ziyad berkata...

mmg tak senonoh la anak dara tu... boleh je simpan sampah tu dlm kereta, dah jumpa tong sampah buang je.. xkan susah sangat nak jumpa tong sampah.. ni mmg jenis org yg xde kesedaran sivik langsung...

mama_umar_maryam berkata...

nia,aku dulu pengawas bhgn kebersihan n keceriaan, mmg terbwk2 smpi skg attitude nk jage jgn buang sampah merate2 tuh,huhu

Nik Thoha berkata...

Menjaga kebersihan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama..kita sepatutnya membuang sikap suka mementingkan diri sendiri..

transformed housewife berkata...

mmg geram tengok ramai lg org2 Msia yg suka buang sampah merata2. Kami dok ajar anak2 dr kecik spy jgn buang sampah merata2.

H.I.M berkata...

ek?
sjak bila jaga kebersihan nie?
anda pn ada buang sampah merata2 aritu..ingt x?