Khamis, 26 Mei 2011

Seronok ke jadi hipokrit?

pic source : here

Aku terfikir topik ni bila baca status FB cousin aku.
Kebetulan ini la yang aku rasa. Selama ni aku ingatkan jadi hipokrit tu tak bagus
(ala-ala terkutuk la nih).
Sebab :
1) Hipokrit hanya untuk orang tak jujur!
2) Hipokrit untuk orang yang ada kepentingan untuk sesuatu aje.
3) Hipokrit untuk orang takde keyakinan diri.
4) Hipokrit ni untuk orang yang ego.

source : here

Tapi, lama-lama bila kita dah jumpa ramai orang.
Kita terpaksa akur jugak, hipokrit itu la caranya untuk 'survive' .
Sebab :
1) Kalau ko jujur, ada orang nak dengar ke? Silap-silap ko yang kena hentam balik.
2) Kalau ko tunjuk perangai sebenar, ada orang 'appreciate' ke? Bukan aje orang tak faham, orang kutuk ko lagi ada.
3) Kalau ko lantang menyuarakan apa yang ko tak puas hati, ada orang heran? Silap2 ko kena sound balik dan sakit hati.

Bagi aku, simpan dan pendam aje la perasaan tu.
Aku pernah dengar satu slot motivasi, kalau kita tak puas hati dengan orang, jangan pergi mengumpat. Tapi lepas solat, mengadu pada Allah, cerita la semuanya pun. Sebab Allah Maha Mendengar. Tapi, jangan sesekali doakan keburukan orang tu, sebab orang tu pun makhluk Allah, takkan kita nak doakan keburukan makhluk ciptaan Allah padaNya pulak.

Bagus entry aku kan, kutuk-kutuk kat atas, tiba-tiba kat bawah Islamik pulak. Tak konsisten sungguh!

Apa pendapat korang pasal hipokrit?

7 ulasan:

Sidratul Muntaha berkata...

itu namanya puji - puji smash!
bukan hipokrit la...(tuk footnote tu la)
klu berckp dgn org jahil,jgnlah jdi jahil mcm dia...
baik diam jer sebenarnya..
pastu baru bagi balik.
tunjuk perangai?!nak tunjuk boleh tak tunjuk pun boleh.
tapi aku lebih suke konsep hipokrit yg mcm sepupu ko ckp tu sbb,kita bagi muka pada org sebenarnya dlm tempoh tertentu.
tpi bila smpai masa dia nak kena,mmg kenalah...

isabelle berkata...

........ttooooooooooooooooooot....
.....tooooootttttttt.........
..toooooooooooooooooooootttt....

hahaha.begitulah censorednya kalo i ckp ttg hipokrit.
i jenis mulut laser, so menanah la telinga org yg mgharapkan i ckp benda2 elok yg dia suka dgr je.

mrsdjones berkata...

Saya suka entry Nia ni. Kita mmg kalau boleh tak nak jadi hipokrit. Tapi rasanya pendamkan perasaan tu ada bagusnya. Jgn sampai makan hati sudah ;)

mrs.spicy berkata...

bila makin tua ni farah rasa hipokrit bagus.

my.mastura berkata...

ada gak kes, kalau kita jujur, org akan kata kita x betul..cth: kalau bab nk saun2 org ni..org tu leh terima ke diri di saun? pas tu nnt kita plak jadik bahan umpatan dia

transformed housewife berkata...

Knur pun tak suka jd hipokrit tapi kalau kita tengok dlm budaya org Melayu, kita diajar jd hipokrit sbb kita tak boleh suarakan pendapat kita pd org yg lebih tua atau org yg lebih berpangkat sbb mcm tak beradab. Jd, nak tak nak, kita tak sedar kita pun dah sama jd hipokrit.

H.I.M berkata...

saya dah tau awak siapa?
hipokrit?ehhh
bukan...tapi hipo-potamus..hahaha