Selasa, 31 Mei 2011

Andai talak di tangan isteri...

source : here

Aku dengar radio last week, topiknya
"Benarkah suami yang menentukan kejayaan/ kebahagiaan dalam sesebuah rumahtangga?"

Aku sempat dengar 2 pemanggil. Pemanggil pertama lelaki yang dah 13 tahun kahwin rasanya.
Lepas serba sedikit bagi pendapat, dia cakap
"kalau talak tu di tangan isteri, agaknya dah 20 kali saya jadi duda"

Pemanggil kedua pulak perempuan.
Lepas bagi pendapat, dia pun cakap
"kalau talak tu pada isteri, mesti lagi ramai pasangan akan bercerai" (lebih kurang macam tu la dia cakap)

Aku ala2 konfius sikit, soalannya.. Soalannya, benarkah suami penentu kebahagiaan rumahtangga?
Jawapannya, sebab talak di tangan suami, bukan di tangan isteri?

Pada aku, ada relevannya undang-undang Allah, yang meletakkan talak di tangan suami, sebab perempuan ni emosi (tengok aku aje dah cukup).
Tapi, aku rasa pemanggil2 tu tak menjawab soalan le kalau jawab macam tu. Terasa macam merendah-rendahkan perempuan pun ada (tengok, aku dah emosi...)

Apa pendapat korang?

6 ulasan:

chugie berkata...

kalau talak di tangan isteri.. bergegar2 lah tiang arashi.. sebab kaum isteri ni kurang sabar kot..

isabelle berkata...

betul betul betul.
pompuan mmg emo lebih.
anyway, kejayaan rumahtangga tu terletak kepada toleransi kedua-dua pihak. xkira laki atau bini..janji kalo sorg panas, sorg lagi sejukkan

transformed housewife berkata...

mmg perempuan lg emosi tapi ramai jugak lelaki yg mempermainkan hukum talak tu.

NM02 berkata...

isteri kalu lepas talak... agaknya berkali2 kot dalam sehari sebab bila naik angin je, lepas talak... kalu mcm tu berkali2 le kawen lain. hehehe

mariaariffbaby.com berkata...

:)
kita admit..saya as pompuan jenis yang beremosi skit
indah kan hukum allah tuh..

but now ni, lelaki even dikurniakan akal 9..namun nak guna separuh akal dari 1 tuh pun agak payah untuk berfikir yang terbaik

H.I.M berkata...

Seandai benar kuasa talak di tangan wanita, tentu gawat.

Pastinya haru hara juga kerana tentu terdapat terlalu ramai janda dan mungkin juga duda.