Jumaat, 27 Mei 2011

Adoi! Wanita Melayu Seksa

Dalam banyak-banyak blog, ini la blog yang buat aku 'terkena'..adoi!

Korang nak tau penulis blog ni cerita apa? Aku ambik sikit petikan dari blognya

Semua tahu wanita Islam WAJIB memelihara aurat. Berdosa besar jika wanita Islam membenarkan mana-mana bahagian tubuhnya dinikmati melalui fizikal dan pandangan mata oleh lelaki-lelaki bukan suaminya. Ramai wanita sedar bahawa fesyen ketat, sendat, singkat dan jarang itu tidak dibenarkan di dalam Islam. Dan ramai juga tahu, sepertimana aurat wanita diperlihara di dalam solat, begitu jugalah aurat mereka di kehidupan harian.Adakah kewajiban memelihara aurat di kalangan wanita Islam wajar diberikan kelonggaran, peluang untuk memberi alasan dan tempoh masa sehingga mereka benar-benar bersedia ? Jika seseorang itu sudah baligh...?

Apabila seseorang wanita yang sering mendedah dan mempermainkan aurat telah dinasihatkan agar dia segera mengambil berat akan auratnya dan dia sebenarnya sedar akan kebenaran itu. Adakah (si wanita pendedah aurat itu) layak dan wajar meminta tempoh masa dari masyarakat, sehinggalah sampai masanya dia dapat menyempurnakan kewajiban memelihara auratnya ? ATAUPUN, sepatutnya, (si wanita pendedah aurat itu) itu wajib segera insaf dan terus mendisiplinkan dirinya mematuhi tatacara berpakaian wanita mengikut Islam tanpa melengah-lengahkan masa, kerana ia adalah arahan ALLAH ?

Bolehkah memperlahan-lahankan kewajiban memelihara aurat setelah ditegur dan dinasihat ?

Jadi, satu lagi persoalan saya ajukan.
Kewajiban menutup aurat. Wujudkah istilah menutup aurat secara perlahan-lahan ? Wujudkah istilah 'slow-slow' tutup aurat..? Jauh di sudut hati, rasa belum puas untuk menayang kecantikan diri dan rasa
tidak sanggup meninggalkan koleksi pakaian sendat dan ketat yang sekian lama digemari.

Kalau korang nak baca lebih lanjut, boleh la ke blognya

Terkena batang hidung aku jugak okeh..adush!

10 ulasan:

my.mastura berkata...

meh le kita sesama ingat-mengingati ye..insyaAllah

Liz Rohaizat berkata...

saya dah baca blog ni semalam. ada yg terkena batang hidung sendiri gak. hehe.. takpe, elok.. mengingatkan kita agar tak mengambil mudah bab tutup aurat nie

Myra Jay berkata...

Ok nak terjah jugak..

Thnaks ye syer info nie..
Mmg elok untuk kita sebagai seorang pompuan ;)

isabelle berkata...

dushhh dushhh..
kena pelempang kat muka sendiri.
huhu

Fana Flora berkata...

erm..tula..adalah juga terkena batang hidung sendiri. tapi xpe. pengajaran utk diri sendiri. huhu

mama_umar_maryam berkata...

ohh,igtkan penulis blog ni nk meluahkan betape seksanye die jd wanita melayu,hehehe

Anne berkata...

tengok dari tajuk mesti mula-mula akan fikir dalam blog tu banyak gambar gambar seksi.haha

transformed housewife berkata...

bagus teguran2 dr blog tu. Knur pun selalu ingatkan diri psl aurat. yelah rasa masih tak sempurna.

siti nurkhijah berkata...

dah baca blog ni... bagus jugak, kita ni kadang2 terleka sebab kira nak up to date jer..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

belum sempurna lagi..mmm