Rabu, 20 April 2011

Gila Meroyan



Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gila meroyan? Ia merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu berbuat perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang disekelilingnya. Pendapat terkini mengatakan penyakit postpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita lepas bersalin.

Bila aku baca ni, aku tersengih sorang-sorang. Aku boleh 'claim' dekat kawan-kawan aku, lepas aku bersalinkan Diha dulu, aku ada meroyan. Padahal aku punya simptom tu, 'slight depression' aje kot, sebab masa tu Diha kena tahan seminggu kat wad (ada infection kat paru-paru) dan en.suami pun tengah exam kat Kelantan masa tu. Bila sorang2 tu, layan blues aje la. Tapi, bukan sampai meroyan pun, saja je aku ni 'drama queen' kan..hehe..

Apa yang korang tau pasal gila meroyan?

11 ulasan:

Adyshariz berkata...

itu yg kalau lepas bersalin kene jaga hati dan perasaan juga..layab blues jiwang takpe...kalau x lain jadinya

isabelle berkata...

i pun 2x bersalin... 2x hangin & blues.
tapi cpt2 cuba cool down sbb takut meroyan, nyesal x sudah.hehe

Huda berkata...

gila meroyan ni macam kita stress juga kan :) lepas tu duk pikir nak campak anakla, macam tak terkawal la kut :) huda pun x sure..hehehe

NM02 berkata...

saya suker guna perkataan meroyan kalu seseorang tu nampak mcm weng. ahaksss

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

aku pulak asal maghrib menangis teringat kat hubby..rindu jauh katakan.hahahahaha.
mak aku selalu pujuk katanya takut aku meroyan pulak..:p

Maya Mayana berkata...

emm penyakit gila le,murung + stress..kadang2 okay..kadang kay-o..kalau dibiarkan melarat..rasanya boleh dirawat...citt drama queen rupanya...

mama_umar_maryam berkata...

mntk dijauhknlah sakit postnatal nih,thats y mental kene kuatkan,heheh

h4ni3 berkata...

hehe
tu bukan meroyan tu nia
tak sampai tahap tu lagi tu :D

transformed housewife berkata...

knur pun mcm kena slight depression lps bersalinkan anak kedua kat NZ. Mungkin masa tu ambik masa nak adjust ada 2 org anak, duduk kat negara asing dan 24/7 kena duduk terperuk kat rumah.

Nia berkata...

Adyshariz: dia kalau dah layan blues sampai melarat tu yg bahaya tuh..huhu

Isabelle: Uii,..memang,..mind control tu yg penting tuh.

Huda: haa,..betul..stress tahap kritikal tuh.

NM02: haha...tu meroyan lain tuh.

Ellis: iee,..aku paham rasa mcm mana rindu tu,..sayu jerk rasa kan.

Maya: drama le, hari tu saya claim peranakan jatuh, padahal sakit pinggang biasa aje..haha

Zety: nak pulak time tu consider tgh 'kotor' kan..uii..

hanie: tu la,..drama je lebeh..hehe

Kak nur: Kak Nur lagi kesian..jauh dari family lagi kan.

H.I.M berkata...

meroyan x mendapat...hahahahahaah...hihihihihih