Sabtu, 5 Mac 2011

Buat Duit Dengan Blog : Niche

Niche?
Salah satu daripada tips untuk buat duit online adalah dengan memastikan blog kita ada 'niche'. Dulu-dulu, aku pun tak tau apa benda la 'niche' tu. Macam nama kerepek pun ada. Rupanya, niche ni boleh diibaratkan macam kategori atau tajuk bagi blog kita.

Contohnya :

1) Kalau blog fotografi, kita akan cerita pasal fotografi aje memanjang. Jenis kamera, tips ambil gambar dsb. Maka, niche bagi blog tersebut adalah fotografi.

2) Kalau blog fesyen, kita akan cerita segalanya tentang fesyen, kasut, aksesori dsb. Niche bagi blog ini adalah fesyen.

Kenapa kena ada 'niche'?

Supaya mudah bagi kita dipilih oleh pengiklan. Contoh macam blog aku ni cerita pasal anak la, pasal aku pergi shopping la, sah-sah blog orang pompuan dan ibu kan? Jadi, mesti pengiklan yang akan letak iklan kat blog ni adalah pengiklan produk untuk wanita dan kanak-kanak.

Kalau takde 'niche'?
Payah sikit nak dapat pengiklan. Tapi, itu dari segi teori. Kalau pengiklan tu baca blog korang dan dia suka, dia akan pilih jugakkan.

Itu aje yang aku faham tentang 'niche'. Kalau ada salah silap harap perbetulkan aku ya. 

6 ulasan:

Ladysirna berkata...

o, baru tahu apa tu niche,,thanks nia=)

=sz= berkata...

klu maksud "niche" tu mmg gitu la pesennya kan ...ehehee...

:)

h4ni3 berkata...

ooo..
patut la lama tak dapat BE
blog ai rojak!

hehehe

Mama Zharfan berkata...

yepp can't agree more

tp utk nuff advertorial, min layak mesti 1k UV daily...


nak menang purse clarks ori? jom vote!

Intan berkata...

Sama lah kita, blog pasal anak dan family ;)

white rose berkata...

oh gitu...
sy xtau ape2 bab itu...

blog sy main redah jer...

kakaka...