Selasa, 22 Februari 2011

Photoshoot Diha by LittleKids Photography

Aku ada menang photoshoot I Love U Contest tahun lepas. Tapi baru redeem hari Ahad hari tu..hehe.
Aku berkobar-kobar cakap kat Kak Ros nak tema picnic. Aku siap beli props lagi untuk menjayakan tema. 
Ni Diha masa diambil gambar. Aku tengok Kak Ros cukup penyabar dengan kerenah Diha. Dia layan aje ikut angin Diha. Mungkin sebab tu Kak Ros punya speciality adalah photography untuk kanak-kanak.
Diha tak layan pun tema  aku, arrow kat belakang tu props yang aku dah prepare,..hehe. Dipandang sepi oleh Diha..Cupcake aje dia nak pegang. Diha ni kalau kita cuba buat dia gelak, dia bantai buat muka berkerut macam ni. Kalau biarkan dia sendiri, baru dia nak senyum.
Bila dah habis ambik gambar, sibuk pulak dia nak tengok. Last-last kami ambik gambar kat taman permainan ni aje, sebab Diha tak habis-habis nak lari ke sini. Suami aku tak habis-habis perli aku, 
"pek nek (picnic) konon.."...dgn budak2 ni, mmg tak dapat jangka..huhu...
Terima kasih banyak pada Kak Ros sebab sudi buat photoshoot ni untuk Diha. Penat tu aku tengok, Kak Ros kena cepat 'catch-up' Diha untuk dapat 'shoot' menarik. Aku sendiri pun dah berpeluh satu badan. Sebab tu aku tak ambik gambar muka aku, macam belacan dah.

Kalau korang berminat nak dapatkan khidmat photoshoot dari Kak Ros, boleh ke sini
Ada banyak pakej menarik untuk dipilih. Tapi, korang kena check dengan calendar Kak Ros dulu, make sure Kak Ros boleh terima booking atau tak untuk hari yang korang request tu.

Keseluruhannya, aku dan En.Suami sangat berpuas-hati dengan Kak Ros. Insha' Allah kalau ada rezeki, masa akan datang kami nak ambil Kak Ros untuk cover event Diha :)

10 ulasan:

mamalieyna berkata...

waah diha berphotoshoot..best tuu...mmg budak2 kerenahnya tak dpt dijangka..kena byk sabar kan..hu~

Lelord berkata...

hehehe ni baru warm up tuk diha

ibu_Arifa berkata...

hihihi..budak2 mcm tu la kan..kami aritu pun masa birthday party..siap ambil kameraman(kwn hubby je pun)..tp dalila pulak tak "mesra" kamera aritu.. mau lari dan nyarok2 saja..huhu..sabar jer lah..

Huda berkata...

wow!bestnye dpt free photoshoot :) ala diha nape bad mood?:)

Little Mama™ berkata...

nia, balik photoshot tu kan kebas kaki akak ni + tido tak ingat dunia dah (nampak sgt lama tak exercise).. hasilnya? tungguuuuu... saje je buat saspen.. he..he

h4ni3 berkata...

waaa... tak sabar nak tengok hasil keje kak ros! :D

isabelle berkata...

mak diha pulak...bila nak fotoshoot?

Mama Zharfan berkata...

mine pun belum redeem, tp nak kena rop up byk gak sbb voucher RM100 ajer :p

eT berkata...

hehe..jenuh tu nk main kejar2 ngan budak kecik tuh.. :p

me pon baru pas fotoshoot last weekend sempena besday dania ke-2... http://maziati.blogspot.com/2011/02/fotoshoot-danias-2nd-besday.html

white rose berkata...

waaaa diha, mantop kau yee...
bukan main lagi berposing...

hikhik...

peg nek...