Khamis, 17 Februari 2011

Kentang Spring-Spring

En.Suami bawak balik 'Spring Potato' ni semalam.
Aku memang tak pernah jumpa, aku pun try je laaa..
 Sedap betul. Ada banyak perisa, tapi yang aku ingat Cheese, BBQ dengan Black Pepper. Aku memang terasa sedap sangat masa aku makan ni. Tapi, bila makan berlebihan sangat makanan bergoreng ni, aku pun mula la mual2..huhu..(aku tak pregnant arr..)
Kalau nak tau, spring potato ni ade offer pada sesiapa yang berminat untuk bukak kiosk dia. Aku tengok kat sini.
Mula-mula aku punya la berminat dengan spring potato ni, sampai terasa nak bukak kiosk dia pulak kat pasar malam..hehe..Nasib baik En.Suami sedarkan aku, terus berpijak di bumi nyata balik. Lagipun pasar malam kat area Shah Alam ni, macam semua dah ada pun kiosk spring potato nih.

Korang pernah makan spring potato ni?

13 ulasan:

mummy_ayu berkata...

pernah beli kat pasar malam gak, tapi tak ingat brand apa ..tak sedap pun..ni tgk pun mcm best so kena try lagila..

maya amir berkata...

memang sedap... bukan takat budak jek, mak apak budak pun suke melayan spring potato ni:)

ain berkata...

xpenah mkn lagi walaupun tetiap minggu de jual kat pasar tani Putrajaya.hu3

[-suziey-] berkata...

sukaaaaa..sedap..ooo ade ek offer ek utk kiosk..

rose --{@ ibuRafiq @}-- berkata...

selalu tgk kat pasar malam tapi tak penah cube..maybe belum teringin..kang dah teringin leh carik

Huda berkata...

pernah..kalau dah sejuk dia x bape sedap..kene makan time garing kan :)

✿ etiey erywan ✿ berkata...

hmmm pernah beli di ampang park. hhmmm sedap

isabelle berkata...

xpernah try lg. aritu nmpk kat psr mlm sect 20.
tapi x tergoda sgt, wpun i suka mkn potatoes.

Miss Anis berkata...

Okay, ini telah melampaui batas keinginan saya hendak makan makanan jajan.

Oh, mana Ibu Nia jumpa ni? Harap-harap dekat dengan tempat saya. Memberitahu lah sepantas mungkin!

white rose berkata...

ade2...
sedap...

tapi dia buat 1 perisa je...
cheese...

lagipun bukan brand yg ni,
ade org melayu buat sendiri...

h4ni3 berkata...

meh bukak kiosk kat depan rumah kitorg la.. gerenti hari2 kitorg jadi pelanggan tetap.. hehehe

Liza berkata...

latest trend kat pasar malam skrg nie, siap offer jual machine skali

Nia berkata...

mummy ayu: tgk kentang dia kot, saya ada terkena jgk, pahit semcm kentang dia..huhu

maya: uii,..budak lagi la..berebut2 dia takut habis..haha

ain: tak menarik hati lagi ya.

Suziey: ala2 otai burger punya sistem nih.

rose: sekali rasa, nak lagi ni Rose..hehe

Huda: betul tu, kalau dah sejuk, tak best

etiey erywan: haa,..dia ade cwgn kat situ

isabelle: kalau nak try nanti amik yg cheese belle..hehe

Miss Anis: haa,..dah bagi link kat Anis.

white rose: cheese fav akak tuh

hanie: haha,..jadi loyal customer arr..

Liza: tu la,..provide latihan lagi kak