Selasa, 8 Februari 2011

Dengan Bibik @ Tanpa Bibik

source: here
Pada mak-mak yang berkerja macam aku ni, mana lebih mudah pada korang? Ambik maid atau hantar anak pada pengasuh? 

Pada ibu-ibu WAHM (Working @ Home Mom) atau suri rumah sepenuh masa, aku sangat jeles ok, sebab anak2 dapat membesar ditangan diaorg sendiri. Memang kerja diaorg tak mudah, sebab kena siapkan kerja rumah dan mengurus anak dalam masa yang sama, tapi aku yakin rasa kepuasan tu ada sebab dapat didik anak sendiri. 

Diha sekarang aku hantar ke rumah pengasuh, tapi pengasuh tu ambik ramai jugak budak untuk dijaga, maka dia pun ambik seorang bibik untuk jadi assistant dia. Rasanya, kos untuk ambik bibik dengan hantar ke pengasuh ni lebih kurang aje (kalau anak ramai). Tapi, aku ada pengalaman pahit aku sendiri kenapa aku tak nak ada bibik di rumah.

Ni semua berdasarkan pemerhatian aku pada mak aku yang terpaksa bersusah-payah mengambik bibik untuk menguruskan kami semua masa zaman-zaman sekolah dulu.

1) Bibik A
Dah tua orangnya. Kerja Gred C, tapi dia sayang adik bongsu aku yang masa tu umur dalam 2 tahun. Dia bertahan dengan keluarga kami sampai habis kontrak.

2) Bibik B
Dia mintak nak balik lepas 3 hari di rumah kami sebab dia tak tahan dengan bunyi bising masa rumah kena renovate time tu.

3) Bibik C
Mak aku hantar balik lepas 2 hari sebab dia tengah pregnant 2 bulan masa tu.

4) Bibik D
Lepas setahun lebih kerja, dia buat hal, dia mintak mak aku bayar balik duit dia yang dia bayar kat tekong Indonesia yang bawak dia ke Malaysia dulu. Dia kata, mak aku yang patut bayar duit tu balik kat dia. Siap tunding-tunding jari lagi kat mak aku sambil mengamuk-ngamuk. Last-last settle sebab mak aku panggil polis. 

5) Bibik E
Ini bukan bibik mak aku, tapi bibik yang jaga opah aku. Dia marah kalau ditegur apa-apa yang dia tak buat. Lepas tu dia akan perli2 kita balik masa dia dengan kawan-kawan dia. (Bibik ni dulu suka buat meeting dengan bibik2 lain kat depan rumah). Wah,.hebatkan bibik ni.

Ni cuma sebahagian, apa yang aku boleh katakan, aku memang tak boleh terima ada orang asing dalam rumah yang perlukan aku untuk banyak bersabar dengan kerenah dia.

Apa pendapat korang? Dengan bibik atau tanpa bibik?

14 ulasan:

Sidratul Muntaha berkata...

better without ler nia
sbb
buruk2 pun kat tgn org kita
klu kat bibik
anak2 mesti rapat n sedikit sebyk lama2 budaya dia ade dlm anak kita
org tua ckp]
budak ni ingat n rapat dgn sape yg cebokkkan berak kencing depa.
tak pyh jauh2.
mcm setot tu,mmg rapat dgn babah dia sbb babah dia yg cebokkan kencing berak dia tiap kali ade peluang.
pelikkan bile anak lelaki rapat dgn bapak.

apepun..
for the time being
doalah byk2 supaya
niat kita yg baik tu seiring dengan usaha,Allah balas dengan bentuk yg kita tak sangka2..

bukan senang nak jadi senang
bukan susah nak jdi susah
tak salah memikir dan berkehendak..
tapi itu..
masa dan keadaan tu sgt menuntut kekuatan kita sebagai mak

tapi klu tak uji dan ditempuh keadaan sebegitu
takdelah namanya menjdi mak bapak.
ye tak gitu?!

ermayana a.k.a mrs mahzan berkata...

emm tulah...memang puas dapat besarkan anak sendiri w/pun penat,jd org first tgok anak merangkak ,berjalan dsb...if boleh nk kerja dr rumah smbil besarkan anak,thanks yer sudi dtg blog n komen2....

karipapsayur berkata...

Amik bibik yang bukan dari Indonesia la kot. Cuma communication barrier la jadi nye. Dan takot dia bukan Muslim pulak kan..

mama_umar_maryam berkata...

berdasarkan cerita nia nih, baik bertahan jelah dulu..dulu zety pon time pas banak maryam mmg igt nk bibik..tp alhamdulillah masih blh hanlde lagi..

isabelle berkata...

tingin nak ada bibik. tapi rasanya selesa xde bibik.
sbb no strangers at home

yatie chomeyl berkata...

kalau menyakitkan hati camtu, tanpa bibik rasanya lebih bahagia hidup ni

chugie berkata...

ambik bibik ni ade baik dan buruknye kan.. sy pun x pasti yg mana lebih bagus nia..

tapi kalau di rumah kita ada ibu atau bapa, bole lah kot amik bibik kat umah, atleast mak ayah kite ada utk pantau2 kerje dia kan?

.::sz::. berkata...

ihiksss...
i likeeee topic ni nia! ;p

tentang hantar pengasuh mmg saya tak berpengalaman sbb masa anak sorang dulu hantar taska.

rasanya nia mengikuti kot kisah trauma saya berbibik ...hehehee

(terbalik plak kan, masa anak 2 ada bibik...skrg anak 3 takde bibik plak)

penat? mmg penat sikit tp hati tenang...

resolusi yg saya boleh fikirkan sekarang andainya nak amik bibik lagi nanti ialah
1) mesti ada orang dewasa lain di rumah (atuk nenek etc) ...
klu takde
2) psg CCTV
3) clear instruction kepada diorg ... klu boleh buat timetable kerja diorg ni ..klu idak asek bersidaiiii je la jawabnya
4) tegas/bebel je klu diorg buat salah atau tak ikut arahan

heee..setakat ni itu ajeee

azzamoro berkata...

pasal rumah: kalau rumah besar, i okla ade bibik. kalau rumah kecik mcm skang, buat menyemak je. rase tak selesa dia ade.

pasal anak - bibik is my last resort la. kalau dah terpaksa sgt i akan carik nursery yg dkt dgn tempat kerja so i boleh jengah anytime i suke especially lunch hour.

Lovely Bella berkata...

bella x de anak lagi.. tp kalo ade bella pun pk byk kali kot nak serah kan kat org.. bagi mak jage.. kalo die nak.. kot.. hehehe

white rose berkata...

urmm...
malas nak cite pasal bibik nih...

bkn semua bibik mcm tu...

bibik akak sy yg skrg ni dah berlagak mcm tuan rumah...

sesuke dia je nak merajuk la, nak memberontak laa...

bibik2 yg lama semua ok...
agaknya yg lama tu dah tua...

semua dlm hal kita kena try & error...

ade kelebihan kalau ambik bibik, ade jugak kelemahannya...

Liza berkata...

tak pernah ada bibik, so tak leh ler nak bagi pendapat....

Miss Anis berkata...

Walaupun saya membesar dengan bantuah servant, tapi selepas dah dah ada rumah sendiri, kalau boleh saya tak nak guna bantuan servants. Tah la, maybe servants sekarang susah nak dipercayai. Tapi, kalau dah terdessak, mungkin saya guna khidmat servant for a day saja lah.

Nia berkata...

Sidratul Muntaha : setuju sgt! kekadang tu, kalau anak kita dididik bibik ni, yang paling kena jaga supaya mentaliti dan karakter bibik tu tak menyerap pada anak kita pulak..huhu..lg satu, kena pastikan, malam2 anak tido dgn kita,jgn tido dgn bibik dia.

ermayana: saya selalu terfikir psl keje dari rumah, tapi takde kebolehan (eg: menjahit, business skill..), tu yg lebih senang keje makan gaji. tapi, byk frust sbb terlepas 1st time anak kekdg..huhu

karipapsayur: tu la, kalau bleh kita nak yg Muslim kan. dah le nak bagi dia jaga anak kita..huhu

Zety: try bertahan dulu Zety,..saya ada si Diha sorg pun dah kalut. kalau ada sorg lagi, tak tau le..hehe

Belle: ha,..i pun fikir mcm tu jgk. nanti ada je peel dia kita tak berkenan

yatie chomeyl: mmg pun, biar susah tapi tak pening kan

chugie: haa,..betul. diaorg ni kena ada org yg pantau.

sz: haha,..mmg ada baca. sebab tu sgt faham bila cerita stress dgn cerita stress dgn bibik ni.bagus sgt tips2 tu!

azzamoro: iee,..kalau umah saya sekrg pun tak selesa kalau ada org lain. kalau kecik, kita nak kemas sendiri pun ok kan.

Lovely Bella: ha, kalau ahli keluarga kita yg jaga, paling elok. tak de la rasa risau sgt.

white rose: biasanya yg muda2 ni yg problem skit, kalau yg tua, ok dah..hehe

Liza: haha,..mesti krg stress kak.

Miss Anis: sama la kita, saya masa kecik2, dua2 merasa. kena htr umah org dgn ada servant. bila dah ada tempat sendiri ni, rasa tak nak ada servant.