Khamis, 20 Januari 2011

Top Referrer Baby & Me December 2010

Huda dari http://huda1103.blogspot.com/ adalah 'Referrer Tertinggi' untuk blog Baby & Me pada bulan December. Berikut adalah soalan-soalan yang sempat aku tanyakan padanya untuk 'special entry' ni.
Huda & Keluarga. Si comel tu namanya Husna.

1) Sejak bila Huda mula menulis blog?
Mula berjinak-jinak dalam dunia blog semasa zaman belajar di universiti sekitar tahun 2005, tp tidakla sekerap dan aktif macam sekarang sebab dulu sibuk dengan assignments dan exam.

2) Kenapa pilih 'Purple Light' sebagai tajuk blog?
Purple Light adalah tajuk blog sy yg ke 3, sebelum ini pernah guna 'Sekapur Sireh' dan 'Tinta Penulis'. Purple Light melekat sampai sekarang kerana sy sukakan warna ungu dan light atau cahaya itu sy ibaratkan blog ini sebagai sesuatu yg mengindahkan kehidupan sy sehari2 an. Sy dapat meluahkan apa jua yg tersirat melalui Purple Light ini.

3) Apa fokus utama yang Huda tulis dalam blog?
Fokus utama adalah peristiwa yg berlaku dalam kehidupan dan pastinya kini lebih tertumpu kepada hal family dan anak-anak. Sy gembira untuk berkongsi apa jua cerita bersama teman di samping memberi maklumat berguna kepada orang lain di luar sana.

4) Apa tujuan asal Huda semasa mula menulis blog?
Asalnya, sekadar suka-suka seperti diari online. Tp sekarang skopnya lebih meluas, macam-macam boleh sy perolehi dengan berblog seperti side income money, perbincangan bersama rakan2 blog yg lain dan menambah kenalan.

5) Pada pendapat Huda, apa kebaikan yang kita dapat dengan menulis blog?
Antara kebaikannya, kita boleh berkongsi pelbagai cerita bersama rakan2 di alam blog juga.
Saling bertukar dan kongsi maklumat antara satu sama lain.
Menjana side income melalu iklan yg dipaparkan.
Mempelajari sesuatu yg baru seperti ilmu keibubapaan, ilmu kekeluargaan dan macam2 lagi ilmu kehidupan.

Apa yg pasti, menulis blog mestilah dengan niat yg betul dan baik bukan untuk sebaliknya. Menulis blog ini sama juga bukan untuk mengejar populariti dan kemahsyuran. Yg penting niat kita mestilah baik, jujur dan ikhlas :) --pergh,..aku paling suka ayat Huda yang ini. Well said!

6) Macam mana Huda bahagikan masa untuk menulis blog dengan kehidupan seharian?
Sehari sy peruntukkan selama 2-3 jam untuk menulis beberapa entry, selalunya di waktu pagi dan sy akan aotu publish kesemua entry tu. Di masa2 lain sy akan menumpukan perhatian dengan kerja2 seharian di rumah dan meluangkan masa untuk anak.

Kalau korang nak berkenalan lebih lanjut dengan Huda, boleh ke blognya di sini
Terima kasih sekali lagi Huda, sebab sudi join top referrer contest blog ni ya!
Top Referrer January? Tunggu....

9 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

jom terjah

transformed housewife berkata...

nanti nak jenguk ke blog Huda tu.

Huda berkata...

hehehe..malu la pulak bile bace balik, masa tulis jawapan tu main bantai je..x sempat nak edit :)

white rose berkata...

waahh...
tahniah kak huda...
dapat hadiah ape tu?

nak tau gak...

Abhamz berkata...

salam, blogger yg hebat...

h4ni3 berkata...

bila nak interviu ai pulaks?
ekekeke

mama_umar_maryam berkata...

ehhh nape zt xpasan pon contest top referrer tu?apepon congr8s to this month winner

pss..masih tgh carik2 gamba sesuai utk contest nia tu ..huhu

Abhamz berkata...

salam, t kasih krn sudi singgah n komen n3 ttg tggjwb suami thdp isteri..

nieda berkata...

tahniah huda