Khamis, 27 Januari 2011

Pemenang Teka Biji Betik

Aku peram entry ni dah lama, dan aku terlupa nak publish (bukan dapat dividen pun peram entry lama2..menda ntah aku nih!)

Aku menang Teka Tabung Ellis hari tu. Boleh baca kat sini.
Best woo hadiah-hadiahnya, antaranya
Yang dalam kotak hijau tu adalah brooch cun ni..

Aku suka sangat! Thanks Ellis!

Bila menang teka tabung Ellis ni, aku teringat masa zaman2 aku belajar dulu, aku pernah menang 2 tahun berturut-turut.
1) Teka Jumlah Kacang Dalam Balang
source : here
2) Teka Biji Betik
source: here
Aku menang tu pun, kebetulan Allah nak bagi rezeki. Bukan ada bakat atau ape pun. Lepas2 tu aku selalu jugak join teka meneka ni, tapi takde rezeki. Cuma yang paling aku tak boleh lupa, ayah aku sangat bangga aku menang teka kacang denga biji betik tu. Haha,..kalau dah ayah tu, anak dia dapat ape pun dia bangga kot. Sampai masa aku nak kenalkan En.Suami kat ayah sebelum kami kahwin dulu pun, ayah boleh bukak cerita kemenangan aku tu kat En.Suami..hehe..Suami aku masa tu sengih je la, lepas tu dia jadikan topik menyakat aku sampai ke hari ini..chess...

Contest apa yang korang paling tak sangka boleh menang?

P/S : Baby & Me Shopping Style Contest tinggal seminggu je lagi! Jom join! Syarat2 aku dah pinda tu...

10 ulasan:

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

nak join jugak tu, tengah cari mood..hahahaha.

aku memang failed bab teka2 ni. i hate numbers kot :p

Eyriqazz berkata...

sanggup ya eliss tu pi kira biji betik tu?hik3..

Nessa berkata...

Tahniah Nia! Hebat tu ada bakat teka-meneka ni. Tapi Teka biji betik tu paling terrer la :D

saya jarang skali join contest ni. Penah menang dpt hamper staff dinner tapi itu tak kira la sbb semua staff pun dapat satu.

chugie berkata...

macam2 kontes ade kan? pas ni nak teka ape lg ek?

isabelle berkata...

i x sangka la i menang contest shopping with style tu.
ehehehe.

x post lagi entry ni.. beria karang. nanti ekk

h4ni3 berkata...

teka bijik betik???

hehehhe
takde bende lain ke nak suruh orang teka
susah tuuuu... memang terer la nia!

white rose berkata...

contest cerpen kelakar giler aritu laaa...

rezki, mana nak tau kan...

rezki akak juga kan...

sy ni rezki CABUTAN BERTUAH tu selalu je dapat...

terbaru, dapat KIPAS BESAR...

sissyira berkata...

salam


hehe...hari tu teka biji betik, tuan dia cakap biji sikit ,,beberapa biji je...teka 18 biji,, sekali belah 945 biji...habis satu kampung boooo pemilik betik, pembohong betul, last-last anak dia menang, sebab teka 943biji...

sakit jiwa lah..hahaha

MamaAiman berkata...

bertuah betul nia sebab dapat teka bijik betik..terer estimate leh jadi nujum pak belalang ni! :) tahniah!

ain fazlin berkata...

Berapa biji betik tuu kalau kecik brapa agak2 nyee ekk