Khamis, 9 Disember 2010

Macam mana nak tau itu jodoh kita?

Sepupu aku (lelaki), kendurinya Sabtu lepas. Kami best-friend (atau best-cousin) masa kami sekolah rendah dulu. Boleh kata macam adik-beradik. Bila masing-masing masuk sekolah menengah, kami takde la rapat macam dulu lagi. Sampai la dia tanya aku satu soalan lebih kurang setahun dulu, 
"macam mana nak tau orang tu jodoh kita?'

Ni cousin aku dengan isterinya, Citra

Aku (yg masa tu baru 2 tahun kahwin, tapi dengan muka perasan 'expert') menjawab
"kita boleh rasa dalam hati kita, lepas tu semua akan berjalan lancar je.."
Dia tak faham jawapan aku tu. Aku beritahu dia, satu hari nanti dia akan faham.
dan aku rasa.. sekarang dia dah faham...
aku doakan dia berbahagia hingga anak cucu!!

 Aku pun sangat faham. Lagi lama bersama, aku rasa makin tepat keputusan yang telah kami buat untuk berkahwin. Alhamdulillah.. Adat la masa kahwin, memang akan ada time best, dan time yang tak berapa nak best, tapi kena banyak bersabar dan tolak ansur lah. Untuk yang belum berkahwin, cinta sebelum kahwin memang terasa sangat manisnya, sebab kita tak kenal 100% pasangan kita. Tapi, cinta selepas kahwin lain, kita kenal hampir 100% pasangan kita, tapi terpulang pada kita untuk cari manisnya..tak datang sendiri babe!

Betul tak aku cakap ni? 

18 ulasan:

Huda berkata...

tanya hati kita adakah pilihan kita tepat? :) susah2 wat istiharah..minta pada Nya kan :)

Farah berkata...

btul!! hahaha eh macam ku kenal cousing hang ni.

mama_umar_maryam berkata...

pehhh sweet plak n3 ni bace pagi2 ;)

Fana Flora berkata...

erm..orang yang dah kahwin mesti cakap macam tu. boleh rasa.kih3x
tengok dia je dah tahu dia jodoh kita.

erm..takut pun ada.hehe
mgkin belum jmp lg
semoga perkahwinan akak kekal ke akhir hayat. amin ;)

rATu kEBaYA berkata...

betul tu... makin lama akan makin bertambah persefahaman tu... adatlah klu dlm perkhawinan tu ada pasang surutnya.. samalah2 kita mengharunginya..

Farra Dhelina berkata...

betul tu nia!

mrsdjones berkata...

Nia,
Setuju sgt ayat last tu. Terpulang pada kita mencari manisnya. Kelemahan pasangan kita bukan ukuran kasih sayang dia pada kita betul kan? ;) Kita sendiri ada banyak kelemahan jadi kena tolak ansur sentiasa. Good post Nia!

isabelle berkata...

betulll...betull..
saya cdgkan cadangan ditutup

maya amir berkata...

betul saya setuju:))))

Adyshariz berkata...

betui tu nia..mmg hati akan terdetik kalau kita tau yg itu jodoh kita..ngeh3x..

Amy Syaquena berkata...

As'salam..

amy setuju sangat..

TiMmiE berkata...

mcmana rasa dlm hati tu? hee~

white rose berkata...

kekekeke...
agak keterlaluan akak senyum kat atas pelamin tu...

hahaha...nseb baik turn akak dah lepas...kalo tak, GLAM uuu...

miahaha...

alamak, sy xde lagi laa jumpe mr.R...

berkawan je, xde rasa ape2 pun...

AdD berkata...

Nia, anda telah di tag sila cek kt link ni hehehheh...

http://budakbrbelajar.blogspot.com/2010/12/giveaway-domain-dari-sumijelly-sekilass.html

MY HEART berkata...

Sebenarnya percintaan selepas berkahwinan atau berkahwin pilihan keluarga adalah lebih manis dan mencabar dari berkahwin dengan bercinta terlebih dahulu.

salam kenal ^_^

h4ni3 berkata...

betul.. betul.. betul..
kaau kita fikirkan yg manis, insyaAllah, akan manis la kehidupan kita dgn si dia =)

NM02 berkata...

toing toing... singgah tinggal jejak ni. ai dah follow yu, jom tukar link. kalu sudi, follow me back ya. maceh..

eh.. betul tu, saya sokong cakap awak. manis masa bercinta lain, manis setelah kawin lagi la lain.

tapi.... kawen mmg best!! hahaha

Nia berkata...

Huda: yes! istikharah jugak paling bagus kan.

Farah: aik,..kenal kat ner? keje kot..hehe

Zety: hehe,..thanks dear

Fana Flora: nanti sampai masa kita akan tau..:)

ratu kebaya: betulkan, masa membentuk persefahaman

Farra: yeah,..thanks dear,..hehe

mrsdjones: huhu,..betul sgt u ckp tu..touching tau.

isabelle: uit,..jgn tutup dulu..haha

maya amir: hehe,..bagus kalau setuju

Adyshariz: hehe,..tepat sekali

Amy: hehe,..betulkan..

TIMmie: mcm rasa kita sanggup nak hidup dgn dia.

white rose: ches..hehe..suami akak pun kata kalau pengantin, takleh sengih gitu.

AdD: alamak,..baru nak join, dah kena tag lak..haha. nanti i join ok.

MyHeart: Zaman sekrg ni susah sikit nak cari mcm tu, tapi itu la yg lebih baik kan

Hanie: yeah,..words from the expert tuh..hehe

NM02: thanks ya!nanti i ziarah blog u dear!