Selasa, 28 Disember 2010

Kalau korang tak nak malu...

Masa kat Cherating, aku jumpa peti besi ni kat dalam almari (adoi, tu pun nak excited)
Fungsinya untuk simpan barang2 berharga time kita keluar pegi swimming pool ke, ke laut ke.
Jadi tak payah la usung banyak-banyak barang kalau nak keluar.
Aku dengan bangganya cakap kat En. Suami,..kita simpan aje semua wallet, handphone, netbook kat dalam ni, selamat ni..
En.Suami agak skeptikal, boleh caya ke benda ni?
Mesti la boleh, sangat secure tau ni, kata aku dengan confident.
Peti besi sebelum diisi benda-benda

Masa kitaorang balik bilik, dengan bangganya aku pun tekan balik nombor tu.
 Sekali peti tu tak mau bukak. 
Banyak kali aku cuba. Tak boleh jugak.
 En.Suami dah mula buat muka skeptikal. 
Aku dah buat muka cuak. 
Diha buat muka blur.

Aku try call receptionist, dia suruh aku try ingatkan nombor tu, peti tu sangat secure, bukan senang nak main pecah-pecah macam tu jek.
Beberapa jam kemudian, lepas aku dah bertenang, baru aku try lagi, aku letak kombinasi nombor tu terbalik rupanya, aku biasa guna nombor tu untuk kombinasi, tak tau nape kali ni aku terbalikkan pulak.

Suami aku kata, "Betul la awak cakap, memang secure peti besi ni, sampai tuan dia sendiri pun tak reti nak bukak..!"
Adoi, kena betul timing dia ya....

Korang ada ape2 nasihat buat aku??

14 ulasan:

ana berkata...

tak pernah guna peti nie walaupun ada...selalu letak 'no disturb' jer...hahahaha

maya amir berkata...

kehkehek..tergelak..secure indeed..heheh

Farah Y berkata...

Haha, kelakar la Kak Nia!! Confident je. Nasib baik teringat balik combination tu, fuuh.

Selalu jumpa safe ni kat hotel juga tapi tak pernah terfikir nak guna. Next time nak cubalah.

chugie berkata...

ekekeke..lawak lah nia ni tau!

nasihat buat nia: lepas ni kena ingat betui2 no nye ye..

emm sy x pernah cuba utk guna bende alah ni, sebab kureng percaya lah!

rose --{@ ibuRafiq @}-- berkata...

ekekekekke...bahaya jugak ni..tak pasal kene amek kapak pecahkan..ngeee

Nora berkata...

Cuba makan kismis banyak2... baik untuk mak2 yang pelupa macam kita ni... hihihi

transformed housewife berkata...

hehehe. nasihat? jgn dok gatai2 nak guna peti tu dah. jgn marah.....:D

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

kena caj tak guna peti tu? memang berdebar btol laa masa tu kan.maunya tak hengat langsung :p

nasihat, makan kismis banyak2..hahahaa

Kancilbiru berkata...

kena banyak makan kismis ni...heheh lariks!

mama_umar_maryam berkata...

adehh..sedas kene kt muke ;p

Huda berkata...

hehehe..kelakar pun yer..huda x penah lagi gune peti ni, time duk hotel biasa kami tinggal bulat2 gitu lappy, wallet sume bawakla..xde pengalaman..tp if x nak kes cam ni berulang, better catit dlm phone ke no nye supaya kita x lupe :)

white rose berkata...

urmm...
macamana nak buat akak ni ye...

agak2nye gune tepung bole tak?
kekekeke...

sy ni pun punyai masalah yg sama...

PELUPA...
ya amatnye jugak le...

Nia berkata...

ana: haha,..tu satu cara lagi

maya amir : very the secure..haha

Farah: uii,..kena catit mana dulu combination number dia tau Farah..hehe

chugie: tu balasan sebab eksen kot..haha

Rose: Berapa pulak la charge nak ganti peti tu kan..huhu

Nora: harus la cari kismis lepas ni..huhu

Kak Nur: iee,..lepas ni fobia dah kak.

Ellis: tak kena charge pun, memang ada dalam bilik tu..hehe

Kancilbiru: dah berkilo dah makannya ni..haha

Zety: dia memang skeptikal..haha

Huda: haa,..catit dalam HP! thanks ya!

white rose: guna tepung? haha,..macam CSI gitu.

isabelle berkata...

ehehee..sebab tu i kekal jakun x gunakan peti besi kat hotel wpun tingin gak sekali-sekala