Jumaat, 31 Disember 2010

GiveAway Haven Restaurant Cash Voucher From Eyriqazz.com

Pernah dengar Haven Restaurant di Ampang?

Aku dapat tau bila baca entry Eyriqazz yang ini

dan yang ini

Terus aku rasa tertarik nak ke Haven. Aku pun terus ke link Haven Restaurant 
Perghh...padat dengan informasi!! Terus aku rasa teruja nak pegi!!
Kebetulan Eyriqazz buat giveaway voucher Haven Restaurant bernilai RM100 ni...
source : eyriqazz.com

Tapi, aku kena sertakan sebab kenapa aku nak voucher ni. OK, ini antara sebab-sebabnya:

1) Aku nak mengalami pemandangan malam yang sangat romantik
source : eyriqazz.com
Aku dah lama berangan-angan nak melihat-lihat pemandangan Kuala Lumpur waktu malam, romantis gitu. Tapi, tak pernah berpeluang. Pilihan yang aku ada naik ke Menara Kuala Lumpur, tapi nak naik semata-mata nak tengok pemandangan tak best la pulak. Kalau dapat voucher ni, dapat juga tengok pemandangan dan makan kan.

2) Aku nak rasa makanannya yang sangat marvellous!
Aku jadi rambang mata kalau tengok makanan banyak macam ni. Walaupun belum makan, dah rasa sangat puas hati. Berdasarkan review yang diberikan Eyriqazz di sini dan sini, aku dapat buat kesimpulan yang makanannya sedap..lagi la teringin nak pegi.

3) Aku nak merasa romantic dinner dengan suami
Kali terakhir 'romantic dinner' dengan suami masa kami honeymoon dulu. Berkurun lama dah tu. Orang kata, lagi lama kita berkahwin, lagi kita kena berusaha untuk mengeratkan hubungan suami isteri, jadi kalau dapat voucher ni, dapat la kami mengeratkan lagi hubungan kami,..hehe.

4) Aku sukakan suasana di Haven Restaurant
source : eyriqazz.com
Dari gambar-gambar yang aku lihat, suasana Haven Restaurant ni sangat menarik untuk aku. Kalau makan di situ, mesti rasa santai aje. Tempatnya nampak tenang dan mendamaikan gitu..hehe..

5) Aku nak jadi Haven Friends!
source : Haven
Kalau dapat voucher tu, ada sebab untuk aku pergi ke Haven dan dapat la aku apply untuk jadi Haven Friends. Banyak benefitnya, siap boleh dapat 10% untuk kunjungan kedua nanti. Pada aku, itu sangat menguntungkan!

Itulah antara sebab-sebab yang menyebabkan aku teruja nak menang voucher Haven Restaurant ni. Maklumat lanjut tentang contest, boleh ke

Maklumat lanjut tentang Haven restaurant, boleh ke

Aku nak tag

Harap ada la rezeki..aminn,..

5 ulasan:

mamalieyna berkata...

good luck n selamat tahun baru 2011~

Farra Dhelina berkata...

gdluck ye mak diha..nih klu dpt ni, diha kena tinggal lah ye? hehe

mama_umar_maryam berkata...

woah..all d best nia!

h4ni3 berkata...

wooo
fes taim jugak dengar pasal restoran nih

Eyriqazz berkata...

thanks nia join give away..the last one..hik3...InsyaAllah, keputusan akan diumumkan bulan ini...