Sabtu, 23 Oktober 2010

You Again - Filem komedi penuh pengajaran

Aku dapat invitation tickets Nuffnang untuk tengok You Again
source: nuffnang
Cerita ni mengisahkan Marni, VP kepada sebuah company PR yang berjaya, tapi ada kisah silam zaman sekolah yang menyedihkan. Dia mangsa buli masa di sekolah, dan yang paling teruk membuli dia ialah seorang cheerleader bernama JJ (Joanna).
source: here
Tiba-tiba dia dapat tau, Joanna akan berkahwin dengan abang dia. Marni bengang dan mahu Joanna mintak maaf dengan dia sebelum berkahwin dengan abangnya. Tapi, Joanna tak mahu dan pura-pura tak kenal Marni. Pergh,..aku memang bengang betul dengan perempuan macam Joanna ni, dah buat salah tak reti nak mintak maaf. Joanna anggap dia buli Marni masa sekolah tu tak perlu ambik serius, dan patut dilupakan aje.

source: here
Ko ingat, kalau dah kena buli atau aniaya, senang nak lupa ke? Kalau ko yang buli atau ejek2 orang masa sekolah tu, memang la ko senang nak lupakan. Jadi, Marni bertekad untuk buat abangnya tahu perkara sebenar tentang Joanna.

source:google
Dalam masa yang sama, mak Marni, Gail terkejut sebab makcik pada Joanna, Mona adalah kawan baik yang bertukar menjadi musuhnya semasa di sekolah.

source:google
Aku puas hati sebab akhirnya Marni berani berdepan dengan Joanna dan buat Joanna dapat balasan atas apa yang dia dah buat. Apa yang Marni dah buat? Ha,..kena la tengok movie ni ya.

source: google
Apa pun, cerita ni berakhir dengan baik dan penuh pengajaran. Aku perasan satu perkara, masa aku sekolah dulu aku seorang yang tak berkeyakinan, tapi aku dah nampak kebaikkan dari sifat tiada keyakinan aku tu. Ia menghalang aku dari membuli atau mengejek2 orang lain macam apa yang sesetengah orang akan buat.  

Terima kasih pada Nuffnang sebab bagi peluang aku tengok filem ni, memang mengubah persepsi aku pada sesetengah perkara. I love Nuffnang..hehe..Korang kena pegi tengok movie ni, serius, sangat berbaloi. Walaupun cerita ni kategori komedi dan ringan, tapi tetap memberi pengajaran.


Kalau diberi peluang balik ke zaman sekolah, apa yang korang nak betulkan?

11 ulasan:

Farah . 5577 berkata...

tulaa nmpk mcm besh je cite ni..

hehe...blaja tul2 kot..
dulu byk lepakkk je..

akuzle berkata...

mmg besh n sempoi citer neh kan? 90% masa di'peruntukkan' utk gelak ajer.... mmg brilliant citer neh....

Bella Enveeus berkata...

tengah fikir nak tengok movie ni ataupun Red.. Hmmm.. Haha.. wow Jamie Lee Curtis looks pretty old.. so wrinkly compared to Sigourney Weaver

Lady of Leisure berkata...

nak study bebetul hehehe

mummy_ayu berkata...

ada gak terbaca review cita nie..nak gak tgk..cari dvd je nanti..best ek? dah agak dah..nie yg lagi tak sabar nak nengok nie...dear..tgk Hachiko..pun best & sedih..

transformed housewife berkata...

kalau dpt balik ke sekolah, knur nak cuba dptkan result SPM yg lebih baik. result Knur dulu tu mcm tak memuaskan hati. huhu

hazman aka species1980 berkata...

hmmm.... pastinya time belajar.... dulu blajar tak serius sgt... huhuhu

ana berkata...

mcm best je cete tu..klu boleh balik zaman sekolah dulu, nak tukar aliran leh? :)

white rose berkata...

sure la nak belajar sunguh2...
hahaha...

rugi2 msa sek sy aktif bersukan tahap terlampau smpai nak dekat upsr, sy masih di padang tuk persiapan perlawanan2 seterusnya...

so? ape nak kata...

jadi CIKGU adalah YANG TERBAIK!!!

Liza berkata...

kalau boleh balik ke zaman sekolah, liza cuma nak make sure i kept in touch with my school friends, skrg nie ramai yg dah lost contact. nasib baik ada fb, ty yg dapat carik balik

Adzrah berkata...

Soalan bagus tu.
Aku nak memori ko yg aku byk boifren itu dipadamkan. HAHA! :)