Ahad, 3 Oktober 2010

Tun Mahathir dimasukkan ke Hospital Melbourne



Latest update dari Buletin Utama : Tun dikatakan dijangkiti kuman pada peparu.

2010/10/02

MELBOURNE: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke sebuah hospital di sini, malam tadi bagi rawatan "batuk dan selesema".

Beliau kini sedang berehat di Hospital Epworth.

Dalam jawapan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusof mengesahkan bekas perdana menteri dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan bagi selesema dan batuk.

Dr Mahathir, 85, tiba di sini beberapa hari lalu untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab Umno Australia Melbourne di University of Melbourne hari ini.

Beliau dijadual berkongsi pandangan dan pendapatnya mengenai topik "Are We Ready for 1Malaysia: Does Race Still Play A Part?" (Adakah Kita Bersedia Bagi 1Malaysia: Adakah Bangsa Masih Memainkan Peranan).

(1Malaysia ialah prinsip yang digariskan untuk membina sebuah negara yang bersatu dan progresif pada Abad ke-21 melalui pemupukan semangat dan nilai kekitaan tanpa mengira bangsa dan agama.)

Sejurus sebelum seminar itu bermula, juruacara majlis mengumumkan Tun Mahathir tidak dapat hadir pada majlis itu yang beliau (Dr Mahathir) nanti-nantikan dan sedih kerana tidak dapat berbuat demikian. Beliau meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed untuk berucap pada seminar itu bagi mewakilinya.

Tun Mahathir menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur pada Januari 1989 dan menjalani pembedahan kedua di Institut Jantung Negara pada September 2007.

Beliau adalah penasihat syarikat pengeluar kereta nasional, Proton dan perbadanan minyak negara, Petronas, serta sering ke luar negara untuk menghadiri persidangan antarabangsa berikutan beliau terus menjadi pilihan pihak penganjur untuk menyampaikan syarahan pada majlis tempatan dan antarabangsa. - BERNAMA


Semoga Allah melindungi negarawan ulung ini.

5 ulasan:

Kie-yu berkata...

mari sama-sama kita doakan kesihatan tun :(

ana berkata...

aminnn...

Farra Dhelina berkata...

semoga lekas sembuh tunnn....

white rose berkata...

smoga tun cpat2 sehat & sembuh serta mneruskan agenda dia disana...

DrSinga berkata...

hari2 saya doakan dia sembuh segera...