Khamis, 28 Oktober 2010

Ko rasa ko cantik ke?

Apa itu cantik? Apa yang aku perasan, sejak zaman aku belajar sampai sekarang, aku gagal mengkategorikan seseorang kawan tu sebagai cantik atau tak. Kalau orang tu aku tak kenal, ok, boleh aje aku kategorikan, dia ni cantik ke, manis ke..ape ke... Tapi kalau aku dah kenal orang tu, ko cantik atau tak, aku tak dapat bagi jawapan.

Cantik macam Ayu Raudah & Rozita Che Wan?
pic source: google

Sebab aku ada satu perangai 'weird' dalam otak aku, kalau orang tu kawan aku, atau kalau bukan kawan pun, tapi aku tau dia baik, aku terus rasa dia cantik.

Dulu masa zaman aku belajar, aku pernah nak kenalkan seorang kawan aku pada sepupu aku. Mak aku kata, kawan aku ni biasa saja, tak la tak lawa, tapi biasa-biasa saja. Tapi, masa aku 'describe' dia pada mak aku, memang aku kata kawan aku ni lawaaaaa sangat.

 Tau kenapa?

Sebab kawan aku ni baik.

Perangai aku ni terbawa-bawa sampai sekarang, siapa aje yang baik, cantik la orang tu pada pandangan aku. Tapi, tolong la jangan tanya aku sendiri, aku ni cantik atau tak? sebab aku sendiri tak tahu dan tak kisah..haha..

Apa definisi cantik pada korang?

Nota kaki : aku tak sempat balas kunjungan korang semalam, sorry sgt2, akan dibuat ASAP

21 ulasan:

eima berkata...

cantek mesti la cam aku ...hahaha
sape nk puji aku klu bkn aku sendrik ... bleh ke ??

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

teringat pulak citer gwyneth paltrow berlakon tu yang dia gemok tapi guy to nampak dia adalah cantik dan slim sebab guy tu kena hypnotize :p lupa plak tajuk cerita tu :p

ana berkata...

klu ana cantek tu tgk muka la...klu muka tak cantik tapi hati baik..."cakap muka ok hati baikkk!!!" :)

ajjah berkata...

yup cantik is subjective.. :) kalau ada rupa tapi perangai out, terus tak cantik dah..

zura@iwan berkata...

cantik byk makna.....dr segi perwatakan ssorg, perangai dia....budi bahasa...tp pada sy, sy lihat jua wajahnya....stiap kita tmbh2 pompuan mmg nk memiliki wajah yg cantik kan...tp kalu x cantik x semestinya perangai pon x cantik...

Kie-yu berkata...

cantik luar dan dalam
kemas pd pakaian, sopan
berbudi bahasa
perfect!
kan sis kan?

Ain berkata...

definisi cantik tu sangat luas skopnya, biar tak cantik rupa paras, janji budi pekerti kita terpuji...

cantik mcm mana pun luaran seseorang tu, kalau hati dia busuk, air muka dia tetap nampak keruh kan....

nia, artis kat atas tu takde la cantik sangat kan, seksi jer lebey.....

huhuhu....

tukang karut berkata...

aku mmg cantek,dn rozita tu x aweks aku dlu..hahaha

mrs.spicy berkata...

huhuhu..betul2..kalo kita tahu perangai xcantik terus rasa dia xcantik kan?farah pon mcm 2

isabelle berkata...

i baik x , nia?
(cara halus nak tau i lawa tak.kekeke)

Anne berkata...

hi..salam kenal.first time komen dalam blog Nia ni. Bagi N cantik tu emm .. terbahagi pada 2 la.Cantik luaran dan cantik dalaman. macam rozita che wan ni,dari luaran memang wow!! dalaman pun moga-moga begitu la.

Sidratul Muntaha berkata...

cantik?!
banayk pad budi pekerti.
bg aku,klu kawan tu jenis bergolok bergadai n tak berkira..
mgm itulah cantik.
boleh ker?

littlehumblelynn berkata...

kalo muka cantik perangai jelik x guna gak kan..biarler muka x cantik asal perangai molek......serba ok jadinya!!

NuR 'aQiLaH berkata...

cantek itu subjektif.
bukan objektif.
-sekian-





:D

sz | m.s.s berkata...

ihiksss...
betul gak ye cik nia..
susah gak nak definisikan cantik nih...
kalo orang tu baik, cakap lemah lembut otomatik terserlah kecantikan natural gitu... :)

white rose berkata...

cantik bahasa, cantik pergaulan, cantik soal hati, tak tikam dari belakang...

tak semuanya yg kita mahu CANTIK tu dapat...

bersyukurlah dgn apa yg ada...
hargailah ia sampai bila2...

Lelord berkata...

cantik tu subjektif...kalau muke cantik tp perangai teruk otomatik jd x cantik

Liza berkata...

tak tau ler liza ni cantik ker tak, tapi husband ckp liza cantik, so that is good enough for me

karipapsayur berkata...

baguslah kalau menilai cantik luar dan dalam.. kdg2 org hanya melihat luaran saje..

mamalieyna berkata...

cantik pd kita, pd org lain nmpak..tidak..atau mungkin sebaliknya!

luas maksud cantik sebenarnya kan..tp bila dh mengenali seseorang,tau hati budi dia mcmana wlupun luaran nmpk tak cantik, bila hati baik..tetap cantik di pandangn mata kita!

Bella Enveeus berkata...

well it shows hati u yang baik.. :)