Sabtu, 16 Oktober 2010

Aku & Keguguran

Pic source: Luke

Aku ada buat entry Rama-rama dalam perut. Entry tu aku tulis masa aku menunggu kandungan aku gugur atau survive. Baru nak masuk 2 bulan, dan jantungnya tiba-tiba berhenti berdenyut. Embrio tu keluar sendiri Rabu lepas. Ini kali kedua, pertama kali dulu sebelum kami dapat Diha.
Memang aku sedih, tapi sebagai manusia, aku kena ingat:

1) Anak tu amanah dan rezeki dari Allah
Hak Allah untuk putuskan Dia hendak beri atau tidak pada kita. Kenapa aku nak bersedih beria-ria mengenangkan satu dua perkara yang Allah tak beri ni. Seumur hidup aku, dah banyak pemberian& rezeki kurniaan Allah yang lain. Sudah cukup ke aku bersyukur untuk itu semua?

2) Jangan melayan perasan
Aku tak nak duduk termenung lama-lama, fikir kalau la aku buat ni...., kalau la aku tak buat macam tu,...kalau nak duduk diam-diam jugak, berzikir atau buat perkara lain yang berfaedah. (Kalau runsing, memang kena balik pada Allah jugak, tapi aku ni bantai tgk TV jgk kekadang..tak boleh pakai..huhu)

3) Dapatkan kerjasama kawan-kawan untuk tak bertanya lebih-lebih
Kalau sendiri yang nak cerita tu lain la. Tapi, tak payah la selalu sangat cerita. Mengenang perkara sedih yang dah berlaku? Apa faedahnya? Respon kawan-kawan pun belum tentu bagi semangat kat kita, kalau diaorg pun jadi sedih dan sayu, tak ke naya? Nangis la kita ramai-ramai.

4) Jangan bandingkan diri dengan orang lain
Ini yang paling tooolong jangan buat, jangan tengok orang lain yang mengandung atau dah dapat anak dan terfikir, kenapa aku tak bernasib baik macam diaorg? Kenapa aku tak semudah tu dapat anak? Ini semua REZEKI. Rezeki tu pemberian dari Allah. Bukan kita yang mengawal.

5) Berdoa, berdoa dan berdoa
Mohon pada Allah dikurniakan rezeki lagi nanti.

6) Dapatkan maklumat lanjut
Cuba cari, apa cara-cara yang boleh diambil untuk mengatasi. Ini yang aku nak mintak tolong korang sangat ni!


P/S: Ini cara aku mengatasi kesedihan aku, kalau salah tolong betulkan aku. Kalau ada yang kurang, tolong tambahkan.

Apa cara untuk mengelakkan keguguran berlaku lagi?

29 ulasan:

chugie berkata...

feel sad to hear that..

xpe lah nia, usaha lagi ye.. jgn ada kate putus asa..

dalam masa proses nak hamil balik, nia cuba elak buat kerja berat2 dulu ye.. bila dah disahkan mengandung balik, minta doc bagi ubat kuatkan kandungan.. yang selebihnye, teruskan berdoa dan berserah pada allah..

sy doakan nia cepat2 hamil balik ye.

mrs.spicy berkata...

ouh..baguslah keluar sendiri. tapi kene make sure memang semua dah takde. takziah. insyaallah ade rezeki lagi lain kali..get well soon.=)

mrs.spicy berkata...

ouh..lupa..2 bulan awal sangat lagi nia. maybe bukan salah kita pon. mamng takdir..kalau kita beringat mcm mana pon kalau nak jadi jadi juga. mungkin ade hikmah. awak kuat ok=)

ana berkata...

rasanya masa awal2 kandungan jgn buat keje berat...sabar ye, insyaallah ada rezeki nnti.

tukang karut berkata...

takziah kt ko yek...
brbalik kt soklan ko tu,aku ade tanyer kwn aku,aku mmg tk penah langsung mengandung nih.dia ckp,kurangkn hentakan dbahagian trtentu samaada sengaja @ tidak mse awal proses lekat katanyer...
aku pun tk bape paham sgt....

Syigim berkata...

nia, admire your attitude yg berserah kpd ketentuan Ilahi. Allah ada plan utk kita semua, kan dearie! :)

white rose berkata...

akak...sy tau perasaan akak...
cuma membezakannya sy tak mengalaminya lagi...

sy xde idea nak ckp mcmana nak elakkan keguguran...

sy mengalami perasaan mcm ni cume keadaan yg membezakannya...
(xkawin & pasangan tak lekat lama)...

sy juga membiasakan diri sy supaya ingat perkara2 yg akak senaraikan...

lebih ramai yang tak bernasib baik seperti kita...

mudah2an kita semua tabah menghadapi segala dugaan hidup...

Mama Zharfan berkata...

sedihnya..tak leh imagine sbb tak pernah alami ..
nanti u kena try lagi :)

Em's Family berkata...

nia.. sorry to hear about this news.. sekurang-kurangnya u ade rezeki untuk mengandung lagi.. me, hmm dah berape lame dah.. hasilnya tak ade lagi.. anyway.. try lagi ok..

Ain berkata...

sedihnya dengan perkhabaran ni...

allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk nia.

jangan pernah putus asa dan cuba lagi. insyaallah, tuhan akan gantikan balik dengan zuriat yang lebih baik dan sempurna.

nia masih bernasib baik sebenarnya sbb kandungan baru berusia 2 bulan. bayangkan ibu yang mengandung 9 bulan dan tiba2 kandungannya meninggal, sedih dan kecewa pasti lagi parah kan...

seeloknya elakkan melakukan aktiviti lasak sewaktu awal kandungan. sekiranya sewaktu dalam tempoh mengandung tersebut pernah berlaku bleeding, seharusnya kita berjumpa doktor dan dapatkan ubat untuk kukuhkan kandungan.

jaga diri nia sebaik mungkin k. ain doakan nia dikurniakan rezeki untuk mengandung lagi lepas ni....

insyaallah...

sz | m.s.s berkata...

salam kenal cik nia...
harap2 kembali ceria seperti biasa ye ...
Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hambanya...

Nia berkata...

chugie: dah banyak makan ubat kuatkan peranakan dah,..huhu. thanks dear.

mrs.spicy: terima kasih ya, ada juga baca, kalau awal2 ni, kdg2 mmg embrio tu dah tak boleh develop..bukan rezeki nampaknya.

ana: dgn jgn lasakkan? thanks dear.

tukang karut: thanks yek, aku faham kawan ko cakap tu. hehe

Syigim: thanks dear! itu yg i kena ckp pada diri sendiri selalu. kalau tak ingat Allah, susah jgk nak hadapi.huhu.

white rose: kat situ lah perkara2 yg diluar kuasa kita, rezeki, jodoh, semuanya di tangan Allah. Banyak2 berdoa dan bersabar dik. Satu hari nanti,insha'Allah ada bahagia untuk kita. Thanks ya.

Mama Zharfan: Thanks Suzie.

Mira: Rasa kecewa kita mungkin sama Mira. Semoga ada rezeki buat kita. Thanks Mira.

ain: saya ada sepupu yang keguguran masa 5 bulan, memang dia sedih, tapi dia redha. tapi, bila terfikirkan dah 2 kali gugur ni, runsing juga. tapi, Allah lebih mengetahuikan.thanks Ain.

*diera* berkata...

takziah nia.. hmm takpe cuba lagi..
InsyaAllah ader rezeki nanti..
take care ye..

transformed housewife berkata...

sabar ye Nia. Knur pun tak sure nak bg nasihat mcmmana pasal kegguguran ni sbb tak pernah alami. Cuma kalau embrio tak melekat tu maknanya janin tak cukup kuat. Insya Allah usaha lg dan tawakal. Semoga ada rezeki Nia satu hari nanti.

Hidayah Ismawi berkata...

firstly, my condolences on your loss.. be strong..

secondly, the commonest cause of early miscarriage is the fetus itself (Allah is saving you for a healthier baby, so to speak)..the highest risk period is between 4-6 weeks..

Just keep yourself healthy and well, hopefully you will conceive again soon (although it is best to wait at least 3 months) .. plan, and take pre-natal supplements so your body is at its best prior to the next pregnancy..

If it happens again (nauzubillah).. there are tests that can check for causes of frequent miscarriages ...

ummu luqman berkata...

takziah.. memahami sebab akak pun penah 2X keguguran. insyaAllah boleh cuba lagi pasni. take care nia..

mama_umar_maryam berkata...

hai nia..feel sorry 4 u jugak n phm dgn keadaaan nia sbb zety pon penah alami..1st pikir +ve k,i blve u r such a strong person..atleast 2m kite blm 'terase' sgt kan..insyaAllah doa byk2,Dia sentiase dgr ;)

Farra Dhelina berkata...

ya allh..sabr ye nia..slm takziah..tiada rezeki utk nia kali ni..cuba lagi taw..

yg penting kena pulihkan kesihatan nia tu..mini cnfnment tu penting taw..jg diri ye

Liza berkata...

salam takziah, rezeki datang dari Allah...Insyallah, dengan izinNYA, akan datang lagi rezeki yang sama...Amin,....

Nigina berkata...

sedihnya dgr.. takziah yer.. takpalah... setiap kejadian tu pasti ada hikmahnya... harap tabah dan sentiasa menjaga kesihatan.

Nia berkata...

diera: thanks dear!

kak nur: takpe kak, thanks ya.

Hidayah: thanks for the tips dear! i pun rasa bukan sebab peranakan, baby tu yg tak boleh develop dah. yup, better i tunggu 3 bulan kan, to be on the safe side.

ummu luqman: bila 2 kali ni bukan ape kak, kita ok. org keliling tu mula mengeluh, buat hati rasa tak tenteram semula. thanks kak.

Zety: betul tu, bila 2 bulan ni memang tak stabil lagi kan. thanks dear.

Farra Dhelina: ada juga pantang sikit2 tu, ikut yg tau. Thanks dear!

Liza: thanks kak!

Adzrah berkata...

Ohh Nia, minta maaf byk2.. aku baru masuk office and baca blog ko.

Jangan bersedih lagi, ok? Ko punya banyak masa utk terus mencuba. Allah takkan mensia-siakan doa hamba-Nya, insya-Allah.

Nia berkata...

Adzrah: takpe babe, aku okeh..hehe. thanks dear!

Nia berkata...

Adzrah: takpe babe, aku okeh..hehe. thanks dear!

m4ruk0 berkata...

rest cukup, jgn lasak2, jgn diri lame, jgn mengcangkung, jgn angkat berat..keje2 umah tu kalo boleh tak payah buat dulu macam mop lantai & dokong anak

ape2 harap nia ok ;)

kakyong berkata...

bagus lah Nia positif & optimis..
buat masa ni berpantang lah baik2...

doktor tentu ade beritahu kan sebab2 kenapa terjadi keguguran tu.. dlm kes Nia, jantung berhenti.. Ini mungkin dah ketentuan Illahi.. ada lah hikmahnya kan.

@ ada masalah rahim tak kuat ke?? @ maybe kena rujuk dgn gynea @ pakar utk pemeriksaan lebih lanjut.. selebihnya berdoa.. u r still young..

take care..

h4ni3 berkata...

insyaAllah
akan ada rezeki yang lebih baik utk nia lepas ni
sabar, usaha dan tawakkal ya =)

isabelle berkata...

sori nia i terlepas berita ni (masa gedix nak pi bercuti la ni).

anyway, u bykkan bersabar ye.i remember being so impatient and disappointed. tapi bila sume tu dah subside, baru dpt 2 lines!!!

Tanpa Nama berkata...

mmg dissapointed giler klo kita membandingkan diri kita dgn org lain yg sgt mudah mengandung / bersalin..
saya pon bru keguguran..hanya org yg pnah gugur mengerti hati perasaan sesama kita yg keguguran.
Tpi saya percaya dgn rezeki ALLAH,menadah tgn padaNYA adalah 1 kewajipan kan..