Rabu, 29 September 2010

Internet berkelajuan 4 MB

Sesungguhnya aku tak mengerti apa itu kelajuan internet. Jadi bila ayah aku cakap dia nak tukar Wi-Fi kat rumah kepada Unifi dengan kelajuan 4MB (betul ke aku tulis nih?)..aku ok aje, asalkan aku dapat pakai internet balik.
Aku try tengok website Unifi ni. Pelik? Tak macam internet Wi-Fi pun gayanya.

Website bukan main interaktif lagi..pergh!


Last-last aku klik kat 'consumer' dan keluar muka mamat yang sangat teruja nih.

Lepas tu aku perasan, kat rumah aku dulu ada satu modem aje, sekarang dah bertambah dengan barang-barang nih. Hisyk,..pelik2 aje.

Bila tanya ayah aku, katanya line telefon kami pun kena tukar sekali dalam pakej Unifi ni. Tapi, panggilan ke talian tetap free, kepada handphone, 10sen/seminit. Lepas tu boleh tengok channel TV lagi. Disamping internet yang lajuuuuuuuuu, (secara jujurnya, aku tak pandai nak tengok perbezaan internet tu laju atau tak, tapi aku tau, broadband kat area ni memang lambat..huhu).

Maklumat lanjut, boleh ke Unifi.

Selaju-laju Unifi ni, bila kami pindah rumah sendiri dalam tahun depan (insha'Allah!), kami kena bergantung kat broadband jugak..huhu...Unifi ni kat umah parents aku jek..nasib aku la yek..(tapi, aku tolong bayar jugak sementara aku guna ni,..hehe)

Apa pendapat korang tentang Unifi?

8 ulasan:

ana berkata...

nak masuk umah baru ye tahun depan...tahniah. teringin plak nak pki benda alah tu...ok ke?

Wan Anie berkata...

belum explore lagi pasal unify ni.... apapun thanks for info, leh try tengok kut2 pakej lebih menarik boleh gak letak kat umah baru kami nanti... :D

tukang karut berkata...

mmg berukband lembab,iklan jer sempe dlm utan pun ble dpt...iklan je la.
tp ape benda unifi nih???

Kie-yu berkata...

mahal tak sis?
ai baru tahu pasal unifi ni
kalo sis tak buat entri hampeh tak tau

Liza berkata...

unifi tak sampai lagik to area liza so tak dapat nak komen, tapi ada kawan yg dah ada ckp mmg laju

Lily berkata...

OMG WANT

bila beli laptop baru, internet pun nak kena baru

h4ni3 berkata...

kalau best nanti, buat entri testimonial lak ye nia

Nurull 101 berkata...

awl bulan baru ni, ade duk servey produk TM ni. samada streamyx n unifi. tp bila baca2, unifi utk vvip tak unlimited usage la. unless utk yg bisness. mak ai, mahal la pulak kalo nak pon. so terus je apply streamyx. Tp streamyx ni, byk kali bergaduh dah dgn TM. Lambat sgt. patutla ramai customer komplen. kdg2, silap staff. sibbaik dah tak keje dgn vads lagi. tensen nk jwb komplen customer.