Sabtu, 4 September 2010

Facebook : Melayu B**I

Ada group baru kat Facebook yang aku baca di blog  teratakamo. Boleh ke blog ni untuk maklumat lanjut.
Tak patut sungguh! Dah la Melayu tak makan benda tu, digelarkannya pulak macam tu. Tapi, rata-rata komen yang aku baca (termasuk dari kaum Cina), tak setuju dengan 'group' ni. Racist kata mereka. Mestilah diaorg tak suka, semua orang yang normal takkan suka kalau ada perselisihan antara kaum dalam negara diaorg. Tak aman nak hidup kalau macam tu.

Lain kali, cuba buat group yang sedap sikit telinga ni mendengar, Group Gadis Melayu Memang Cun ke, ape ke? Ini tak, suka nak cari kontroversi.

Masa aku search kat Facebook, aku tengok ada juga individu yang guna perkataan yang sama dan buat profile. Aku tak faham, apa yang orang-orang macam ni cuba buktikan? Suka atau tak, diaorang kena terima hakikat, kita semua dah duduk kat negara ni sama-sama, bergaduh dan cari pasal antara satu sama lain, cuma akan menyebabkan kita semua tambah mundur.

Apa pendapat korang pulak?



14 ulasan:

ana berkata...

duduk dlm keadaan berbilang bangsa mcm ni risiko x puas hati memang ada, ditambah pula klu ada apa2 dasar/keputusan kerajaan kononnya x memihak kat kaum lain jugak...

Hidayah Ismawi berkata...

some people just don't have better things to do than propogate hate.. so sad

MY LATEST ENTRY: False memories

fabulous.farah berkata...

hurm..mcm2 kan..ade je nak jadfi api..

Wan berkata...

mmg sengaja nak cetuskan perkauman

e.l.i.z.@ berkata...

eiiii dasat nye...ni mesti kaum lain yg buat nih..ntah² indon *berprasangka buruk la pulak

en_me berkata...

budak penyanyi rap namawi yg kutuk2 tatasusila kita pown xder saper berani amik tindakann.. kanns

h4ni3 berkata...

ni sama la dgn group org2 seberang tu
menyalak jer lebih
akal letak kat lutut

Farra Dhelina berkata...

eee tetbia nk emo 1 bdn!!

diorg yg buat tu lah yg vavi!! eee racist gile!

Thoha berkata...

tak patut betul ada group menghina melayu macam ni..tak suka dengan orang yang suka menimbulkan kekecohan macam ni..

ibu WaWa berkata...

agaknya diaorang ni dah terlupa nama lain yang sedap2 kot?
Ataupun saje nak cari publisiti.

syawalsimpsons berkata...

ya Allah...ada gak benda camni berlakukan nia..mmmm

Eyriqazz berkata...

macam2..lepas satu2..patutla sampai pm pun naik angin

white rose berkata...

provokasi mereka2 ni...
cube mencari perhatian...
dah xde keje lain, duk ngadap FB je la tu...

ya Allah, tunjukkan kpd mereka jalan kebenaran...

Nia berkata...

ana: susah nak puaskan hati sumer pihak kan

Hidayah: kdg2 diaorg ni nak test power

Fab Farah: dia suka kita bergaduh..hmm

Wan: sengaja nak bg melayu angin la tu

eliza: wah...ada kemungkinan kah? hehe

en_me: ha..tu satu hal lagi

hanie: akal tu pentingkan..

Farra: tak tau apa seronoknya pada diaorg tuh

Thoha: tu la,..semua org yg normal,..tak suka menda mcm ni

ibu wawa: sekrg terus hot nama diaorg ni..

Sue: diaorg suka cari publisiti,..tu la halnya

Eyriqazz: salah guna teknologi ni

white rose: amin..begitulah harapan kita