Jumaat, 6 Ogos 2010

Try Pizza dari Canada

Biasa kita dengar pizza ni asalnya dari Italy kan? Kami baru aje try pizza dari Canada.

Pizza ni spesial sebab boleh beli slice aje. Kalau kedai pizza biasa kena beli satu pizza teruskan?

Kotaknya pun ada macam-macam saiz ikut slices pizza yang kita beli tu.
Nama pizza ni 'Magharita' (macam nama minuman yang kita tak boleh minum tu je..hehe). Ini pizza yang gunakan 100% cheese. Kalau suka makan cheese macam aku, boleh la layan..
Ini yang uniknya Canada pizza ni, dia boleh buat pizza yang kita order tu sebelah-sebelah lagi. 
Kiri : Canada Thin Crust; Kanan: Hawaian (ada nenas bagai)
Secara jujurnya, berdasarkan harganya (RM4.50 sekeping kalau tak silap), kira berpatutan la.

Aku Suka: 1) Pizza ni boleh beli ikut slices, tak payah beli satu pizza tu, jadi boleh try macam-macam jenis.
2) Kotak pizza ni unik dan senang untuk bawak balik.

Aku Tak Suka: 1) Rasa pizza ni kurang 'kick' sikit la berbanding pizza Dominos

Kemungkinan Beli Lagi : Mungkin kot, time pokai tapi teringin nak makan pizza.

P/S : Setakat ni yang aku tahu, Canada Pizza ni ada di Tesco X-Tra dan Giant Shah Alam.

Korang suka Pizza apa?

13 ulasan:

fabulous.farah berkata...

domino memang terbaik kan=) suka jugak kalo boleh beli slice2 camni..boleh try macam2 topping

Nigina berkata...

canada pizza ni ada kat mana

☻UsaGi NaNa☻ berkata...

mne akk beli??nk gak...

h4ni3 berkata...

tak penah jumpa lak
boleh try nih.. hehe

a d r e y n i e e l i s y a berkata...

mcm best ja... xla boring mkn.. sbb boleh pilih banyak jenis stiap slice..
hihih..
ah, aku tgh meroyan mo try italian pizza this weekend..

BIONIC WOMEN berkata...

wowww...pizza murah..suka2. Terliur plak tengok pizza ni.yummy..yummy

ana berkata...

eeemmm....nampak mcm menarik, boleh le cuba nanti.

Farra Dhelina berkata...

sy suka pizza hut!! hehehe

suka flavor, hwaian tuna & super spreme! ;-)

Kie-yu berkata...

tak pernah try lg canadian pizza
bese belasah pizza hut je la
hee :D

Hidayah Ismawi berkata...

so far am still ok with Pizza Hut although at times it does seem as if the filling is getting smaller and smaller in portion (Fav: Hawaian chicken and chicken supreme)

Also like dominoes but rarely eat bcoz my dad insists on Pizza Hut at home (Fav: Pepperoni)

Have also tried Canadian Pizza yg on the way to PWTC tu.. not bad .. (but definitely should not dine in -sgt tak conducive atmosphere di situ) - I think we tried the Canadian Special .. the garlic bread here is better than Pizza Hut

Best find for pizza is at Berjaya Times Square food court (Level 10).. the thin crust is amazing .. and the BEST tuna Pizza ever..

MY LATEST ENTRY: Kaboom! My tyre exploded!

white rose berkata...

pizza hut...
pizza lain xpenah test...

hahahaha...

bila agak2nya akak nak blanje sy pizza dominos & canada ni?

Farah Y berkata...

Tak pernah cuba lagi Canadian Pizza. Farah a big fan of pizza hut, mso pula dominos!

chekna berkata...

selalu nampak kat giant shah alam, tp xpernah try pun.. rasanya dlm2 byk2 pizza ni(byk ke??) dominos is the best kot!! pizzahut pun ok, cuma sedap time panas je.. bila sejuk je, confirm keras kiang, nak gigit pun rasa nak patah gigi.. kalo dominos, still ok nak makan bila sejuk..