Isnin, 16 Ogos 2010

Signage - Dosa Yang Dilakukan Hampir Semua Orang

84441228, David Joel /Photographer's Choice RF
Source: Gettyimages

Biasa kita nampak 'signage' macam ni kan dekat kilang-kilang? Tujuannya untuk pantau kadar kemalangan di kawasan kilang dan motivasi untuk para pekerja.

Kami nak praktikkan signage ni di department kami
Kenapa? Kami kuat sangat mengumpat ke? Bukan kuat mengumpat, tapi sangat mudah untuk kita terlupa dan melakukannya.

Bertanyalah nabi s.a.w kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi s.a.w : iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya. Kemudian nabi ditanya : bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Rasulullah s.a.w menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai’e)
Ertinya : Kalau apa yang kita katakan tanpa di belakang seseorang itu, kalau didengarinya, dia akan merasa marah, itu dikira mengumpat. 
Kalau perkara itu benar (memang ada pada dirinya) = Mengumpat
Kalau perkara yang kita katakan itu tidak benar = Fitnah

Marilah kita sama-sama mahasabah diri, kadang-kadang kita bercakap sesuatu, kita kata bukan mengumpat, sebab kita cakap perkara betul. Tapi, sebenarnya..kalau kena dengan perkara-perkara diatas tu, dah jatuh mengumpat. 

Aku buat entry ni, untuk menyedarkan diri aku sendiri dan untuk berkongsi. Betapa mudahnya kita dapat dosa mengumpat ni. 

Kalau ada salah dan silap, harap perbetulkan ya. Ilmu agama aku pun tak sebanyak mana. Maaf kalau salah kata di mana-mana.

Akhir sekali, kita renungkan ini

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Sumber : 1) Darululumonline
2) Halaqah


Renung-renungkan & selamat beramal :)

19 ulasan:

ana berkata...

betul tu...kdg2 kita ingat bercakap x betul tu mengumpat...yg ianya jgn cete keburukan org dkt org lain utk elak kita mengumpat. bagus entri ni...ingatkan kita di bulan mulia ni.

Sidratul Muntaha berkata...

ahhaa.
safety precautuion sungguh..
sape yg buat signage ni nia?
SOP takde buat plak yer...
baru thu camne nak buat preventive maintenance dgn schedule maintenance..
ape pun nice sharing...
mengumpat dgn kita mmg lama dah sinonim..
apepun..harap2 dpt kurangkan..

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

wah, bagus ni :) ngeri bila orang bc statistik nanti.kalo zaman nabi dulu, bila mengumpat akan keluar bau busuk mcm skrap getah.skang, dah tak bau sebab dah terlalu banyak orang mengumpat,sampai dah terkalis bau tu.wallahualam.

sekamar rindu berkata...

salam...

mohon pada allah ampunkan segala2 dosa....amin..

Adlina Husaini berkata...

maknye, salam ramadhan..bagusnya ada signage macam ni ^_^

toughcookie berkata...

one of the benefits of working from home, takde chan nak ngumpat langsung sebab takde kaki yang berkumpul pepagi time kopi hehe... alhamdulillah...

mrsboan berkata...

Nia..terima kasih kerana saling mengingati...sungguh besar dosanya..saya selalu mengingatkan diri...kalaulah kita terdengar org umpat kita..apa kita rasa?..dan camtu la sebaliknya...

Kie-yu berkata...

hehehe :D
tang sign age mengumpat tu kalakau sis

fabulous.farah berkata...

hurm..kadang2 kita sedar sebab mengumpat ni dah jadi habit..asal bercerita jer mengumpat. kan?

chugie berkata...

setuju nia...

isabelle berkata...

hehe. menarik tu. kalo u bagi idea ni awal puasa aritu, leh i fwd kat fakulti.hehe

mama_umar_maryam berkata...

thanx igtkn slalu..kdgkn niat kite utk meluah rase x puas ati kt kwn kite,tp at d end jd mengumpat pulakkan

Liza berkata...

very good reminder nia, perhaps we should consider putting this sign up

Nia berkata...

Ana: Thanks Ana!

Sidratul Muntaha: betul, sekrg ni sama2 la kita reducekan, nanti kita terus tak buat pulak.

Ellis: Serius? hiee,..takut mendengarnya..

sekamar rindu: aminnn..

Adlina Husaini: Thank you dear, salam Ramadhan juga ya.

Juan: huhu..i dah lama teringin nak keje kat umah..byk benefit tuuu..

mrsboan: uii,..org umpat kita, kita dpt pahala dia..hehe

Kie Yu: uii,..design sendiri tu yang

Fab Farah: Sebab tu tak boleh cakap byk, masalhanya saya ni memang suka cakap byk..huhu

Chugie: thanks dear

Belle: Sekrg pun bleh lagi Belle..hehe

Zeti: Ye,..betul tu,..huhu..lumrah perempuan kan, nak meluah perasaan

Liza: I memang nak print besar2, tampal kat ofis kak..hehe

Hamzah Ian berkata...

sangat2 setuju ngan entry ni.. tq sbb buat entry ni.. nice

Hamzah Ian berkata...

setuju

Sir Marcello berkata...

wah idea yang menarik...

kdang-kadang kita tak sedar..dalam berborak tue terngumpat...cam mana nak elak dari mengumpat? elakkan bercakap perkara yang sia2...senang cerita kurang sembang kosong :)

en_me berkata...

pompuan kannns.. ahaha

salamm ramadhan akak unlisted one ittewww..

Nia berkata...

Hamzah: thanks dik.

Sir Marcello: betul tu, kena kurangkan cakap perkara sia2 kan.

en_me: ehem...sure ke perempuan saja yang terlibat ni? hehe..salam Ramadhan juga!! :)