Selasa, 31 Ogos 2010

Cerita Terharu Aku Sempena Merdeka

emilayusof
Free banner ni aku pinjam dari Kak Emi. Blog template aku ni pun Kak Emi design, kalau korang minat, boleh ke emilayusof.com


Aku ada satu cerita, yang aku akan teringat setiap kali merdeka. Aku dah cerita masa merdeka tahun lepas. Aku mungkin akan ulang balik cerita ni untuk merdeka tahun depan (insha' Allah!) kalau aku takde cerita lain yang lebih mengharukan dari ni..hehe

Aku dan En.Suami bersanding 3 tahun lepas masa aku masih kerja dengan company lama. Ini cerita kawan-kawan lama la ni.

Cerita 1
Hari kami bersanding tu, jatuh hari yang sama dengan Chap Goh Mei. Biasanya kaum Cina ada makan-makan time tu. Kawan aku, Looi kata, dia akan datang wedding aku,aku tanya dia, takpe ke kalau dia datang wedding aku instead of makan2 Chap Goh Mei? Dia jawab,
"Chap Goh Mei ada tiap-tiap tahun maa, tapi u kahwin tahun ni saja,"...sobs..

Cerita 2
Aku terdengar 2 member aku, Vino & Kala bersembang, diaorang nak pakai sari pegi wedding aku. Aku dengar Kala tanya, ok ke pakai sari? (Sari kan untuk special occasion saja bagi orang India). Aku dengar Vino jawab,
"It's our friend's wedding-lah, we have to wear Sari,"...wedding aku ni kira special occasion ke? sobs..

Cerita 3
Boss aku masa tu, Chinese, mulanya dia kata tak dapat datang sebab ada appoinment lunch untuk Chap Goh Mei. Tapi, sehari sebelum majlis aku, dia sms, kata dia dah call semua family member dia mintak re-schedule time makan besar tu, supaya dia boleh datang kenduri kami..huhu..

Cerita 4
Kawan aku, Kesa. 
"I mesti datang punya u punya wedding," aku dah terharu dah dengar ni. Tiba-tiba
"U ada hidang apa hari tu, biawak masak merah ada tak?"..ceh! Ini bukan cerita terharu.

Sebenarnya semua pun sudi luangkan masa untuk attend wedding aku tu. Tapi, yang aku terdengar cuma 4 cerita tu saja. Sebenarnya kalau kita cuba cari persamaan kita dan bukan asyik ketengahkan perbezaan kita (ini tak campur bab agama arr..), kita boleh aje hidup harmoni. 
Ini tak, bila politik dah masuk, selamat laaaa....Kami semua tak pernah cerita tentang politik, tak kuasa.

Korang ada kawan baik bangsa lain? Korang cerita apa biasanya?

9 ulasan:

Em's Family berkata...

wah.. baik nyer derang. mira pun dulu ade kawan jugak, kiterang satu rumah, chinese, we are still good frens sampai sekarang, cume sekarang tak de lah banyak bercontact macam dulu

isabelle berkata...

how nice kan?
isu agama jgn dibanding la. tapi semangat setiakawan tu mmg bagus

maya amir berkata...

betull..semangat mcm ni laa yg perlu..jgn sentuh bab politik atau budaya kaum masing2..pasti lebih aman:)

Liza berkata...

betul nia, kita smua ok jer, tak suka nak gaduh2, cuma pihak2 yg tak bertanggungjawab jer yg kecoh2 nak laga2kan org sana sini

fabulous.farah berkata...

tak de pon kawan bangsa lain yang rapat..huhu

ana berkata...

betul tu...klu apa2 isu x dipolitikkan, semuanya boleh setel dgn baik...pernah dgr prg ckp 'politik itu kotor'...betul kot...

Nia berkata...

Mira: takpe, bila masing2 dah ada komitmen, kurang la contact kan

Belle: tu la, sekrg ni pun kdg2 keluar juga dgn diaorg.

maya amir: tu la, ibarat mcm jolok srg tebuan kan

Liza: sbnrnya politik akn jadi ok, kalau isu perkauman tak dimainkan.

Farah: takpe, maybe sebab takde apa2 kerja yang involve dgn diaorg kot

ana: kotor atau tak, bergantung pada 'pemain' nya kan? hehe

ibu WaWa berkata...

sebenarnya begitulah kita sekarang ni. Masa nak merdeka dulu pun british beri syarat jangan ada pergaduhan antara kaum selama 10 tahun. Perpaduan didahulukan.
Apapun memang best kawan2 Nia.

Selamat hari kemerdekaan ke-53 buat mu.

Farra Dhelina berkata...

ohhh kita semua satu malaysia!! tu yg fra blh rungkai kan dr cerita di ats :) sgt2 terharu wlauppn bebeza kaum..