Khamis, 26 Ogos 2010

Bila Dilanda Musibah...

Pernah satu hari aku balik dari kerja, aku tengah ada problem masa tu (ko memang memanjang ada problem Nia oiii!!) Tiba-tiba aku terdengar lagu ni. Aku terus sentap (in a good way- lah)

Lirik lagu ni buat aku sedar diri, kalau ada masalah, buat apa aku nak serabutkan kepala fikir banyak-banyak tentang masalah tu, baik ingat Allah (sebenarnya setiap masa pun, kita perlu sentiasa ingat Allah). Sebab semuanya Dia yang tentukan.
Aku ni, kalau asyik fikirkan masalah, semua benda yang aku buat tak menjadi, lepas tu 'mood' pun dah jadi tak 'happening', asyik buang masa mengelamun fikirkan masalah.
Tapi, kalau kita tak fikirkan sangat masalah tu, kita serah pada Allah sahaja. Kita usaha selesaikan, lepas tu tawakal. Insha' Allah kita akan rasa lebih ok.

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

[KRU]
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......

Hanya mampu sujud.....

[KRU]
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

[Mawi]
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

[KRU & Mawi]
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud......

Hanya mampu sujud.....



Apa lagu yang korang suka dan beri pengajaran?

10 ulasan:

Adlina Husaini berkata...

ada gak lagu yg ina suka..tapi la ni tak leh nak recall tajuk apa lagu tu hihi

ana berkata...

masa bc tajuk entri ni pun dh terngiang2 lagu mawi ni...memang best lagu ni.

~~@lyci@~~ berkata...

wah, xpernah dgr lagu ni. jap2 nak google jap..

tq nia for sharing ;)

Farra Dhelina berkata...

wee suke dgr lagu afgan -pd mu kubersujud..rasa mcm allh betul2 sedang mendengar

HaniCheLat berkata...

laaaa.. lagu ni mawi nyanyi ngan kru rupanya.. makcik baru tau..

mama_umar_maryam berkata...

suke lagu afgan hehehehe

ibu WaWa berkata...

Memang jika kita asyik fikirkan masalah, bilalah muka kita nak ceriakan???

fabulous.farah berkata...

best lirik lagu ni..

Nia berkata...

Adlina: biasa mcm tu, kita suka lagu, tapi lupa tajuk dia..hehe

ana: kdg2 dgr rasa sebak, lalainya aku, tak igt Allah dengan sepatutnya. kekadg sibuk dgn kerja dan urusan dunia. tersedar sebab semua yg dapat selama ni dari Allah, tapi aku tak reti nak bersyukur.

Alyca: haa,..google tau

Farra: haaa,..nanti saya cari

HaniCheLat: kdg2 kita suka dgr, tapi tak tau tajuk kan..hehe

zeti: owh, ape tajuknya tu?nak cari nih

ibuwawa: masalah dan stress mendatangkan penyakitkan..

Fab Farah: menyentuh jiwa..huhu..syahdunya

My Written Thoughts.. berkata...

Munajat by Nada Murni & Airmata by The Zikr

Bila ada masalah, dengar lagu ni rasa tenang.. n boleh muhasabah diri smula.. mengingatkan aku kalau masalah aku berat, ada lagi yg lebih teruk drp aku.. :)