Jumaat, 27 Ogos 2010

Apa itu Nuzul Al-Quran?

Apa itu Nuzul Al-Quran?


Dipetik daripada http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Baca selanjutnya di sini


Masa zaman sekolah dulu, Ustazah aku pernah cakap, takde apa pun yang tiada dalam Al-Quran. Cara nak buat roti canai pun ada. Tapi, bukan diberitahu dalam bentuk 'direct', cuma terdapat dalam surah mengatakan 'kalau kita tidak tahu, kita perlu belajar dengan yang tahu'..Tapi, maaf banyak-banyak, aku tak ingat surahnya. Kalau ada yang tahu, harap dapat dikongsikan ya!

Masa final exam, bila keluar soalan apa terkandung dalam Al-Quran, ada kawan aku yang lurus bendul ni tulis, 
"Ada cara membuat roti canai", 

Ustazah aku punya angin masa tu, sampai sekarang pun aku masih ingat...

9 ulasan:

ana berkata...

hahahaha...kelakar la kawan nia tu. memang lurus la.

ibu WaWa berkata...

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran hari ini...
Sama2lah kita menghayatinya.

Juwairiyah berkata...

salam ziarah. haha bagus btul dia tu. menurut kata-kata cikgu. :)

h4ni3 berkata...

hehehe
agaknya member tu tgh lapar kot masa jawab soalan.. tu yg dok teringat roti canai tu.. comel jer.. ;)

Thoha berkata...

terima kasih berkongsi..tak sangka ada jugak yang tulis cara buat roti canai betul2 ye..hehe

Farra Dhelina berkata...

hehehehe lurus nya jwb ada buat roti canai..hahaha

Syigim berkata...

thanks for sharing, nia :) siap ade citer lawak tambahan pulak! ;)

betul mmg ade xdiceritakan secara terus dlm Quran, tapi suma ilmu ade. penah dgr ceramah ni, sblom terciptanya ultra sound utk tgk baby dlm rahim, dlm quran dah describe dah keadaan janin...

My Written Thoughts.. berkata...

Al Quran itu pelengkap yang paling sempurna. Cumanya umat islam kita x ramai yg mahu mengkaji dan memahami isi Al Quran. Malah kitab suci kita di kaji oleh bijak pandai Barat! Betapa ruginya umat Islam! Ayuh kita semai budaya membaca, memahami dan menjiwai Al Quran kepada anak2 kita.. :)

p/s: semoga Diha menjadi pecinta Al Quran! Insyaallah!

Nia berkata...

ana: tu la, smpai sekrg tersengih kalau teringat

kak wa: insha'Allah kak wa

Juwairiyah: dia jujur tu.hehe

hanie: harus la tgh lapar tu kot..hehe

Thoha: tu la, tak tau dia sengaja ke tak, tapi memang nampak lurus orangnya..hehe

Farra: muka ustazah tu yg paling best tu! haha

Syigim: al-Quran tu memang sesuai untuk sepanjang zaman kan.

Fiza: aku pun tengah sikit2 nak cuba improve ni Fiza, segan kat ko!