Isnin, 9 Ogos 2010

Amaran: Jangan Bagi Anak Main Benda Ni!

Diha sangat suka mainan yang ada stereng (termasuk la kereta mak dengan ayah dia)
Kami bagi dia try main benda ni semalam, tapi tak masukkan duit pun. Mujur tak ada budak yang nak main masa tu, kalau tak harus kami kena halau..hehe..

Dia pandang budak tu main gendang sebab dia tengah fikir, main gendang tu best ke, main kereta ni lagi best?

Lepas tu bila ramai-ramai budak datang tengok game gendang tu, lagi la dia tak puas hati. Dia pun nak tengok jugak. (ala-ala kita yang dewasa ni la, kalau tengok orang berkerumun, mesti nak tengok jugak kan? haha,..padahal orang tu kekadang jual mop aje)

Tapi,..bila orang semua dah pegi, Diha sambung balik main kereta dia. Lepas tu tak nak balik. Dekat 10 minit jugak la kami memujuknya..isk..Diha ni!!!

Nampak tak arrow tu? Label pada cekak Diha tu, kami tak dapat nak cabut, ayah dia pakaikan masa kami tengah beli-beli barang. Diha bagi kami tanggalkan cekak tu sekejap masa nak scan bar code untuk bayar aje. Lepas tu dia nak pakai balik, kalau tak bagi, dia akan jerit-jerit. Malu woo!! Sebab tu la kami tak dapat nak cabut label tu,..huhu..

Pernah tak tengok budak kecik buat perangai kat shopping kompleks? Hehe..

21 ulasan:

fabulous.farah berkata...

bersungguh2 dia kerjakan stereng. xpe. anggap je lah lebel tu hiasan kat cekak=p

Miss Q berkata...

Anak saya!!! kih3.. memang perangai di shopping mall

Nordiana Nordin berkata...

emm,same le dengan anak aku munira..pantang nampak kete2 kat shopping complex abis semua dia nak naik..kopak dibuatnya..kekadang sampai tak nak turun..

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

my nuha, selagi tak cukup 3 round tak sah nak turun.

DrSinga berkata...

lain kali....
jangan lalu area tu.....
:)

isabelle berkata...

mula2 i ingat nak komen psl addiction main games tu... tapi...wahahaha...label tu yg mahal tuuuu.wahahaha

[-suziey-] berkata...

hmmm aQeel suka banget jenis2 kereta berstereng ni..

lawak la plak label tu..haahhhaa

intanmaria berkata...

huhuhuhuhuhu..
anak kita la tuh..

buat perangai dia macamana?
nangis sambil baring kat lantai...shopping complex!

if penat pun, leh dia baring kat tgh jalan..
:P
_________________________
http://mariaariffbaby.com

Ain berkata...

dulu sarah takut naik menan ni, tapi baru2 ni dapat naik sekali dia takmo turun pulak...

kalau budak2 buat perangai kat shopping complex tu biasa la kan, lagi la kalau dorang nakkan menan....

memang haru biru kita dibuatnya, nak tak nak terpaksa la beli jugak...

ana berkata...

hahahaha...biasa la bdk2. benda baru memang la excited!

eima berkata...

tak de plak cite nape tak leh main mende tuh ?? hahaha

sama cam anak aku la tuh .. iskh..iskh. kena byk sabo je mama nih ... haha

Kie-yu berkata...

hee :D
comelnya diha
dpt ceom best ni~

pnh tgk tapi bkn kt mall
kedai mkn
dak tu ngamok sakan
bpk die geram heret boh atas kusi
sume org tgk je

takot~!

gee ryder berkata...

diha nk jd F1 driver tu hehe

Nadiah Sidek berkata...

suruh mak bwk balik la game tu diha..ehe..

SHAZA berkata...

wah teruk juga si diha ni.sama ler anak saya pon suka main kat tempat ni.tp tak penah masukkan duit pon......

Liza berkata...

mestilah penah, tak lain tak bukan budak2 tu bukan anak org lain pun, anak liza sendiri...

Lady of Leisure berkata...

amboi lekanya dia main stereng tu..
:D

transformed housewife berkata...

hehehe. Anak2 knur pun kdg2 ada buat perangai tak nak balik esp. bila dah nampak indoor playground atau video arcade. jenuh nak pujuk. kdg2 biar je diaorg melalak kejap.

ibu_Arifa berkata...

hahaha..anak saya pun suka maian benda mainan yg masukkan duit nih..pasti sampai tak mau turun.

bagusnyer Diha..suka pakai cekak rambut..sweet jer kalo anak2 pakai aksesori kat kepala kan.. anak saya xsuka pulak pakai cekak ker sepit ker..mak nyer jer yg suka nak beli dan pakaikan kat dia.

Nia berkata...

Fab Farah: malu org tgk label tu..huhu..nampak mcm excited dia dgn stereng kan.

Qastalani: hehe,..boleh byg QZ macam mana. dia meragam pun tetap maintain kiut!

diana: sama kelab la anak ko dgn anak aku..hehe

Ellis: 3 round ok lagi Ellis, jgn 10 round..adui!

DrSinga: haha,..petua berguna tuh! avoid entirely.

Belle: ala2 addiction ni Belle. bila kitaorg dah bwk dia pergi pun, bila lepas aje pegangan tgn tu, dia lari balik pegi tempat tu.

Suziey: aQeel suka main kereta jgk! alala,..mesti cute!!

intanmaria: ada sekali tu, masa ada budak guling2 kat shopping complex, tetiba dtg adiknya pijak perut dia pulak..adui! haru betul..hehe

Ain: memang betul! kalau diaorg dah nak tu, nak tak nak, kita beli jgk kan

ana: kita yg tua ni pun excited benda baru..hihi

eima: sebab nanti anak tak mo balik! huhu..anak kita sama kelab la..hihi

kie-yu: takut naper? bapak budak tu garang yek? hehe..mesti bapak dia pun malu kot masa anak buat performance tuh.

gee ryder: F1 wanita? hehe..ok jgk tu!

Nadiah: uii,..jangan,..tak mampu mak nak belikan tu..haha

Shaza: kalau masuk duit, diaorg ni tak nak main pulak kekadg..huhu

Liza: hihi,..depan mata aje kan kak

Lady: uii,..siap nk bwk balik tu!

kak nur: menuntut kesabaran diaorg ni kan kak..huhu

ibu_Arifa: masalh si Diha ni, pakai cekak rambut tome tu je, lps tu tak mau dah..huhu

chekna berkata...

same je anak kite ni... kalo dapat main tu, mmg xnak brenti punya.. xpe jimat.. xyah letak coins pun, coz ziyad ni bila benda bergerak dia takut.. trus xmau main dah..hehehe..