Selasa, 20 Julai 2010

Suka & Tak Suka di I-City

Aku, En.Suami & Diha pergi ke I-City malam Ahad yang lepas. Saja suka-suka cari pasal pergi malam minggu, dengarnya, malam minggu semua lampu dipasang, 100%!


Sama macam apa yang orang lain tengok, lampu-lampu dalam bentuk pokok dan banyak lagi. Tapi, perlu diingat, keadaan agak panas sebab banyak lampu..duh!



Macam orang lain, kami juga bergambar sakan!


Rasanya kalau sesiapa ada menyimpan niat nak pergi, elok la makan siap-siap kat rumah. Sebab makanan kat sini boleh dikatakan agak mahal dan takde tempat duduk yang selesa. Kalau ada restoran pun, status halalnya diragui sebab bukan dari JAKIM (setahu aku lah). Darabif ni ada logo Halal JAKIM.


Lagi satu, kalau nak pergi, biarlah sampai demam i-city ni reda dulu ataupun jangan pergi masa weekend. Sesak woo!!


Tempat duduk pun tak banyak disediakan. Jadi, kalau nak pergi, lepas ambik-ambik gambar, balik aje, senang.

Security ni (dan ada beberapa orang security lagi) terlalu kerap meniup wisel dan menyebabkan keadaan sangat tak tenteram. Tujuan dia tiup wisel tu sebab ada sesetengah kawasan yang tak boleh dimasuki. Aku faham tu, tapi kan lagi senang kalau kawasan tu dipagar dari kena dengar bunyi wisel yang bertalu-talu?


Toilet pun macam satu masalah sebab takde toilet khusus untuk pengunjung. Mungkin toilet pada kedai-kedai ni dijadikan toilet pengunjung kot, tapi tak cukup. Pastikan dah pergi toilet siap-siap dekat rumah la ye.

Akhir kata, lepas aku bising-bising tak suka itu ini tu kan, tau tak berapa kena bayar untuk masuk ke i-City?
Free of charge!! 
Parking aje kena charge RM2! Jadi tak mau banyak bunyi sangat ya Nia...hehe.

Dah pergi ke i-City? Macam mana? Rasa nak pergi tak?


22 ulasan:

Wan Anie berkata...

sekali pergi cukuplah... bawak anak2 tgk lampu dan bergambar mereka memang suka, tapi xde bende lain yg best selain lampu color2 tu...

haritu pun sama, anak saya kena halau dan ditiup wisel, nak buat macamana si kecik 3 tahun excited nak pegang rusa bertanduk tu kan... huh sampai menangis...

chugie berkata...

hehe...bg sy ok lah

mamalieyna berkata...

ooh kita dh g 2x...first dulu, takyah bayar, kali kedua..RM1 je..time nak masuk, parking free je..selalu g sbb nak bergambo jer, dan nk bawak famili jln2, bergambor terus balik... takde lak rasa kurang memuaskan tang mana2..hehe..

apa2pun sana memang panasss! byk lampu kan..

d.a.m.i.q.u.l.a berkata...

sy pun dh pergi i city ni.tak suke betul sbb takde proper surau!kitorang kene kuar balik smyg kat petronas kat luar tu.nasib baik die bagi masuk ngan tiket mule2 tu hehe

Farah . 5577 berkata...

cantik bergmbr di pokok2 lampu.. diha comel pakai riben..
mmg teringin nak gi, tp xsempat lg..

ajjah berkata...

owh i sukaaa... tapi setakat dua kali i pergi, i went as early as lepas maghrib.. second time i pergi, pukul 7 and left immediately lepas tu.. so memang tak jam lagi la time tu..

now dah ada parking charge i dah tak pegi dah, sebab dah puas bergambar..

btw, anybody wants to share buying style covered head scarf?

Syigim berkata...

nia, dr kat dubai tu dok baca org blog psl i-city ni. mcm best n cantik sgt bila tgk.

tp bila pikir2 balik, ape motifnye i-city ni sebenanye ye. dlm sibuk2 org buat earth hour tutup lampu, dia buat plak tmn yg penuh lampu pasang lama2 ye. :P

wlapun org ramai, tp nia dpt jgk bergamba sorang2 tu ye. hihi

mrsboan berkata...

rumah saya sekampung dgn i-city (s7la tu)...penah pegi tapi tak sempat nak gambo2 sakan...baju selebet la (baju tido ngee)...tertinggal kamera la...terpaku kat screen besar masa WC la..Saya nak pegi lagi sbb nak amik gambo jugak...huhu..

[-suziey-] berkata...

waaa ni review terbuka..hehe..ok gk dpt la info sket..

mariaariffbaby.com berkata...

tuh la..
tgk beberapa blog mummy yang ada buat entry pasal tempat ni..
agak menarik gak la..

dia kat situ..sampai bila?

Farra Dhelina berkata...

mmg rasa nk pgi lagi! hehe sbb time pgi tu bwk cmra kecik aje, tak besh.

eh yeke ada restoran?tak pasan pulak, yg pasan ada stall mknan melayu kat hujung jln.sy mkn chr kue tiow mlm tu, tp hrga mmg mahal lah sikit, qty jgn ckp lah, sikit je k.tw tu

yg tiop wisel tu mmg cam haramm..siap ada insiden gadoh lagi time sy pgi hr ru.,agk krg aja jgk lah scrty kat situ, mmg btul kata nia, harus di pagar..ni meniop wisel bgai nak rak, mcm mghalau itik je..dushhh

kena rm2?? hehe sy kene rm1!! ;p

Kancilbiru berkata...

woh dah kena charge..dulu masa pegi free lagi...tapi tulah sebab ramai kan, dia kena amik upah la nak manage tu semua...amboi bergambar sakan eh...kalah diha...hihihi

fabulous.farah berkata...

huhuhu..walaupon selalu lalu, tapi tak pernah rasa nk singgah. bosan rasenye kalo pergi 2 orang jer. ade baby die excited siket.hehe

Farah Y berkata...

Balik nanti ingat nak singgahlah. Dekat je dengan rumah ni.

Lady of Leisure berkata...

i teringin nak pi sebab dok dengar sana sini sebut tapi i lum sampai sana lagi hehe

Lily berkata...

Eh Darabif takde sijil halal Jakim?

isabelle berkata...

duduk sekentut je dekat dgn i-city tapi asyik bertangguh nak pegi.

nak pegi, mesti la wkend supaya x penat.tapi ktorg tak suka crowds.
konon nak elak crowd, nak p wkdays..tapi dgr kata wkdays xsemua lampu dia bukak.
smpi pencen la aku x p icity tu kang

isabelle berkata...

duduk sekentut je dekat dgn i-city tapi asyik bertangguh nak pegi.

nak pegi, mesti la wkend supaya x penat.tapi ktorg tak suka crowds.
konon nak elak crowd, nak p wkdays..tapi dgr kata wkdays xsemua lampu dia bukak.
smpi pencen la aku x p icity tu kang

Liza berkata...

one more place liza nak pegi, dah panjang dah list nie

Wan Perlis berkata...

waa best2
gemerlapan

Nia berkata...

Wan Anie: tu la kan, kalau ayah dia kena wisel takpe, kalau anak2, sian aje

chugie: dah pegi ke chugie?

mamalieyna: oh,dulu free ya?

damiqula: yes! saya pun teringat, ada try cari2 surau jgk

Farah: uii,..tu belum tengok mak dia pakai riben lagi..haha

azzah: nak beli tudng ape tu? nanti mau tgk

Syigim: dapat bergambar sorang2 tu, kat background sebenarnya ramai tu..hehe

mrs boan:ooh,..dekat betul la kalau gitu. senang nak pegi nanti kan

suziey: hehe..review takde tapis

mariaariffbaby: a'ah ya, tak sure pulak sementara atau selamanya ada tu.

Farra Dhelina: owh,..awal2 charge seringgit ke? uii,..cpt benar naik harga diaorg ni

Kancilbiru: eh..eh,..gambar Diha byk lagi sebenarnya..hehe

Farah: kalau Diha dia takut sikit tgk lampu byk2 tu..huhu

Farah Y: ha, ajak hubby pegi nanti ya

Lady: ha, nanti pegi la..pengalaman tu..hehe

Belle: uii, jgn sampai pencen Belle, weekdays pun ok jgk tu.

Liza: pegi kak, nanti boleh citer kt org jgk..hehe

Wan:hmm,..best la jgk Wan, ok la.

DrSinga berkata...

errr...
tak jadik le nak pergi cam ni...
sure hangin je drebar tu nanti...
.
cantik gambar!!!