Khamis, 29 Julai 2010

Orang yang tak suka kerja dengan perempuan

Korang pernah terkena macam ni? Aku pernah. Di tempat kerja lama aku. Secara jujurnya, golongan sebegini adalah golongan minoriti, seumur hidup aku, pernah jumpa seorang lelaki aje yang buat 'peel' macam tu.


Source: Sini

Kes 1

Orang ni 'manager' kat company lama aku. Aku patut 'follow up' dengan dia untuk satu finding dekat kilang yang dia jaga. Dia takde kerja 'urgent' pun, tapi dia buat aku tunggu dekat nak 2 jam. Aku kata dia takde kerja 'urgent' sebab dia depan mata aku aje sepanjang dia suruh aku menunggu tu, boleh aje dia attend aku, tapi dia sengaja buat aku buang masa lama-lama. Kerja aku tu memang urgent, jadi nak tak nak, aku kena tunggu dia jugak.

Aku dapat tau dari kawan-kawan sekerja yang lain, dia ni memang anti-perempuan dan tak suka kerja dengan perempuan

Kes 2

Orang yang sama, tapi melibatkan kawan perempuan aku. Kalau kawan aku ni tiba 'turn' untuk buat GMP inspection kat kilang dia, apa juga kesalahan dia yang kawan aku ni tunjuk, dia mesti tak mau terima dan anggap kawan aku ni salah. Tapi bila kawan lelaki aku punya turn untuk buat GMP kat kilang dia, dan tunjukkan perkara yang sama, boleh pulak dia terima?

Kes 3

Kawan aku, perempuan jugak (ini kawan lain QA yang 'in-charge' untuk kilang tempat orang tadi tu jaga. Asal kawan aku ni call untuk inform apa-apa pasal kilang dia ni, mesti dia terjerit-jerit macam orang histeria. Seriously, takde respect langsung. Dia menjerit tu punya kuat, sampai aku pun boleh dengar, itu kat fon tu! Tapi, cuba yang call dan inform tu lelaki, perghh..tak de pun terjerit-jerit macam tu.

Kesimpulannya : Manager tu punya mind-set, perempuan tak sepatutnya berada di management level macam dia, sebab tu dia tak suka bila kami nak discuss apa-apa dengan dia, sebab pada dia, pendapat kami ni tak 'valid' dan kami sebenarnya bukan tau apa pun. Kebetulan aku kenal wife dia, dan aku buat kesimpulan ni berdasarkan apa yang aku tahu tentang cara dia treat wife dia.

Syukur la itu kali pertama dan terakhir aku jumpa orang macam tu! 

Korang pernah terkena 'double standard' macam ni tak?

Syukur la sempai ke hari ni, aku takde jumpa lagi orang macam tu.

17 ulasan:

chekna berkata...

camni punya org pun ada ke?? luckily xpernah jumpa lagi org camni..

shidasyakirin berkata...

tak penah jumpa lagi takat nie :D
sengsara woo kalu keje ngan org jenis mcm nie..bikin hati sakit. suka underestimate org pomp.

Farra Dhelina berkata...

so far blm berdepan lagi..tapi isu perkauman lak muncul..biasanya org2 kaum dia je yg memonopoli high mangmnt..hermmmm nk wt cane kan..

mama_umar_maryam berkata...

omg,that guy is crazy and x bertamadun! agaknye die nih ade pglmn pahit dgn ppuan or ape nih? cian wife die,,huhu..can imagine

Eyriqazz berkata...

mcam2 ragam..dalam alam pekerjaan camnila...

mamalieyna berkata...

ishh ada lg lelaki cenggini eh, setakad ni lum prnh jumpa lg la..tp tu la kan, sian wife dia..huhu..

iEfa berkata...

eeeeee tk suke nyer..belagak nk mampos...siannyer wife dier...sure kene duk diam dgr jek tnapa beri pendpt...so far lom kene..2 tmpt keje...duer2 majority laki smue...tp bleh jek derang acept ppuan nyer pendpt

fabulous.farah berkata...

dasyat nye orang macamni..xpernah pulak jumpa..

Kie-yu berkata...

eleh mcm bagus nau je manager tu
die lom tau girls power cmne gamankye

so far belum prnh kena lgi situation mcm ni

e.l.i.z.@ berkata...

kejamnye! tp bila kita 'nak' dia jgk,terpaksa la tggu even 5jam skalipun huhuhu...

agaknya dia gay tak? :P

Aanas berkata...

saya pernah kerja dengan orang macam ni kat kompeni lama.. sehinggakan saya dibodoh2kan didepan orang.. memang tak suka.. tapi Tuhan tu kan maha adil.. sekarang sapa bodoh sapa pandai, huhu..

white rose berkata...

penah2...
masa sy study dlu...

last2 sy lepas tangan, then pensyarah mengamuk kat dia, secara auto je pastu dia mintak pertolongan sy...

akhirnya, sy yg berkuasa...
hahahahaha...

h4ni3 berkata...

dia GAY yg kena paksa kawen tu
sebab tu dia tak puas hati
kui3x

Sidratul Muntaha berkata...

hmm..org tu lupa agaknya..
kecuali nabi adam,sume manusia lahir dari rahim perempuan.
kemain lag dia.
suek dg pmpuan sbb 'lubang' jer.
bab lain ckp pmpuan tu mcm bwk sial.
adeii..
aku takleh imagine ler..dia ni treat mak dia ker,kakak dia ker,or bini dia mcm ape.
mcm sampah kot?
sdgkna korang2 ni yg takde tali barut or tali persaudaraan dgn dia pun dia layan mcm majal.
nikan plak yg ade tali darah dgn dia.
lagi sesuka suki dia buat gitu.
sorry eyr komen emo.
aku mgm pantang laki pangai gini.
potong anu bg anjign makan.
sori sekali sbb daku keje dulu kini dan selamanya dah lebih kudrat dari org lelaki.

Nia berkata...

Chekna: lelaki sekrg educated, boleh terima kena kerja dengan perempuan, ini kes terpencil aje ni

shida: bertuah la kalau tak pernah jumpa tau..hehe

Farra: uii, isu tu ramai yg marah nanti kalau kita cakap..hehe

Zeti: Dulu pernah kena buli dgn pompuan masa kecik mungkin?

Eyriqazz: nasib baik dah tak keje situ lagi..huhu

mamalieyna: wah, nasib baik tak jumpa tau

iefa: tu la, bila kerja kita kena respect sesama kita kan

Fab Farah: Doa2 jgn jumpa Farah!

Kie Yu: Tak tau la kalau sekarang ni dia dah insaf ke?huhu

Eliza: Haha..bukan la. Lelaki betul tu..hihi

Aanas: La, siannya Aanas. Malu dan sakit hati kan kalau mcm tu..

white rose: wah, bagus! cemerlang tuh!

Hanie: hehe,..pandai la Hanie buat teori. Lelaki betul tu kak!

Sidratul Muntaha: Uii,...sabar kak! Takpe la, yang penting dah tak jumpa orang macam tu lagi..hehe..

Lily berkata...

sapa orang tu? how come I don't know about this?

Ke akak penah citer tp sy yg tak ingat

maya amir berkata...

saya tau ,saya tau.. mesti die layan bini die mcm die raja, bini die hamba.. sbb die rasa taraf pompuan ni mesti bwh laki utk ape2 jugak bidang..huh, hampeh tul org laki mcm ni..