Khamis, 22 Julai 2010

Munira Sos & Anwar Kicap

Masa aku kecik-kecik dulu (tak kecik jugak la, dalam 7-8 tahun), aku suka sangat makan nasi+lauk dan sos tomato. Ibaratnya macam sambal belacan untuk aku la tu. Letak pulak bukan sikit-sikit, sampai merah nasik tu.
Adik lelaki aku pulak (jarak 4 tahun dengan aku), suka sangat makan kicap. Memang confirm hitam nasik yang dia makan tu. Mak aku terus bagi gelaran pada kitaorang yang kadang-kadang dia masih sebut jugak sekarang,
"Munira Sos" dan
"Anwar Kicap"
Kiranya macam nama komersil kami la, in case kami decide nak jadi artis..haha..

20 tahun++ kemudian, muncul generasi pelapis kami,

Muka Diha yang concentrate pada 'something' (bukan Suziey punya blog 'something'..haha)

Ini dia, tengah makan kentang goreng

Close-up sikit. Ya, kentang goreng dengan SOS!!

Diha nak jadi Madihah Sos pulak ke?( Lebih sedap nama tu daru Madihah Kicap kan? haha)
 Nampak suka aje dia. Sampaikan kalau tengah makan nampak botol sos, terus tunjuk2 kata "nak,..nak,.."

Tapi, tak elok sangat banyak makan sos ni, aku dulu selalu sakit perut sebab overdose. Kami pun tak selalu bagi Diha makan sos ni. 

Apa makanan lain yang tak elok kita beri pada budak kecik ya?

14 ulasan:

chugie berkata...

wah.. kecik2 lg diha dah suka sos ye.. jarang nak tengok budak suka sos kan? biasanye suka tomato sos je!

Nurzairul Isma berkata...

aik, diha kecik2 dah pandai mkn sos.. hehe.. like mother, like daugther la tu...

[-suziey-] berkata...

hahhah aku ingt dia tgh tgk blog aku..khusyuk gitu..ekkek:p

ala sos tomato xpe..xpedas sgt kan..hehe..besela..mstila mak borek ank rintik..ekekek:D

mrsboan berkata...

tu mesti kentang tak luak-luak..sos dah kena topup.....kalo mcm baya Diha tu jajan mmg tak elok. Tapi yang tu la budak suka...kalo bkn kita yg perkenalkan jajan...mesti pengasuh/taska..especially goody bags birthday from fren..aduii mcm2 jajan...

mariaariffbaby.com berkata...

huhuhuhu..
my ecah ni...asal nampak makanan merah.."das..das"..its mean pedas..

padahal masa ngandungkan dia kita la paling suka pedas..
even sos tomato pun takleh

apa makanan yang tak elok?
hm..asam?

fabulous.farah berkata...

huhuhu..ikut nia lah ni. xtaulah. rasenye kalo 2 tahun dah boleh makan seme kut. hehe. xsure

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

madihah sos lah pulak! aku pun suka gak makan sos ngan kicap.br lunch dengan ayam goreng taruk sos dan kuah kicap :P

jeruk tak elok budak mkn..hehehe.jajan pun.

Kie-yu berkata...

erk?
madihah suke sos ke
tak pedas?

makanan tak bek utk baby..
emmm
ape eh
tade baby laa :D

white rose berkata...

banyak gak...
tapi kita laa kena tengok2kan...
kena kawal...jgn sampai dia suke dgn sesuatu tu je...

Farra Dhelina berkata...

mm budak2 mmg suka sos kan??

isap sos, kentang tu jd batu loncatan dia aje..haishh

Farah Y berkata...

Saya pulak selalu overdose kicap. Tak boleh nak elak!

Anna Da Lady berkata...

salam..saya kalau nak makan benda bergoreng pun suka cicah dengan sos jugakk..paling suka Sos Thai

Lady of Leisure berkata...

sos cili ke tu hehe

Nia berkata...

Chugie: ha,..tu tomato sos tu.

Nurzairul: its in the blood..haha

Suziey: tu la, bila taip 'something'terus teringat blog mama aQeel nih

mrs.boan: betul tu, dia isap sos aje..haha

mariaariffbaby: owh, kalau dia assume merah tu pedas, senang skit, takde la dia nak sos kan..hehe

Fab Farah: sebab perut dia dah kuat skit kan.

Ellis: aisey, peminat setia kicap juga..hehe

Kie yu: sos tomato je, kalau cili menjerit dia tu..huhu

whiterose: betul tu, takut dia mkn berlebihan kan

Farra Dhelina: tu la, kentang tu nak mengaburkan mata mak dia aje..huhu

Farah Y : ai,..sorang lagi peminat kicap..hehe

Anna: owh,..suka sos thai? ala2 tom yam punya rasa tu kan..hehe

Lady: uii,..idak..tu sos tomato je..hehe