Rabu, 7 Julai 2010

Kenapa Peranakan Aku Jatuh - Alasan Baik

Seperti yang diceritakan dalam entry Peranakan Jatuh sebelum ni, ini cerita kenapa benda tu berlaku.

Aku dengan excitednya dah pergi ke Pulau Perhentian masa birthday aku (1 Julai) lepas. Pergi naik bas, kami sampai ke Kuala Besut pukul 4.30 pagi. Pulau Perhentian ada 2, Perhentian Besar dan Kecil. Kami pergi Perhentian Kecil aje. Kalau tengok kat map, yang kecik tu la (duh!)
Ini muka excited aku dan Azzah masa naik bot.


Gambar 1 - Aku lupa apa dia, (mamai sebab pukul 4.30 pagi,..huhu)..tapi ada hidang dekat kedai kopi yang kami singgah dekat stesen bas Kuala Besut.
Gambar 2 - Lunch kami. Kitaorg bukak meggi siap2, letak dalam tupperware, lepas tu mintak air panas dekat kafe dekat chalet kitaorg menginap tu. Muka abe tu serius aje, tak gelak pun masa kitaorg mintak air panas ni. Bagus, bagus, sangat profesional.
Gambar 3 - Club sandwich, hujung minggu ni nak buat untuk En.Suami & Diha. Kami order sandwich ni supaya tak nampak buruk sangat perangai takat order air panas je..hehe


Aktiviti Pertama - Tengok matahari terbenam dan syok sendiri ambik gambar

Balik aje, terus makan kat tepi pantai. Ikan tu dalam menu kata Barracuda, tapi yang ambik order tu kata dalam Bahasa Melayu, ikan todak?hehe,..biar betul.

Aktiviti Kedua : Sarapan dengan bekal yang kami bawak (duduk kat kafe tu lama2 order air aje..haha). Lepas tu kami pergi snorkeling! Yay! Tapi tak ambik gambar pun, sebab kami masing-masing lupa diri masa snorkeling.
Sorang boy tu, suami Marina (sebenarnya, trip ni honeymoon diaorg, tak tau macam mana kitaorg boleh mengendeng sama..hahaha)

Masa snorkeling ni la aku jatuh masa nak naik ke dalam bot, sebab tu la peranakan aku dikatakan jatuh tu..huhu..
Aktiviti Ketiga: Packing nak balik. Azzah kena study sebab esok dia ada exam..haha...


Ini bergambar sebelum balik.

Kami balik naik firefly. Nasib baik dapat murah..hehe..

Pasal peranakan jatuh tu, aku dapat komen dari DrSinga
wehhh....wehh.....:)
anak ko berapa???!!!!
takde nya peranakan jatuh kalau anak baru sorang dua!!!
aku yang dah anak 5 ni pun hokey lagi!!
makcik2 dulu2 yang anak 8..bersalin kat rumah...meneran lama...tu yang peranakan jatuh....
takde kena mengenanya sakit belakang dengan peranakan jatuh tu Yang!!!!
:)
Aku ketawa guling2 baca ni, sebab kelakar dengan lega bukan peranakan aku yang jatuh. Muscle strain aje rupanya..

Fakta : Doktor adalah orang yang paling dipercayai berbanding dengan profession lain, jadi aku percaya akak DrSinga ni.

8 ulasan:

Damia Aleesya & Damia Ayunie berkata...

bestnya cuti2 malaysia...husband Nia tak ikut ke?? Eh, Diha pun tak der kan...ni compeny trip ke apa??

Banyak soal pulak!!!

Anna Da Lady berkata...

lor...peranakan jatuh tu maksudnya mcm tu ka?hehe..ingat ke apa tadi...

nigina berkata...

la ingat kan apa.. hehehe.. apapun bestnya g bercuti...

Nia berkata...

Ayu: haaa,..semua persoalan Ayu tu akan terjawab dalam entry berikutnya..jeng..jeng..hehe

Anna: Sebenarnya tak de peranakan jatuh pun, akak yg mengurut tu saja buat takut org..huhu

nigina: uii,..rasa nak g lagi,..tapi tak mau jatuh bot lagi,..tidak!!

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ berkata...

p la berurut lau dah macam tu...lame2 lau dibiarkan bahaye tau

isabelle berkata...

i ni..kalo dgn pulau perhentian, mmg cinta abis...
siap terboyot2 6bulan pun pegi snorkelling lagi.
ni kali ni tgh fikir2 kalo boleh pegi bila dah makin membuyung, tapi takut lak bila u citer smpi jatuh peranakan tu

Lily berkata...

gambar 1 yg akak lupa amende tu kan, roti sadin goreng

saya pun lama tenung benda tu nak figure out sbb takde rupa roti sadin goreng lansung

anyway pengurut tu mmg buat suspen

apa kata lps ni kita ke pulau payar plak, at least kalo taknak terjun dlm air naik glass bottom boat cukup

ajjah berkata...

kita pergi redangggg.. mesra kanak-kanak.. :) tapi langkawi pun boleh, boleh shopping.. miahahaha