Rabu, 21 Julai 2010

Kakak siapa ini?

Aku minta maaf sangat pada kawan-kawan yang dah tinggalkan komen, akan ku reply dan terjah balik secepat mungkin dalam minggu ni. Minggu ni aku kalut sikit, sebab ada audit..huhu..Terima kasih ya!

Sebelum pergi kerja setiap pagi, kalau opah Diha ada di rumah Shah Alam (selalunya opah tidur di rumah lama kami di Sungai Buloh, sebab barang-barang direct sellingnya kat sana), opah akan bawak Diha tengok kolam 'fountain' yang opah beli. Ada ikan kat kolam tu. Tapi, semalam, lain sikit dialog opah pada Diha, mak aku bahasakan ikan tu 'fish' pada Diha.

Ini 'fountain' opah Diha (aku tak setuju beli, tapi mak nak jugak..huhu)

"Fish, tunggu kakak datang ni,"..huh! aku tengah bersiap masa tu terus keluar nak tengok, nak confirmkan betul ke mak aku yang cakap tu.

Kadang2 aku lewat sikit bertolak sebab Diha ralit sangat main-main time pagi

Kenapa mak gelarkan Diha kakak? Mak aku 'hint' sebab dia nak cucu lagi ke? Adoi! Diha bulan 12 ni masuk 2 tahun. Ok ke kalau dia ada adik? (itupun kalau ada rezeki Allah nak bagi lah). Aku dan adik beradik jarak umur jauh juga, jadi tak berapa pasti jarak umur yang ideal.

Kak Madihah?

Korang macam mana? Berapa jarak umur yang terbaik untuk tambah anak?

15 ulasan:

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

bagi aku bergantung kepada individu tu lah.aku tak bersedia lagi sebab nak tunggu nuha 4 thn br dia dpt adik :)

Nadiah Sidek berkata...

baru ni ms call mak sy, dia tanya.."takde perancangan ke nak tmbh lg?". senyum je la..tak ckp apa pun. mcm bg hint jgk la tu sbbnya sblm ni dia asyik pesan jgn beranak dekat2 sgt..nnt susah nak jaga. mcm dia dh bg green light je..ehehe..

oh, mak sy pesan gak...jgn jauh2 sgt jarak anak sbb nnt bila dah lama tak handle baby, jadi kelam-kabut & letih. jarak 2-3 thn tu ok la ;)

fabulous.farah berkata...

huhuhu..biasa 2 tahun la kan..anak 1st ngan 2nd kalo boleh farah nak dekat2 sikit. lepas tu gap lama la sikit. hehe. pape pon atas rezeki. kita hanya merancang=p

Nurzairul Isma berkata...

2 tahun ok dah... tapi kalau nak bagi diha besar sikit pon ok..cuma, klu jarak terlalu jauh, rase malas pulak nak beranak kecik lagi... hehehe...

Farah . 5577 berkata...

farah pun xsure yg terbaik.. jarak yg terbaik brp.. ada yg kata bagus dekat, ada yg kata bagus jauh sket..
so far, Nadhrah and Aqilah beza 2thn(umur, tak kire bln)..mgkin nak maintain mcm tu kot.

[-suziey-] berkata...

hiks...dh tiba masa tmbh sorang lg..

Damia Aleesya & Damia Ayunie berkata...

paling cepat 2 tahun kot...just nice..kalau lama2...rugi sebab biar diaorg membesar sama2...

Farra Dhelina berkata...

fra, 1st dgn 2nd mmg dh plan dgn hubby nk bg jarak.alhmdlh, tuhan makbul kan..tp yg ketiga, nk bg depa masuk tadika 5, 4 thn dulu, baru on game! ;)

white rose berkata...

kalo mcm adik bradik sy la...ade 8 org...4 lelaki 4 perempuan...

mak sy ni plan statergik...
anak sulong & no.2 selang stahun...

tapi anak no.3 selang 4 tahun dgn anak no.2...anak no.4 plak selang stahun dgn no.3...

maknanya ade kawan, sepasang la...

Hidayah Ismawi berkata...

hehe.. takpe Nia .. no pressure ... even being a kakak to no-one in particular (for the moment) is good.. I notice that kids tend to feel more grown-up when addressed as such (senang nak minta tolong, maklumlah "kakak"..hehe)..

my kids were born 2005, 2007, 2009.. good on paper but not really 2 years apart (a little less than)..

The best time to add to a family is when everybody is ready :)Not when people tell you you're ready

MY LATEST ENTRY: Good Lunch offer at The Chicken Rice Shop

Liza berkata...

depends when you are ready to have the next one, takde jawapan standart for this, mcm liza, yg 3 rapat selang 1 hingga 2 tahun...dah 9 tahun stop and thinking of having next one next year Insyallah

Eyriqazz berkata...

Comel anak nia..

P/s : Tahniah, NIa salah seorang finalist untuk contest hadiah birthday untuk Alisya. Appreaciate your reply on "Adakah anda Berjaya untuk mencukupi Syarat Surprise Ke Dua dan Ketiga dan sila balas di entry ini ya : http://www.eyriqazz.com/2010/07/finalist-contest-hadiah-birthday-untuk.html

Nia berkata...

Ellis : 4 tahun ok jugak kan? anak dah buat hal sendiri masa tu.

Nadiah: kdg2 mak kita mcm bg hint kat kita kan..haha

Farah: nak bagi dia ada kawan aje ni

Nurzairul Isma: betul2..rasanya kalau jauh sgt jarak, dah rasa malas pulak..huhu

Farah 5577: 2 tahun tu rasanya jarak normal kan

suziey: rasanya dah ok kot try sekarang..haha

Ayu: tu la, sian tgk anak membesar sorang2

Farra Dhelina: wah,..bestnya betul2 dapat ikut planning, harap2 i pun mcm tu la, insha' Allah

white rose: selalu dengar jgk kaedah tu, bg anak tu ada partner masing2..hehe

Hidayah: wah,..best la anak u punya jarak. cantek jer!

Liza: harap2 ada rezeki nanti kak!

Eyriqazz: eh, thank you sbb saya terpilih jadi finalis! :)

iEfa berkata...

i think by madihah 3 th adik kuar okey laa...sbb dier dh paham bhs time tuh..but depends ngan kids ...some 2 thn dh paham bhs..some belom..cousin n in law i dpt baby mase ank masing2 baru nk masuk 2 thn....derang syg2 derang tepuk nyer adik tuh etc2...hihhihi

tp if gap telalu lame...takot si kakak ni terase jeles t....bemggu2 demam kang :D

mariaariffbaby.com berkata...

kita pun jarakkan anak 2 tahun..
lagipun target at age 34..tak mau ngandung lagi..tumpu besarkan and sekolahkan anak

so dalam duration tuh..tgk la berapa org leh dapat..hahahahha

so far alhamdulilah, nak masuk 30 tahun..dah nak masuk 2..iallah..