Jumaat, 16 Julai 2010

Kad kredit tu tanda banyak duit ke?

Aku memang tak nak pakai kad kredit sejak aku mula kerja. Takut terlebih pakai. Tapi, mak aku 'insist' jugak suruh ambik. Senang masa emergency katanya. Maka, aku pun 'apply' la satu, dan memang aku bersyukur sebab ada kad ni. Masa aku 'miscarriage' 2 tahun lepas, hospital yang terdekat hospital 'private', masa tu pukul 3 pagi, dan aku memang sakit sangat masa tu. Suami aku bawak ke hospital dan depositnya untuk masuk ke wad adalah RM2000! Ada ke orang bawak cash RM2000 pukul 3 pagi? Bagi aku dan suami, dalam bank sekali pun, pada masa itu, kami takde duit sebanyak tu. Maka syukur la pada Allah, aku ikut cakap mak aku untuk apply kad kredit..hehe..kad kredit la yang kami gunakan pada masa tu.

Tapi, aku mula perasan, sejak aku guna kad kredit, hidup aku tak aman sebab selalu diganggu panggilan telefon orang-orang tak dikenali yang sibuk nak promote macam-macam dekat aku. Antaranya : 

1) Promosi Medical Check-Up 
Source : riadylicious
Masalahnya buat kat hospital mahal-mahal. Sure kalau pergi sana, kena charge jugak nanti. Paling sikit pun beratus jugak kot.

2) Promosi Spa
Source:weblongs
Paling murah pakej spanya RM300++, itu pun buat apa aje..terkesima aku..takpe la ya.

3) Insuran
Source : Here
Baru bulan lepas aku dapat lagi panggilan orang yang jual insuran ni. Masa dia call tu, memang dia tak bagi peluang langsung untuk aku mencelah. Terus aje dia promote insuran dia tu. Sampai satu tahap tu, aku memang kagum bila dia boleh cakap

"kalau puan mati kat luar negara pun, insuran kami boleh 'cover' untuk bawak balik ke sini,.."

err, aku bukan nak nafikan pasal kematian, tapi macam 'spooky' kalau cakap kat orang direct macam tu rasanya..huhu..seram!

4) Ajak aku jual lembu...yes, LEMBU!
Ada mamat ni call ajak aku invest dalam bisnes lembu diaorang. Aku invest, diaorang bela lembu tu, hasil nanti diaorang bahagi dekat aku sekali (tapi, diaorang yang dapat lebihkan?..ceh).

Masalahnya, diaorang ni tak faham konsep kad kredit tu ke, orang pakai sebab tak cukup duit, ini diaorang nak suruh kita berbelanja lebih lagi pulak.

Pernah tak korang kena ganggu macam ni? Orang tu nak jual ape?

23 ulasan:

Nigina berkata...

biasalah tu nia... kekadang tu offer wat pinjaman.. siap bagi check.. jgn haraplah.. dorang mmg macamtu.. tapi kita kenalah pandai dan bijak... macam2 cara dorang buat

fabulous.farah berkata...

hahahah..3 kt atas tu biasa..jual lembu ni luar biasa.hahaha

Marina Fazzly berkata...

aishh!! banyak kali org GILE mcm tu call,ayat yg die ckp,yg org x boleh lupa "oo..kalau puan mati,puan akan dapat 600ribu,belanja pengebumian kami tanggung" mcm bengong,kalau org dah mati,mcm mane pulak nak dapat 600ribu tu,cakp la waris puan yg akan dapat duit tu nnty.

Sidratul Muntaha berkata...

selalu ler..
tpi aku buat dgr je sbb bil depa yg jalan
tpi jual lembu tu..
mak aiii
ko biar beno nia
hmm
tpi senang jer bile dia nak pot pet tu,aku selalu ckp aku tgh ade keje n meeting
nak2 plak klu tgh jual isurance
aku trus ckp aku ade dah 4 -5 insurance
n takde duit nak byo or amik lagi
cukup2lah tu
pastu klu dia paksa gak..
aku biar jer tpn tu gitu smpai ler dia disconnect
ahaha.
jahat tak aku?
biarkan org tu ckp sengsorang?!

kak mas berkata...

selalu! sampai kadang2 tu diorang tak sempat buka mulut lagi akak dah cakap "saya tak minat.." hahaha..

Nurzairul Isma berkata...

hehehe.. memang selalu gitu.. malas nak layan.. cakap je tak minat... diorg pon surrender...

ajjah berkata...

jual LEMBU???? hahahahahaha what a tactic.. macam-macam manusia ni

come and check out my tutorial ya

:: iManja :: berkata...

cc ni penting bagi mereka yg bijaksana nak guna. betul cam awak ckp..in case of emergencykan. kiter ni bukannyer bwk cash bebanyak. at least ada 1 pon cukuplah kot.

Rina (◕‿◕)✿ berkata...

ehe klaka plak pasal insurans tu :D

chekna berkata...

biasa gak dpt call, selalunya insurance la. hotel package pun pernah la 2 kali kot.. selalunya buat alasan tengah drive or dlm meeting.. pastu bila diorg kata nak clal balik, ckp je sorry, not interested.. hehehehee... x kuasa nak layan..

CikLilyPutih berkata...

jual membership club percutian, tapi boleh guna utk 3 hari je setahun.. kepala otak!

kinna berkata...

slm knl..kelakar plak bila bc tentang offer jual lembu tu..hihi..
kad kredit satu utk 1 household ok la..jgn tmbh2 lg..memetik kata2 puan rohani shahir dlm buku beliau on bijak mengurus wang, "orang yang berkad kurang berkat hidup" lebih kurang cenggitula bunyinya.. :)

mrs sweet lola berkata...

kad credit?kalo pndai jimat xpe.kalo jenis boros jauhknla dr kad credit.alamat hutang x settle2.mcm my hbby hehehe.

anastasyea berkata...

bukan banyak duit tu... banyak hutang ada la =)

sarah shafie berkata...

btul2..lg byk hutang nnti..sbb asyik byr pkai kad kredit je..huhu

Nia berkata...

Nigina : offer pinjaman? hmm,..rasanya pernah dapat jugak tu. iee, asalkan nak dpt duit kita kan.

Farah: tu la, bila dia kata ajak jual lembu tu mcm pelik jgk..huhu

Marina: dahm asuk bab2 mati ni yg haru sikit ni

Sidratul Muntaha: elok jugak idea tinggalkan dia bercakap sorang2 tu, bil dia yg jalan pun, ye tak? hehe

kak mas: a'ah, senang citer kalau kita terus cakap mcm tu awal2.

Nurzairul Isma: Tapi ada sesetgh tu tak paham2 kita tak minat, tetap jgk nak pujuk kita..huhu

azzah: i tunggu org ajk jual kambing lak

iManja: selagi kita tak salah guna, takde masalah kan

Rina:klakar sbb dia pegi cakap lps mcm tu..hehe

chekna: ala2 mainkan perasaan la ni, hehe

Lily Putih: Ade jgk mcm tu, teruk btul la diaorg ni,..hie

kinna: bukan aje krg berkat, kurang keamanan..huhu

Nia berkata...

mrs sweet lola: kena ada strategi jgk nak membayarnya kan. tak nak interest lebih sgt

anastasyea: tu la, menambahkan perbelanjaan dlm bentuk hutang

sarah: lagi serabut kepala nanti dgn hutang kan.

Sharinginfoz berkata...

bagi saya kad kredit ni penting juga esp untuk emergency.... jangan tersilap guan sudah

Cikgu ILi berkata...

Yang nak jual lembu tu yang tak boleh tahan tu!
Betul agaknya...saya takde kat kredit..takde pulak diganggu camtu.
Aman dunia ku.

isabelle berkata...

adaaa...
tapi biasanya i berjaya menepis dgn sopan dan alasan yg kukuh.

mama_umar_maryam berkata...

bab lembu tu mmg zt gelak sgt nia =D..mmg slalu dpt call camni,tp x lyn ..

Kie-yu berkata...

err..pernah gak
org paksa amek insurans padahal dah habaq dah ado
idok paham gamaknye..
kikiki

h4ni3 berkata...

ajak jual lembu yg paling tak tahan tu
huhuhu
tula, kalo pikir, dari mana diorg dpt info kita kalo bukan dari CC kan.. ampeh tul org2 bank ni.. tak paham ke maksuh P&C