Khamis, 8 Julai 2010

Aku Melanggar Fitrah

Masa pergi ke Pulau Perhentian baru-baru ni, aku patut pergi dengan en.suami & Diha sekali. Tapi, last minute suami aku suruh aku pergi aje dengan kawan-kawan. Lagipun katanya, aku selalu tinggal kat rumah menjaga Diha kalau dia pergi mendaki gunung atau memancing.Kiranya kali ni bagi can kat aku la pulak.

Start dari hari bertolak ke Pulau Perhentian, aku dah angau teringatkan Diha dan suami aku. Masa nampak budak dalam gambar ni, aku terasa sayu aje. Malam sebelum tu, budak ni menangis-nangis panggil mak dia (budak ni anak tokey kedai kat situ), aku dah terasa sebak teringatkan Diha.

Masa kat pantai pun, teringatkan Diha


Budak perempuan yang panjat pokok ni lagi seiras Diha, fesyen rambut pun sama


Syukur la akhirnya aku selamat balik dan berjumpa Diha & Suami. Apa yang pasti, lepas ni Insha' Allah aku tak mungkin nak ke mana-mana tanpa en.suami & Diha. Seksa woo..angau! Aku ni memang tak sesuai nak kerja 'outstation' yang tinggalkan suami dan anak-anak (eh, anak aku baru sorang...hehe).


Normal ke aku rasa macam ni? Ke aku ni dah masuk kategori 'manja'?

25 ulasan:

firahadifa berkata...

owhh.. sesangat normal.. mother and her children ade special bond yg hanya mereka jer yg dapat memahami ..

nigina berkata...

hehehe manja takpa... hidup kita mana boleh dipisahkan dengan suami dan anak2 kan... manja dengan dorang takpa... hehehhehe

fabulous.farah berkata...

hehe..normal kut. naluri seorang ibu dan isteri..org lain pon mcm tu kut. tapi dah terpaksa tu lama2 biasa.huhu

Kancilbiru berkata...

owh mak mana la yang dapat lupakan anak..pak mungkin..hahahahaa

e.l.i.s.s.m.i.e berkata...

aku tak boleh salah sorang buah hati aku hilang dari pandangan.suami kena keja malam sekali sekala pun mengalir air mata,inikan nak berpisah dengan anak.next week 3 hr kena pegi gambang ada persidangan..sedihnyaaa..

Wan Anie berkata...

normal Nia.... feeling of a mom

isabelle berkata...

normal.
dan i sgt2 pelik dgn mak-mak yg smpi hati berjauhan dgn anak...wpun utk kemajuan karier.

Nurzairul Isma berkata...

nia... itu adalah normal sangat2...

Kie-yu berkata...

heee
tu nmenya isteri minthali sis

nieda berkata...

cantik pulau..kita pun x sanggup nk tinggal family

mrsboan berkata...

kasih ibu...tgk anak org pun nampak anak kita kan...(penah tinggal anak seminggu ke Morocco)...bukan kata rupa..anak pak arab yang hidung mancung pun dah rupa anak sendiri...huhu mmg la tak rupa...

sue berkata...

dah jadi tak enjoy plak kan. Perhentian sangat mendamaikan..!! Mengingatkan kisah cinta kami somi isteri. Huhuuuu...

Farah Y berkata...

Normal, normal! Enjoy dengan family mmg lain dari enjoy dengan kawan-kawan.

chugie berkata...

sama lah kita nia, x kan boleh tinggalkan anak dan suami kalu nk kemana.. x sampai hati tau!

tapi suami, sampai hati tinggalkan kita dan anak2 kan??

mungkin fitrah kita sebagai wanita dan ibu.. punya hati yang sangat lembut dan mudah tersentuh kan?

kak mas berkata...

baru jer ritu sembang ngan suami.. apa rsnya dia slalu bejauhan dgn anak..? kalau akak tak sanggup rsnya sehari tk dgr suara anak menangis, ketawa..

Damia Aleesya & Damia Ayunie berkata...

that's normal...sebab tu susah macam mana pun nak pi sesuatu vacation atau jauh2, mesti bawak...tak leh tinggal..wajib bawak..

nanti bukan setakat angau...tak senang duduk dibuatnya..

melayuangkat berkata...

Salam Nia,

Inilah KASIH..tambahan pula KASIH pada Suami dan anak yang sulung dalam hidup kita....

Rahmat dari ALlah swt, Syukur Alhamdulillah..semoga Rahmat dan Berkat dari Allah swt kekal dalam hidup kita..InsyaALlah.

Hidayah Ismawi berkata...

Bila gi jalan2 tak ingat kat anak2 .. tu yg sgt tak normal.. hehe

MY LATEST ENTRY: Trying the KFC Toasted Pocketful

Cikgu ILi berkata...

Normal.....
Sesapa dah jadi mak mesti akan rasa camtu..
Best ke Perhentian?
Saya pegi dulu sangat kecewa..tak seindah mana..banyak kemusnahan.

iEfa berkata...

normal sgt...tu ler namenyer isteri n ibu yg solehah...hihihihi may b u g becuti kot...tuh laie rase tk kene tuh...even klo bepisah sbb keje pon bagai tk mau tekenang2...huhuhuh :D

kakyong berkata...

nia,
bila dah berkeluarga ni, nak ke mana2 pun mesti nak angkut semua.. lain mcm jer kalo tinggalkan anak2 berhari2..

Liza berkata...

mmg seksa, liza pun tak suka pegi mana2 without MBH and the kids

white rose berkata...

normal senormal normalnya...
ibu & isteri mana yang leh pisah dgn family lama2?

[-suziey-] berkata...

ooooo g perhentian ek..huhu kt kalu holiday harus dgn suami dan anak..hehe..kalu x rs xlengkap la holiday..xde kegembiraan..cewha

mrsdjones berkata...

Nia, rasanya kalau saya pon sama je. Angau teruk dan takleh nak enjoy holiday sgt. Kalau nak bergumbira mesti nak ada hubby dgn anak skali baru best ye tak? Manja bertempat.. takpa hehe :p