Sabtu, 24 Julai 2010

10 Perkara Yang Selalu Menjadi Kerisauan Aku

1) Apa yang aku buat untuk anak aku Madihah masih tak cukup dan kemungkinan untuk aku menjadi ibu yang paling teruk di dunia.

2) Tak dapat jaga dan kemas rumah dan pastikan rumah dalam keadaan ‘tip-top’ setiap hari sebab aku terlalu penat setiap kali balik kerja.

3) Madihah masih belum dapat adik, biras aku dah puas mengajak aku saing dia. Dia tengah pregnant 3rd round, dia nak aku 2nd round sama dia..huhu…

4) Tak dapat mencapai tahap macam kawan-kawan aku dalam karier. Ada di kalangan kawan-kawan aku dah jadi Manager atau paling kurang pun Assistant Manager.
5) Sebenarnya aku tak berapa risaukan perkara no.3, aku lagi risau kalau gaji tak naik..hehe
6) Orang tak suka pada aku atau rasa aku ni sangat ’annoying’
7) Aku tak cukup masa untuk siapkan bekalan akhirat dan tak dapat sempurnakan semua suruhan Allah ( kerisauan ni patutnya letak no. 1 la Nia oiii!!)
Source: rempah.com
8) Ter’post’ entry yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Nak lagi teruk kalau kawan baik sendiri yang ‘sentap’..adoi!!
9) Takde idea nak blog tentang apa dan ’end-up’ dekat 2 jam depan lap top semata-mata nak cari idea.
10) Tak sempat nak balas komen dan balas kunjungan dengan semua kawan-kawan yang dah tinggalkan komen dekat blog aku…huwaa..

12 ulasan:

chugie berkata...

banyaknye lah bende yg merisaukan ye nia.. apa pun, hidup tanpa rasa risau, memang tak bermakna tau!

happy2 selalu k!

Kie-yu berkata...

ouh sis..
banyak nye kerisauan
sy yakin semuanya boleh settle
sbb sis ibu, kwn, blogger, pekerja yang baik :D

Bella berkata...

perlahan2 ye nia.. jgn terlalu pressure urself.. sometimes we cannot follow other people.. we have our own pace.. asalkan semuanya selamat, murah rezeki, jgn terlalu dibanding2kan dgn org lain.. :) kita semua manusia biasa dan harus belajar dari kesilapan.. take care

Liza berkata...

Nia, don't worry so much especially yg no 1,2 dan 3. You are a good mom, pasal rumah tak kemas tu, don't worry lah, you are not alone in that area. liza pun same gak. and on no 3, kita buat apa yg kita mampu and tak payah pikir sangat pasal org...take care and smile always...again, don't worry too much!

Diyana Zulkifli berkata...

hehe.bab risau rumah tak tip top tu..jangan risau saya kata.yang penting kita dah buat sehabis baik.kan;)

sall berkata...

don't worry, janji nia n family happy..

~~@lyci@~~ berkata...

nia.. dunt strees2.. happy2 slalu yer ;)

The Womanish berkata...

No 7 tu memang perlu risau...hehehee...

for me, i pun selalu risau bab rumah tak kemas & gaji tak naik...hehehheee

so, no worries...all women are just the same :)

Nia berkata...

Chugie: hidup mendatar tu, kalau tak risau..hehe

Kie-yu: thanks sis..u sweet sgt..sobs..

Bella: my own pace tu kdg2 terasa sgt slow..huhu..

Liza: boleh risau, tapi tak boleh over-risau kan kak..hehe

Diyana: husband asyik kata, biasa la, rumah ada anak kecikkan..ini baru satu anak kecik..haha

sall: hopefully dpt pindah rumah sendiri cpt2..huhu

Alycia: thanks dear!!

The Womanish: perempuan mmg suka risau kan..huhu

Lady of Leisure berkata...

banyaknya benda merisaukan u.. jangan risau sangat k.. apa yang penting cuba buat yg terbaik..
:)

isabelle berkata...

bolehkata semua kerisauan tu i pun ada, exc yg pregnant tu la. huwaaa,... sama2 la kita feel bad.
ciss..komen ku ini sungguh x membantu 2 comfort kan?

kakyong berkata...

dah jadiisteri & jd ibu memang byk kerisauan... bezanya either nak tunjuk sgt perasaan risau tu @ belajar bertenang,,..

yg no2 tu.. kakyong yg dok rumah 24 jam ni pun tak mampu nak pastikan rumah tip top setiap masa (pgi & lewat mlm je leh nampak kemas..).. harap2 cepatlah anak2 membesar & hargai rumah yg kemas & cantik... huhhuuuhhhh....