Ahad, 6 Jun 2010

Rice Crisps by Mister Potato Review

Ingat lagi dengan Mister Potato? Ada produk baru dari Mister Potato. 

Rice Crisps!!


Ada 4 perisa 

1) Original
2) Hot & Spicy
3) Sour Cream & Onion
4) Flame Grilled BBQ

Perbezaan ketara Rice Crisps dengan Mister Potato biasa ialah Rice Crisps menggunakan beras (duh!) sebagai bahan utama. Rice Crisps juga sesuai untuk pengamal diet sebab ia 

* Tiada MSG
*20% Kurang Lemak berbanding cip kentang biasa
* Tiada kolestrol dan trans lemak 
*Tiada pewarna tiruan


Jadi, janganlah terlalu risau rejim diet akan terganggu sampai tak nak sentuh cip kentang langsung! Huhu...

Source : Rice ; Source : Potato

Dua bahan utama Rice Crisps - Beras & Kentang! Masih Gila Kentang!! Hehe..

Walaupun beras merupakan bahan tambahan yang diadun ke dalam Mister Potato baru, ia masih mengekalkan ciri-ciri keenakan dan kerangupan cip kentang Mister Potato. 


Aku baru rasa 2 perisa Rice Crisps baru
Original : Supaya aku tahu rasa Rice Crisps yang sebenarnya tanpa nilai tambahan
Sour Cream & Onion : Aku memang sukakan rasa yang masam-masam


Jadi, ini review aku untuk kedua-duanya.
Sebagaimana namanya, Original. Perisa Rice Crisps yang ini penuh dengan ciri-ciri keasliannya. Ia masih rangup dan rapuh macam cip kentang Mister Potato biasa. Warnanya yang kekuningan memang cukup membuatkan kita terasa tak sabar nak merasanya. Rasa berasnya begitu ketara sekali. Terasa macam makan makanan kesihatan..  Bila dimakan, ia juga meninggalkan rasa 'after-taste' kentang pada lidah. Rice Crisps Original juga sedikit masin (tapi bukan masin yang menganggu keenakannya!) Rasa masin tu yang menyebabkan aku tak boleh berhenti mengunyah Rice Crisps Original.


Sour Cream & Onion seperti namanya juga, ia mempunyai rasa sedikit masam dan rasa bawang. Bawang sememangnya penyedap dalam masakan, jadi aku rasa formula itu sesuai untuk Rice Crisps Sour Cream & Onion sebab rasanya memang sangat sedap! Bila dimakan (dengan bunyi "kruup, kraapp!"), kita akan dapat rasa adunan rasa bawang dan rasa 'sour cream' yang sangat seimbang dan lazat! Terasa macam satu ketagihan, bila habis sekeping, aku akan ambil lagi..dan lagi...


Secara kasarnya (roughly), penghasilan Rice Crisps Original dan Sour Cream & Onion adalah melibatkan bahan-bahan ini:




Picture source : Here & Here

4 ulasan:

Hidayah Ismawi berkata...

Good luck :) Hehe ..lapar lah pulak

isabelle berkata...

i pun dah rasa rice crisp tu. i picked it bcoz the sodium content is much lower...tapi masih sedap.

Linglung berkata...

makan mister potato ni boleh hilangkan rasa nak makan nasi tak?hehe

Kancilbiru berkata...

good luck...ee makan ni mmg tak boleh stop kan?