Ahad, 27 Jun 2010

Kegel with POISE Fair

Semalam aku join Kegel with Poise Fair.

Apa itu Kegel? Cara senaman yang diasaskan oleh Dr. Kegel. Senaman ni fungsinya untuk menguatkan bahagian pelvic yang menyokong vagina, uteres dan usus. Bila pelvic kita kuat, insya Allah boleh mengelakkan kita daripada terkena penyakit kencing tak tos atau 'leaking urinary'.


Ini aturcara Saujana Hotel semalam


Kaunter pendaftaran

Pintu masuk ke dewan

Sempat bergambar dulu..hehe..Hanz, aku dengan Lily Putih.

Low Ngai Yuen berkongsi pengalamannya dengan 'leaking urinary'. Memang boleh mempengaruhi gaya hidup. Bila dia bercerita macam mana pengalamannya kali pertama bersalin, aku jadi terkedu. Dia tak sedar yang air ketubannya dah kering. Puncanya, dia ingat, macam biasa la, dia leaking. Mujur doktor periksa dan mendapati dia kena bersalin secara caesarean masa tu jugak.

Ini Dr. Seri Suniza Sufian, Pakar Sakit Puan dari Prince Court Medical Centre. Gambarnya tak jelas pulak. Aku dapat tahu caesarean tak membantu mengelakkan 'leaking urinary', sebab ada soalan daripada peserta yang bertanyakan tentang ni. Caesarean memang dibuat kalau betul-betul perlu sahaja sebab risikonya lebih tinggi. 

Ini gambarajah menunjukkan pelvic floor.

Perasmian Kegel with Poise Fair.

Kotak cabutan bertuah. Takde rezeki kami...huhu

Kami berhenti untuk 'break' sebelum exercise

Dim-sum sedap!! Aku teringat-ingat lagi kesedapannya!


Mini-burger dengan ayam belanda...sedap woo!


Cheese cake. Ya,..sangat sedap jugak!! (Sesuai betul dengan keadaan aku yang lapar!!hehe)

Ini mat dan alat untuk kami bersenam


Peserta tengah menunggu sesi senaman


Gambar menunggu lagi..hehe


Ini Cik Neng Shahidah Sabullah, ahli fisioterapi dari Prince Court Medical Centre. Rupanya kami buat Advance Kegel, patut la kami kena pakai sports attire.

Atilia antara tetamu hari tu. Sempat jugak aku bergambar..hehe

Kami dapat bawak balik mat exercise tu dan satu goodie bag.

Antara kandungan goodie bag kami. Sample pad, tisu, CD senaman dan tisu sanitiser.

Terima kasih pada Poise sebab menganjurkan aktiviti yang best ni!!

12 ulasan:

Kancilbiru berkata...

wow best tu...so cmna nak senaman? demo sikit. heheeh

kak mas berkata...

tgk gmbr nia ni mesti tinggi lampai orgnya kan.. kalau bediri sblh akak mesti lg nmpk kemetot ler ahkak.. :)

ajjah berkata...

eh bestnye dapat yoga mat!!! pasni boleh ajar tak nia? mari kiegel-ing!!

jeng jeng jgn lupa esok join tawww kt blog i

fabulous.farah berkata...

macam best jer. bape kene bayar nak g klas ni?

Hidayah Ismawi berkata...

wah ni gi ber-kegel ke gi makan ni ..hehe..

best best ... nanti ajar2lah kami2 yg tak pergi ni :)

Liza berkata...

boleh ler share skit apa yg disampaikan masa tu, manalah tau boleh dipraktikan

Nia berkata...

kancilbiru: hehe,..banyak squeezing aje. atau in BM 'kemut'

kak mas: hehe,..terlebih tinggi kak

azzah: ha, bleh2. ada CD

Farah: owh, ni free aje yang.

Hidayah: tu la, makan terlebih masa tu..haha

Liza: hmm,..nanti i try tgk kak, kalau boleh share secara teori

☻UsaGi NaNa☻ berkata...

cm best je...cmne nk join tuh??huhu~

Adlina Husaini berkata...

nia, cane leh join xtvt camtu??
ke ada dah nia post pasal ni yang ina tak perasan eh..

btw, sangat tertarik kepada senaman dan makanan tersebut hehe

lenkali nia, kalau ada lagi ajak ina sama nahhhhhh ^_^

Kie-yu berkata...

ouh
penah dgr psl ni
baru tau apa sebenarnya
thx for shariing ;)

mummy_ayu berkata...

wah..best tu...Ayu pun suka pakai poise..since pregnat no 2 tu, sbb selalu gak kena prob nie..

mrsdjones berkata...

Kegel exercise is really useful for us! Thanks for sharing, Nia ;)